Thursday, April 25, 2013








KISAH BULAN TERBELAH DUA

Dalam buku Khalifah-Khalifah Yang Benar pada bab: 3 muka surat 23 ada diceritakan kisah bulan terbelah dua. Ada pembaca yang bertanya apakah benar kisah tersebut?. Apa buktinya?. Adakah kisah itu terdapat dalam Quran dan Hadis?. Adakah kisah bulan terbelah dua itu ditokok tambah?

“Telah hampir datangnya masa itu (kiamat) dan bulan terbelah. Dan setelah mereka melihat suatu tanda (mukjizat) mereka berpaling lalu berkata “Ini adalah sihir yang luar biasa” dan mereka mendustakannya dengan mengikut hawa nafsu sedang setiap yang berlaku ada ketetapannya.” (Surah al Qamar ayat 1-3).

Abdullah bin Masud berkata:
Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah, lalu Rasulullah bersabda, Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010).

Anas r.a kata; bahwa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Ibnu Abbas r.a berkata, Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada masa Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam.. (Shahih Muslim No.5015)

Dari Anas bin Malik berkata, sesungguhnya penduduk Mekah meminta nabi satu bukti kebenaran risalah yang dibawanya. Lalu baginda menunjukkan kepada mereka bulan terbelah sehingga mereka melihat gua hirak berada di antara keduanya. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari ayat al Quran dan hadis yang dinyatakan itu membuktikan memang benar telah berlaku bulan terbelah dua. Kejadian itu disaksikan penduduk Mekah termasuk Abu Jahal dan Abu Lahab.

Gambar yang diambil oleh NASA pula terdapat satu garisan di tengah permukaan bulan. Itu membuktikan bahawa bulan pernah terbelah suatu ketika dahulu kemudian dicantumkan semula.

Menurut kisahnya, sebelum kejadian itu penduduk Mekah mengadakan mesyuarat bagaimana hendak membuktikan kepada orang ramai bahawa Muhamad itu pendusta. Lalu dicadangkan mereka menyuruh Muhamad menukar siang kepada malam, menukar matahari kepada bulan tidak cukup dengan itu mereka meminta bulan itu dibelah dua kemudian belahan bulan itu turun dan masuk ke lengan baju baginda. Mereka sengaja meminta suatu perkara yang mustahil dapat dilakukan oleh manusia biasa walau bagaiamana hebat ilmu sihirnya. Dengan kuasa Allah swt Nabi Muhamad saw dapat menyahut cabaran mereka.

Jika setakat bulan terbelah dua saja tentulah kafir Quraisy tidak mengatakan ini adalah sihir yang amat luar biasa kerana sebelum itu Nabi Muhamad saw telah menunjukkan beberapa mukjizatnya.

Bulan terbelah dua kemudian turun lalu masuk ke dalam jubah Rasulullah saw kemudian keluar dari lengan baju kiri dan kanan baginda sebelum bercantum semula benar-benar berlaku dan disaksikan oleh orang ramai termasuk Raja Habib dari Syam. Setelah melihat kejadian yang luar biasa itu ramai yang mendapat hidayah termasuk Raja Habib. Tetapi lebih ramai yang tidak percaya lalu mengatakan itu sihir luar biasa Muhamad…

Allah swt Maha Berkuasa, boleh berbuat apa sahaja, Peristiwa Israk dan Mikraj lebih luar biasa hebatnya berbanding bulan terbelah dua dan masuk ke lengan baju nabi berbanding memperjalankan HambaNya ke Sidratul Muntaha hanya dengan satu malam sahaja yang jaraknya berjuta tahun cahaya…

Mukjizat itu adalah kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran risalah yang mereka bawa. Ilmu pengetahuan manusia tidak mampu menghuraikan bagaimana mukjizat itu berlaku kerana ia kuasa Allah SWT.

Kisah bulan terbelah ini ada diceritakan dalam buku Mukjizat-Mukjizat Rasulullah, Kisah Menakjubkan Dalam Kehidupan Rasulullah, 33 Kisah Menarik Para Nabi-Nabi, kitab Nur Yaqin (jawi), Hikayat Nabi Bercukur dan Bulan Terbelah (jawi). Malah dalam Qisasul Anbiyak (jawi) ada diceritakan kisah Raja Syam yang telah beriman setelah menyaksikan kejadian bulan terbelah dua.

Namun ada yang mengatakan bulan terbelah dua itu memang benar berlaku tetapi bulan yang terbelah itu turun ke bumi lalu masuk ke lengan baju Nabi Muhamad saw lalu mengucapkan salam dan naik semula ke angkasa lalu bercantum itu adalah tokok tambah yang sengaja di ada-adakan. Benarkah?.

Al Quran adalah panduan umat Islam. Kandungannya telah lengkap. Namun umat Islam diminta berfikir dan mengkajinya. Kerana itu wujudnya tafsir Al Quran dan tafsir hadis. Mereka yang anti hadis akan sesat kerana akal fikiran mereka tidak dapat mentafsirkan ayat al Quran itu dengan lengkap. Kerana itu perlunya merujuk kepada hadis-hadis dan kitab-kitab yang sohih.

