Wednesday, March 31, 2010

SURAT DARI PEMBACA


Asslamualaikum Pak Latip,

Saya Ezzuddeen dari Klang. Saya cuba mencari ruang pertanyaan mengenai novel uncle di blog uncle tapi saya jumpa email uncle.. so, saya rasa baik saya terus email ke uncle jer.. maaf kalau mengganggu. saya ingin mengucapkan tahniah kepada pakcik kerana berjaya menulis novel2 yang kisahnya telah berlalu sekian lama... saya juga telah memiliki beberapa novel pakcik dan yang menjadi tanda tanya kepada saya adalah novel pahlawan Islam iaitu Salahuddin Al Ayubi.

Menurut tulisan pakcik, setelah tentera Islam berjaya menawan Jerussalem, mereka hidup aman selama lebih kurang tiga tahun dengan perjanjian damai antara salahuddin dengan Raja Jerussalem, Raja Balian Birzan.. tetapi dengan kehadiran King Richard the Lion Heart dengan bala tentera berjumlah hampir 100000 orang, telah mengekung pelabuhan Acre.. dan menurut pakcik, tiada sesiapa mahupon Salahuddin atau richard yg menang tetapi masing2 berundur..

Yang saya pelik, banyak dokumentari, wikipedia dan sebahagian novel2 Islam yang mengatakan bahawa dalam pengepungan Acre, Salahuddin telah kalah dan Acre ditawan oleh Richard dengan jumlah tawanan mencecah 3000 askar.. kemudian Richard meminta wang dinar sebagai tebusan tetapi salahuddin gagal mendapatkanya dalam masa yang ditetapkan menyebabkan 3000 askar tawanan itu dibunuh semuanya..

Dan dari situ, mereka menawan lagi satu pelabuhan iaitu pelabuhan Jaffa yang terletak berhadapan dengan Jerusalam.. dari situ mereka kemudiannya menyerang Jerussalem tetapi mereka gagal dan tercapai perjanjian damai antara salahuddin dengan Richard...

Apa Pendapat dan ulasan pakcik megenai soal ini...??

Tq, Wassalam...

Ezzuddeen Abdissalam
Klang.

---------------------------------------------------------------------

Waalaikumsalam Warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih Ezzuddin kerana telah membaca novel Salahuddin al Ayubi Penakluk Jerussalem. Memang tidak dapat dinafikan pelbagai versi mengenai kisah Salahudin Al Ayubi ditulis oleh pengarang Barat. Kadangkala ada ceritanya yang sengaja hendak menunjukkan kelemahan Salahudin Al Ayubi. Malah sebuah filem yang ada kaitan dengan cerita Salahuddin Al Ayubi juga telah ditokok tambah ceritanya yang asal.

Kerana itu saya lebih suka merujuk buku-buku yang ditulis oleh orang-orang Islam sendiri antaranya Salahuddin Al Ayubi Pahlawan Perang Salib oleh Dr Mahmud Syalabi. Beliau diakui sebagai salah seorang ilmuan Islam zaman ini yang boleh dijadikan rujukan.

Memang benar setelah Salahuddin Al Ayubi menakluk Jerusalem suasana aman Cuma bertahan selama tiga tahun sahaja kerana selepas itu Raja-Raja Eropah telah menghantar bala tentera untuk merebut semula Baitul Maqdis. Dan memang benar Salahudin Al Ayubi dan pasukan tenteranya pernah di serang dan terkepung dan memang benar kota Aka atau Acre pernah ditawan tentera Salib sebelum termeterinya perjanjian damai.

Walaupun mungkin terdapat jalan cerita yang agak berbeza tetapi fakta-faktanya masih tidak berubah. Apa yang penting ialah novel itu menceritakan ketokohan serta kejayaan Salahudin Manakluk Jerusalem…

Sekiranya terdapat salah fakta sekalipun perkara itu biasa berlaku dalam penulisan novel sejarah. Ini kerana penulis tidak hidup pada masa tersebut. Malah kisah Salahudin Al Ayubi ini ditulis kira-kira 100 tahun selepas beliau meninggal dunia pada tahun 589 hijrah/ 1193 masihi.

