Friday, August 15, 2008

MENANG DUA HADIAH


Selepas mengikuti bengkel penulisan di Air Keroh pada 21-23 Julai 2007 yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor, saya telah menghasilkan tiga buah novel yang berkaitan dengan sejarah Johor. Salah satu di antaranya Si Bongkok Tanjung Puteri saya hantar kepada PTS Fortuna untuk diterbitkan. Manakala dua lagi saya hantar untuk menyertai Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 11.


Alhamdulillah, Si Bongkok Tanjung Puteri telah pun terbit dan telah diulangcetak. Manakala dua lagi memenangi Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor 11.

Walaupun menyertai sayembara bukan tujuan utama menulis namun kejayaan itu pastinya menyuntik semangat untuk terus berkarya.

InsyaAllah, malam ini (Jumaat 15hb) akan diadakan Majlis Penyampaian hadiah tersebut di Johor Bahru.


Hadiah sayembara novel sejarah Johor 11

Pertama RM35,000.00
Kedua RM 25,000.00
Ketiga RM15,000.

3 hadiah saguhati RM5,000.00 setiap satu.
Entri yang berkaitan boleh juga dibaca di

14 comments:

zino said...

paklatip menulsi jugak ke semuga salah satu ahdiah tu buat paklatip hehe

Abang Long said...

Do'a yang terbaik sentiasa buat Kekanda. Biarlah ALLAH sahaja yang membalasnya.

ABDUL LATIP said...

Zino,

Masih rahsia sebab pihak penganjur belum membuat pengumuman siapa pemenangnya.

ABDUL LATIP said...

Abang long

terima kasih atas doa yang baik. Memang benar, sesungguhnya Allah sahaja sebaik-baik pemberi balasan.

Indah Hairani said...

Assalamualaikum,
saya seperti juga yang lain sentiasamendoakan kejayaan buat tuan.

Puan Ainon Mohd. said...

Tahniah! Tahniah!

Ambil gambar, nanti saya linkkan ke UNIKA.

NURAZZAH8 said...

Alhamdulillah ...bertambah-tambah murah rezeki Pak Latip...

rezeki yang diperolehi dari sumber yang baik dan halal itu sungguh-sunguh diberkati...AMIN...

lama sungguh saya tak dpt menjenguk ke sini...
Apa khabar? saya nak booking satu novel Abu Bakar..

ROSLAN ISA said...

Tahniah!

Sanjung usaha tuan.

ABDUL LATIP said...

Indah hairani,

Waalaikumsalam. terima kasih atas doa yang baik untuk saya. amin.

ABDUL LATIP said...

Sifu Puan Ainon,

Saya hantar 2 buah novel untuk sayembara itu. Menang keduanya. Berkat teknik surah Yusof. Alhamdulillah.

ABDUL LATIP said...

Prof Nurazzah,

Novel Abu Bakar Sahabat Sejati sudah terbit. Sultan Muhammad al fateh dan Leftenan Adnan akan terbit tidak lama lagi.

Kalau booking banyak boleh saya hantar :)

ABDUL LATIP said...

cencerve iium

Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya.

Puan Ainon Mohd. said...

Kalaulah 2 buah novel yang memang itu dapat diberikan kepada PTS bagi menerbitkannya, alangkah bagusnya!

InsyaAllah pengedaran PTS lebih baik.

ABDUL LATIP said...

Puan Ainon

Novel-novel yang menang sayembara ini akan diterbitkan oleh pihak penganjur untuk cetakan yang pertama sahaja.

Selepas itu menjadi hak pengarang untuk menerbitkannya.

Alangkah bagusnya kalau PTS bersetuju menerbitkan 2 novel yang menang sayembara itu.

The Puteri Pacific
Johor Bahru.