Adakah novel yg berikut:::("Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.")FAKTA diatas yg takperlu di bukukan kerana : Askar melayu bersama askar British, ia tidak mencerminkan penulis Islam yg syumul ....dan fakta itu salah dan telah dibuktikan......
Jawapan saya.
Tujuan saya menulis kisah perjuangan Leftenan Adnan untuk merakamkan kisah perjuangannya menentang askar Jepun semasa Perang Dunia ke 2 dahulu. Seperti juga menulis kisah pahlawan Melayu yang lain, saya sukar untuk mendapatkan fakta yang tepat. Kalau ada pun faktanya ditulis sebelum merdeka.
Mengenai 152 orang askar Melayu terkorban dalam perang dunia ke 2 menentang askar Jepun itu memang ada tercatat dalam buku sejarah termasuk sebuah tugu peringatan yang terdapat di Bukit Candu Singapura.
Semasa saya melawat Bukit Candu di Singapura tempat berlakunya pertempuran antara askar Melayu dengan askar Jepun ada dibina sebuah tugu peringatan di situ tertulis fakta di mana dalam pertempuran itu seramai 152 orang askar melayu dan 6 pegawai Inggeris terkorban. Pada saya fakta itu betul.
Jika ada yang mengatakan fakta itu salah perlu dibuktikan.
Fakta itu yang saya ambil untuk dimasukkan ke dalam novel Leftenan Adnan. Jika fakta itu salah pembaca yang arif dan bijaksana boleh betulkan dengan memberi fakta-fakta yang memang tepat dan diakui.
Seorang tokoh akademik bahagian sejarah Islam apabila diminta menyemak novel sejarah Islam juga menasihatkan penulis supaya mengambil fakta yang sahih dan terbukti kesahihannya.
Ternyata pendapat orang akademik dengan orang sastera agak berbeza. Orang sastera akan anggap itu salah satu keindahan dalam karya. Tetapi orang akdemik akan mengatakan itu satu fakta yang perlu dibuktikan kesahihannya.
Sebagai seorang penulis saya bebas berkarya. Maksud bebas itu ialah bebas mencari serta mendapatkan fakta di mana saja sumbernya. Kemudian terserah kepada pembaca untuk menilai sama ada fakta itu tepat atau tidak.
Kalau fakta itu tepat dan sahih alhamdulillah. Kalau tidak tepat atau kurang tepat rasanya tidaklah menjadi satu kesalahan yang sangat berat dalam sebuah karya kreatif.
Lagikan ulamak juga bersalahan pendapat dalam sesuatu hukum inikan pula fakta yang terdapat dalam sesebuah novel.
Di sini ada dicatatkan seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
