Friday, April 23, 2010

SUDAH TERBIT









Dengan izin Allah yang maha pengasih dan penyayang kisah empat imam besar Ahli Sunnah Waljamaah iaitu Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan Imam Hanbali sudah dinovelkan dan diterbitkan oleh PTS Litera Utama. Alhamdulillah.

Empat ulama yang terbilang itu mempunyai banyak sifat yang terpuji dan sangat dikagumi watak-watak mereka terutama ketakwaan kepada Allah SWT. Demi untuk menegakkan kebenaran mereka tidak takut kepada sesiapa selain Allah. Kesemua mereka pernah diuji dengan pelbagai dugaan termasuk difitnah, dipenjara, disebat dengan rotan dan dirantai kaki dan tangan kerana ketegasan mereka mempertahankan ikidah.

Selamat membaca kisah empat mazhab ahli Sunnah waljamaah ini…


5 comments:

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

assalamualaikum...
alhamdulillah...
ana baru baca buku imam syafie...
moga Allah sentiasa beri kekuata utk menulis buku...

ABDUL LATIP said...

Miss Wana Herman
waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh. terima kasih kerana sudah membaca novel imam syafie. Boleh teruskan dengan imam hanafi pula :)

♥ HeRWaNa HeRMan ♥ said...

lepas ni wana baca ikramah pulak...

misi insyaAllah hbs baca novel2 pak latip...

masa pak latip dtg UPSI tahun lalu bedah buku Salahuddin Al-Ayubi, kat situ bermula baca novel sejarah Islam keluaran pak latip...

nice book...
i like it..

ABDUL LATIP said...
This comment has been removed by the author.
ABDUL LATIP said...

Miss Wana Herman

Selamat membaca novel Ikramah Penentang Jadi Pembela. Ikramah anak Abu Jahal pernah terlibat dalam perang Badar,Perang Uhud, dan Perang Khandak. Beliau antara mereka yang paling keras menentang Islam tetapi akhirnya mendapat hidayah lalu menjadi pahlawan Islam.

MIss Wana ada masa bedah buku Salahudin Al Ayubi di UPSI dulu?. Terima kasih kerana selepas itu timbul minat membaca novel sejarah Islam.

Miss Wana juga minat menulis. Teruslah berkarya....