Saturday, March 27, 2010

TERIMA KASIH


Semalam di booth PTS Tuan Budi Yanto yang saya kenali melalui FB membeli 30 buah novel sejarah Islam dengan harga RM 534.00 (dapat diskaun 35%) Beliau seorang peceramah bebas dan tujuannya membeli banyak novel sejarah Islam untuk dijual kepada para peserta ceramahnya.

“Saya mahu buku2 tuan dibaca oleh sebanyak manusia,” kata Tuan Budi Yanto.



Tuan Budi Yanto mendapat hamper kerana membeli lebih RM500










TERIMA KASIH

Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah berusaha menjayakan program ini. Saya juga menyertainya dari stesyen Komuter Seremban hingga Stesyen Putra.


Bersama Cik Azzah Ketua OperasiBACA@KOMUTER Edisi Khas PBAKL 2010 (gambar oleh Azzah)


Bersama Cikgu Shazleen (gambar oleh Azzah)




Novel Sejarah Islam laris jualannya. Alhamdulillah ( Gambar oleh Siti Hasyina)



Bersama Zino dan keluarganya. (gambar oleh Zino)




Ditemuramah tuan Bahruddin (gambar oleh Zino)







Sementara menunggu giliran naik ke pentas aktiviti sempat bergambar.


Menandatangani buku yang dibeli pembaca (gambar oleh Mona Comei/Iman Daud.





Thursday, March 18, 2010

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2010


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - PBAKL 2010 - telah bermula. Kunjungi beramai-ramai gerai PTS.

Ada diskaun istimewa di Booth PTS, 20 hamper istimewa untuk pembelian buku PTS RM500 ke atas, buku percuma untuk 100 pembelian pertama di Booth PTS, hadiah istimewa bagi pembelian buku PTS yang bernilai RM100 dan RM200 ke atas,kupon diskaun 25% untuk fan Facebook PTS dan bermacam lagi...

SENARAI TERLARIS

Novel Salahudin Al Ayubi, Imam Syafie, Khalifah Umar Abdul Aziz dan khalifah Umar al Khattab tersenarai dalam kategori “Senarai Terlaris” bagi kategori Novel Dewasa dalam portal PTS. Syukur dan terima kasih…

http://pts.com.my/













Sunday, March 14, 2010

NOVEL SEJARAH ISLAM DI JAKARTA


Blogger Tuan Jiwa Rasa baru-baru ini ke Jakarta dan sempat ke gedung buku Gramedia di kompleks membeli-belah Sarinah yang terkenal itu.

Beliau merakamkan foto ini yang menunjukkan novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talip terbitan PTS, yang dilesen dan diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia, dipamerkan dalam kedai buku Gramedia itu.

Disalin dari blog Puan Ainon Mohd:

http://universitipts.com/index.php/site/comments/novel_sejarah_islam_abdul_latip_talip_di_jakarta/


Sehingga kini sudah empat judul novel sejarah Islam hasil karya saya dilesen dan diterbitkan di Indonesia, iaitu Khalid Al Walid, Salahudin Al Ayubi, Ikramah bin Abu Jahal dan Tariq bin Ziyad.

Khabarnya beberapa buah lagi akan diterbitkan di sana....

Saturday, March 6, 2010

Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim Darul Izzah

Gambar oleh Tuan Iskandar Syah Ismail.

Iskandar Syah Ismail


Buku Pak Latip Talib dibaca oleh anak yatim ini.
Walaupun saya letak buku-buku Pak Latip di rak buku berkategori Novel Dewasa tetapi saya perasan betapa anak yatim ini dan rakannya begitu seronok melihat buku-buku novel sejarah pahlawan yang Pak Latip tulis.

Semoga Pak Latip terus diberi kekuatan dan ilham untuk berkarya oleH Allah s.w.t demi untuk memandaikan anak bangsa.Amin.

----------------------------------------------------------------------
Subhanallah....
Terharunya saya melihat gambar ini.
Tuan Iskandar Syah Ismail. Terima kasih mendoakan saya. Amin.

Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim Islamic Relief di Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Bangi ditubuhkan pada 6 Mac 2010 melalui pembiayaan dana Community Links oleh Yayasan CIMB.