Thursday, July 15, 2010

PEMINAT NOVEL SEJARAH ISLAM

Tuan Faizal Mohd Yusof dan Tuan Nabil Mohd Amin sangat gemar membaca novel sejarah Islam sehinggakan keduanya sanggup datang ke Jelebu mencari rumah saya untuk satu pertemuan. Keduanya membawa novel-novel sejarah Islam yang baru dibeli untuk minta ditandatangani.

"Dulu saya tidak suka membaca novel. Langsung tak suka. Tetapi apabila Faizal mencadangkan saya membaca novel sejarah Islam, lantas memikat hati saya dan sangat mengemarinya. Novel yang mula-mula saya baca ialah Ikramah Penentang Jadi Pembela," kata Tuan Nabil, seorang usahawan berasal dari Terengganu kini menetap di Bangi.

"Semua novel sejarah Islam yang Pak Latip tulis saya beli dan baca," kata Tuan Faizal pula. Beliau yang juga seorang usahawan sering mempromosikannya kepada kawan-kawan.

Saya berasa sangat gembira dan terharu dengan kunjungan mereka...



Tuan Faizal Mohd Yusuf (labi) membawa novel sejarah Islam yang baru dibelinya untuk ditandatangani.


Novel Ikramah Penentang Jadi Pembela berjaya memikat hati tuan Nabil Mohd Amin lantas menjadi peminat novel sejarah Islam.













2 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, sungguh seronok saya apabila dapat bersama dengan Pak Latip. walaupun tidak lama, namun terasa penuh bermakna apabila bersama. inilah kita lihat bagaimana seorang penulis novel yang menulis bukan hanya pada mata pena, tetapi dengan keikhlasan dan jiwa Melayu Mukmin yang mana kita dapat rasa melalui buku-buku beliau. terima kasih Pak Latip, isteri (Tengku Nazirah) dan anak beliau mohd Syakirin kerana sudi memberi ruang kepada kami untuk bertandang ke rumah Pak Latip. di harap selepas ini perhubungan akan berterusan dan membawa seribu rahmat dan kebaikan. terima kasih sekali lagi. sehingga bertemu lagi :-)

siti mardiah yusop said...

Semoga ALLAH sentiasa memberikan kesihatan yang baik agar Pak Latip dapat terus berkarya.. Semoga ALLAH juga memberikan idea yang bernas dan memberikan kemudahan kepada Pak Latip untuk meneruskan perjuangan dalam menghasilkan karya-karya yang boleh dijadikan bahan bacaan kepada kita.. Kepada keluarga Pak Latip terutama isteri yang pastinya telah memahami minat suami, tahniah kerana memperolehi suami yang sanggup berkarya demi menjelaskan lagi jasa-jasa pejuang Islam kepada dunia masa kini yang kebanyakannya telah lupa akan sejarah Islam.