Wednesday, July 16, 2008

BERTEMU CUCU LEFTENAN ADNAN


Perjuangan Leftenan Adnan dan Askar Melayu yang mempertahankan tanah air dari serangan tentera Jepun ketika Perang Dunia kedua dahulu akan dijadikan novel. Diterbitkan oleh PTS Fortuna bulan Ogos nanti. Insya-Allah.

Wan Sofia Zainudin, anak Allahyarham Zainudin, cucu Leftenan Adnan. Ibunya Raja Puteh Zainab masih hidup tetapi ayahnya telah meninggal dunia.

Wan Suhaimi Zainudin, abang Wan Sofia yakin mayat Leftenan Adnan tidak dikebumikan di Bukit Candu tetapi dibawa ke satu tempat oleh tentera Jepun sebagai tanda penghormatan kepada seorang pahlawan.


Melalui blog ini, akhirnya saya dapat menjejaki waris Leftenan Adnan, pahlawan Melayu yang gugur semasa mempertahankan tanah air dalam perang dunia kedua.
Novel yang mengisahkan penaklukan tentera Jepun di Tanah Melayu dan kisah keperwiraan Leftenan Adnan dan kawan-kawannya yang berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir di Bukit Candu akan terbit tidak lama lagi. InsyaAllah.

Entri yang berkaitan boleh juga dibaca di blog




1 comment:

famy said...

Assalamualaikum Tuan Abdul Latip Talib saya mohd fahmi bin mohd kharis merupakan student daripada universiti malaysia sarawak dan mmembuat projek tahun akhir pada tahun nie.saya membuat tajuk tentang perjuangan leftenan adnan dalam bentuk animasi untk kanak-kanak.saya ingin bertanya beberapa soalan dan pendapat daripada tuan.di harapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama. kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai