Monday, April 8, 2013

NOVEL SEJARAH ISLAM


Sejarah ialah peristiwa masa lalu, tentang manusia yang benar-benar wujud dan kisahnya benar berlaku. Kebenaran itu dapat dibuktikan melalui catatan tarikh, nama tempat, nama orang dan ada fakta sejarahnya.

Fakta sejarah itu pula ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu tertentu,
di tempat tertentu dan tidak berdiri sendiri. Sebaliknya peristiwa itu mempunyai kaitan dengan peristiwa lain yang penting.


Mengenai sejarah Islam pula, Ibnu Ishaq dikatakan orang pertama sekali menulis sirah Rasulullah saw, kemudian diikuti Ibnu Hisyam. Tetapi adapun Ibnu Ishaq hidup kira-kira 200 tahun selepas Nabi Muhamad saw wafat.


Beliau banyak belajar dan mengambil riwayat daripada tokoh terkemuka al-tabi‘in, seperti Aban bin ‘Uthman (m. 101H-105H), Al-Qasim bin Muhammad bin Abu Bakr al-Siddiq (m. 107H), Muhammad bin ‘Ali bin al-Husayn bin ‘Ali bin Abi Talib (m. 110H), ‘Asim bin ‘Umar bin Qatadah bin al-Nu‘man al-Ansari (m. 129H) dan ramai lagi. Meninggal dunia pada tahun 151H di Baghdad.


Ibnu Kathir pula lahir pada tahun 1372 atau kira-kira 740 tahun selepas nabi wafat… Kitabnya Al-Bidayah wa an-Nihayah merupakan sumber rujukan ilmu sejarah Islam. Dan kitab ini dijadikan bahan rujukan dalam penulisan sejarah Islam.


Mamun masih ada mereka yang mempertikaikan buku Ibnu Ishaq, Ibnu Hisyam dan Ibnu Kathir. Malah ada yang menolak kitab sejarah yang ditulisnya kerana dikatakan salah fakta. Ini Jelas menunjukkan fakta sejarah itu tidak pernah lengkap dan sempurna.


menurut Prof Teeuw, dalam karya sejarah yang paling ilmiah sekalipun pun ada aspek yang subjektif yang tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Hal ini disebabkan .

“Fakta sejarah tidak pernah disampaikan kepada kita dalam keadaan murni dan lengkap kerana Sentiasa dihias melalui fikiran si pencatat.”

Teeuw juga merumuskan bahawa fakta sejarah itu sifatnya memang tidak pernah lengkap.

Pada tahun 2010 seorang penulis bukan Islam bernama Deepak Chopra
menulis “Muhammad A Story of The Last Prophet” yang juga disampaikan dengan gaya penulisan kreatif. Sejak novel itu diterbitkan tidak ada pula yang membantahnya. Apakah orang Islam sendiri lebih senang kisah nabi kita itu ditulis oleh penulis bukan Islam dari ditulis penulis Islam sendiri?


Kerana itu wahai penulis novel sejarah Islam teruslah menulis jangan takut dikatakan salah fakta kerana kitab yang benar-benar sejarah pun dikatakan salah fakta.

Kepada pembaca novel sejarah Islam teruslah membaca kerana jika pun salah fakta tidak merosakkan akidah dan iman tuan puan.


Untuk mendapatkan fakta yang lebih lengkap dan benar boleh membaca kitab-kitab sirah...

1 comment:

Hakkam Shahril said...

Astagfirullahalazimm..

Tuan yg dikasihi.. Dialog/peritiwa kalau dibuat2 merupakan fitnah tuan..

Moga Allah SWT ampun kn dosa kita.. Ya Allah Ya Rabbil Alammin...