Saturday, October 11, 2008

PENDAHULUAN DAN SINOPSIS

Sejak entri buku ini disiarkan ada yang mencarinya di kedai buku tetapi tidak ada lagi kerana diterbitkan sepuluh tahun yang lalu. Kerana itu ada yang ingin mengetahui kandungannya. Untuk itu saya siarkan petikan Pendahuluan dan Sinopsis Istana Menanti.

Pendahuluan

Adik-adik pembaca,

Mata pelajaran Sejarah sudah menjadi subjek teras di sekolah-sekolah seluruh tanah air. Tahukah adik-adik peri pentingnya pendidikan Sejarah sehingga mata pelajaran ini diberi perhatian istimewa oleh Kementerian Pendidikan?.

Sejarah sesebuah negara mesti diketahui oleh setiap warganya, lebih-lebih lagi generasi muda. Sejarah mengenalkan kita siapa kita sebenarnya, dari mana asal kita dan siapa jurai keturunan kita. Sejarah juga boleh menjawab persoalan tentang nilai yang kita pegang atau budaya yang kita amalkan. Kerana itulah para sarjana dan bijak pandai mengembeleng tenaga mengkaji segala peristiwa, tarikh, perjanjian dan segala tinggalan, artifak atau fakta-fakta yang ditinggalkan oleh orang terdahulu. Apa yang terjadi dahulu itulah yang telah membentuk negara yang kita diami hari ini.

Buku ini direka dan disusun khas untuk bacaan adik-adik di tingkatan peralihan atau tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Buku ini menggunakan pendekatan kreatif atau cereka untuk menyampaikan fakta sejarah.

Sejarah yang adik-adik baca dalam buku sekolah penuh dengan tarikh, perjanjian, senarai tokoh dan peristiwa. Tidak ada unsur kemanusiaan di dalamnya, menjadikan apa yang adik-adik baca hanyalah sesuatu yang kering. Agaknya kerana itulah belajar sejarah terasa amat membosankan, lebih-lebih lagi kerana segala faktanya terpaksa dihafaz.

Buku ini kaya dengan unsur kemanusiaan seperti semangat, perjuangan, sedih pilu, gembira ria, cinta kasih, suspen, malahan kelucuan. Unsur-unsur inilah yang diolah dan dicanai dengan cara yang menarik lagi dramatik. Dengan ini sejarah lebih mudah dihayati bahkan menyeronokkan pula.

Selepas membaca buku ini kami berharap adik-adik akan lebih memahamni mata pelajaran sejarah di sekolah, menggunakan bahasa yang mudah dan dikawal. Menjadikannya juga bahan yang sesuai untuk membina dan menggilap penguasaan Bahasa Melayu adik-adik.

Mudah-mudahan minat adik-adik terhadap sejarah tanah air terpupuk dengan baik dan terus berkembang. Sesungguhnya apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah hari esok.

Buku ini mendekatkan pembaca kepada sejarah tanah air bermula pembukaan Melaka hingga zaman menuntut kemerdekaan.

Selamat membaca dan beroleh manfaat.


Sinopsis

Novel remaja awal ini mengisahkan tiga orang sahabat, Fadhil, Ramasamy dan Ah Seng tertarik dengan kisah sebuah istana lama yang terletak di puncak sebuah gunung. Istana Menanti ada kaitan dengan sejarah kedatangan orang-orang Minangkabau ke Tanah Melayu. Pernah menjadi tempat bersemayam Raja Melewar. Pernah menjadi tempat persinggahan Sultan Mahmud Shah sebelum berundur ke Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Di Istana Menanti juga pernah menjadi tempat berkumpulnya pendekar-pendekar Rembau sebelum pergi ke Naning membantu Dol Said menentang British dalam perang Naning pertama. Semasa pendudukan Jepun Istana Menanti digunakan oleh gerakan bawah tanah bagi menentang askar Jepun. Dan yang terakhir pernah digunakan oleh pengganas Komunis sebelum negara kita merdeka.

