Friday, May 9, 2008

WAJAH BAHARU



Novel sejarah Melayu Si Bongkok Tanjung Puteri dan Setelah Roboh Kota Melaka telah diulangcetak dengan wajah baharu yang lebih menarik.

Kerana novel sejarah Melayu juga ada peminatnya maka ianya memberi semangat kepada saya untuk terus menghasilkannya. Selepas ini Leftenan Adnan diikuti dengan Dol Said Pahlawan Naning. Sinopsisnya telah dihantar kepada PTS Fortuna.

Menulis novel sejarah memang sukar kerana terikat dengan fakta sejarah tetapi saya minat menulisnya. Tambahan pula ramai yang suka membacanya.

Walaupun ada pembaca yang memberi kata-kata pujian dan ada pula yang "kurang suka" tetapi itulah yang memberi semangat kepada saya untuk terus menulisnya. Sebagai penulis saya tidak boleh lupa diri dengan pujian dan tidak boleh pula patah semangat dengan kritikan.

Novel terbaru yang telah siap saya tulis dan akan terbit tidak lama lagi ialah Abu Bakar As Siddiq Wira Islam diikuti dengan Sultan Muhamad al Fateh dan Hulagu Khan Runtuhnya Kota Baghdad yang diterbitkan oleh PTS Fortuna.

4 comments:

DeeN said...

Salam Pak Latip,
TAHNIAH untuk novel yg telah diulang cetak itu. Teruskan menulis. Masih kurang penulis yg menumpukan kepada penulisan novel berunsur sejarah. Walaupun sejarah kadang2 membuatkan manusia cepat bosan, tapi jika diolah (tanpa lari dari fakta)mampu menarik minat pembaca!

:)

Umi Kalthum Ngah said...

Encik Latip,

Assalamualaikum warahmatullah,

Tabik spring!

Pena Encik Latip memang tidak pernah kering...

Wasalam...

Puan Ainon Mohd. said...

Tulis lagi! Hehehe... (Ketawa ada makna!)

ABDUL LATIP said...

Nur@dden, assalamualaikum.
Terima kasih atas ucapan tahniah. Memang benar kerana belum ramai penulis yang minat menulis novel sejarah maka saya kena tulis banyak2 :)

Umi Kalthum Ngah, assalamualaikum warahmatullahi wbrt.

Umi juga semakin aktif menghasilkan karya. Tabik spring juga kepada umi kerana berjaya dalam kerjaya pendidik dan penulis.

Sifu Puan Ainon Mohd, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersyukur kepada Allah dan terima kasih kepada puan dan PTS. Saya akan tulis lagi. InsyaAllah.

Ketawa ada makna?. Suspen pula saya.hehehe.