Tiga sahabat itu akhirnya sampai ke puncak gunung lalu memasuki istana tersebut. Pelbagai peristiwa ganjil. menyeramkan malah melucukan yang mereka tempuhi tetapi dengan semangat setiakawan akhirnya mereka terselamat dari bahaya.

16 comments:

Zamri Mohamad said...

Buku-buku sebegini selalu menjadikan saya tiada di rumah. Sebabnya saya akan berada di perpustakaan sekolah (SRK Jalan Kuantan 1, KL) dari jam 2-4.30 petang. Membacanya sambil baring-baring kerana perpustakaan itu mempunyai karpet.

www.zamrimohamad.com

Anonymous said...

Very good......

Leyla Shuri said...

salam aidil fitri,
semoga terus berjaya.

NURAZZAH8 said...

Salam Pak Latip, tahniah di atas penerbitan novel terbaru... saya belum sempat baca habis novel sebelumnya...sibuk benar...

Hari tuh semasa balik dari Johor teringin nak singgah rumah Pak Latip, tapi tak sempat, lagipun anak2 dah kepenatan dalam van... masing2 semua nak cepat sampai rumah kerana esoknya (Isnin ) dah sekolah...
Insyaallah jika ada peluang lain kali saya ingin berkunjung ke sana... doakan murah rezeki dan ada kelapangan...

zino said...

paklatip..
bila baca kisah pendekar rembau yg berkumpul sebelum ke naning tu teringat cerita yg uwan zino kabarkan masa kecik2 dulu..

salah sorang pendekar tersebut ialah datuk bandar (tok banda )ghembau.. dan tok banda selepas tok banda yg berjuang di naning tu ialah moyang zino tok banda hj sail.. kalau paklatip ada sejarah berkaitan dengan nya boleh share dengan kami..

ABDUL LATIP said...

Tuan Zamri,

Doakan semoga Istana Menanti dicetak semula dan sampai ke sekolah-sekolah supaya dapat dibaca oleh pelajar :)

ABDUL LATIP said...

goooood girl
Terima kasih.

Jahrera
Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Bila puan datang lagi ke Malaysia maklumkan kepada saya boleh sama2 ke rumah Kak Mon makan durian hehehe.

ABDUL LATIP said...

Puan Prof Nurazzah

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Bila ada masa terluang nanti bolehlah teruskan pembacaan novel sejarah terbaru saya.

Lain kali bila pulang ke Johor bolehlah singgah di Jelebu. Kalau bukan musim raya pun tidak mengapa. Tapi sebaiknya telefon dulu takut kami tidak ada di rumah.

ABDUL LATIP said...

Tuan pendekar Zino,

Rupanya tuan keturunan pendekar Rembau. Patut nampak perkasa hehe. Saya sedang mengumpulkan maklumat mengenai kisah itu. Harap tuan boleh bantu saya.

Sketsa kehidupan. said...

Assalamualaikum.
Pak Latif, tahniah atas penghasilan Istana menanti. Memang kaya dengan info sejarah. Boleh saya tahu apakah tema novel ini? Tema sejarah/pengembaraan?

Sketsa kehidupan. said...

Assalamualaikum.
Pak Latif, tahniah atas penghasilan Istana menanti. Memang kaya dengan info sejarah. Boleh saya tahu apakah tema novel ini? Tema sejarah/pengembaraan?

ameranie said...

terima kasih atas penghasilan web ini.web ini memudahkan hidup ini..

HAMBA ALLAH said...

boleh bagi saya sinopsis dri bab1-5

Muzammil Fahmi said...

Pak Latip...boleh bagi sinopsis novel ni bab demi bab..1-14..

afieqa syahieda said...

saye ade belajar daripada buku ini di sekolah.

irshad said...

nieh jew kew klu nak jawab soalan sinopsis