Contohnya, dalam al Quran menyuruh kita sembahyang maka hadis dan kitab fiqah yang memberitahu kita sembahyang Zohor itu empat rakaat, Asyar itu empat rakaat, maghrib tiga rakaat, Isyak empat rakaat dan subuh dua rakaat. Hadis yang kitab-kitab fiqah yang menghuraikannya.

Begitu juga kisah bulan terbelah dua, jika hanya berpandukan kepada ayat Quran dan tidak mahu merujuk kepada hadis dan kitab sejarah maka timbul bermacam pendapat dan andaian. Kerana itu pentingnya merujuk hadis dan kitab sejarah.

Dalam hadis-hadis itu juga tidak dinyatakan siapakah nama penduduk Mekah yang meminta nabi Muhamad saw menunjukkan mukjizatnya boleh membelah bulan. Tidak dinyatakan juga peristiwa itu berlaku di mana tempatnya?. Berlakunya pada waktu siang atau waktu malam.

Kerana itu Allah menyuruh kita berfikir dan membuat kajian. Ayat al Quran itu diturunkan supaya kita bukan saja percaya tetapi menambah kepercayaan dengan mengkajinya berpandukan kitab hadis dan pendapat para ulama.

Untuk menjawab persoalan itu kena rujuk buku atau kitab sejarah yang ada menceritakan kisah bulan terbelah. Jika tidak maka akan adalah tuduhan selain itu hanya tokoh tambah penulis kerana tidak diceritakan dalam Quran dan hadis.

Apabila seseorang itu membaca al Quran, membaca hadis dan ditambah dengan membaca kitab-kitab sirah maka akan mengetahui fakta itu dengan lebih lengkap dan bertambah lagi keyakinannya.

Dalam buku Biografi Agung Rasulullah SAW penulis Rusydi Ramli Al Jauhari disemak oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Enghku Alwi dan Ustazah Maznah binti Daud penerbit Must Read 2012 pada muka surat 156 atas tajuk Terbelah bulan ada dinyatakan begini..

Orang Musyrikin Makkah ketika itu mencabar nabi kalau ia benar maka tunjukkan kepada mereka satu bukti dengan terbelah duanya bulan yang berada di atas langit. Selepas itu datang kepada kami yang sebelah kanan dan masuk ke dalam jubah nabi kemudian keluar melalui lengan baju kiri, manakala bulan bahagian kiri masuk dari lengan sebelah kiri dan keluar dari lengan kanan. Pada sahabat ketika itu begitu marah dengan permintaan yang melampau dan biadap…(m.s 156)

Dan pengetahuan kita berkenaan peristiwa bulan terbelah dua itu menjadi lebih lengkap jika membaca buku 33 Kisah-kisah Menarik para nabi-nabi yang ditulis Nurul Basri penerbit Syarikat Nurulhas.

Apakah dengan menceritakan bagaimana bermulanya kisah bulan terbelah, siapa yang mencabar nabi? Di mana berlakunya perisitiwa itu, waktu siang atau malam dan kesan dari peristiwa itu itu maka dituduh menokok tambah, kerana tidak diceritakan sebegitu lengkap dalam Quran dan hadis?...

5 comments:

Omar Bachik said...

ye

Omar Bachik said...

JIKA PERKARA YANG BENAR TERCATAT DI DALAM ALQURAAN DITOKOK TAMBAH SESUKA HATI TANPA PERIWAYAT YANG SEBENAR2 DAN TULIN DIKUHAITIRI MENIMBULKAN FITNAH OLEH KAFIR QUARAISH MODEN

Omar Bachik said...

JIKA PERKARA YANG BENAR TERCATAT DI DALAM ALQURAAN DITOKOK TAMBAH SESUKA HATI TANPA PERIWAYAT YANG SEBENAR2 DAN TULIN DIKUHAITIRI MENIMBULKAN FITNAH OLEH KAFIR QUARAISH MODEN

danasahabat.blogspot.com said...

Bantu buat Kartu Kredit BANK BNI dengan beragam fasilitas dan diskon, free iuran tahun pertama di manapun anda berada di seluruh pelosok nusantara Kartu Kredit BNI, adalah Kartu Kredit BNI MasterCard dan BNI VISA, baik Kartu Biru, Emas
maupun Platinum berikut Kartu Tambahannya.
100% berkas aman cukup fc ktp.slip
gaji/skp kartu kredit npwp
khusus karyawan gaji min 3 jt perbulan.owner lampirkan fc ktp siup dan npwp bila memiliki kartu kredit bisa dilampirkan
proses maks 10 hari kerja.Diskon 15% untuk makanan dan minuman dengan minimum transaksi Rp 150.000,- dan maksimum transaksi Rp 2.000.000,-.
Diskon 20% untuk menu makanan Hot Kitchen (tidak termasuk Toast/Honey Toast/Beverage) dengan minimum transaksi Rp 150.000.- dan maksimum transaksi Rp 2.000.000,- (sebelum diskon, pajak dan servis).
Garuda Indonesia Travel Fair 2014, kerjasama Bank Negara Indonesia dengan Garuda Indonesia, one stop shopping untuk paket wisata Anda dengan harga spesial menggunakan Kartu Kredit dan Kartu Debit BNI.
Diskon cicilan 0% selama 3 & 6 bulan atau cicilan bunga ringan 0,8% selama 9 & 12 bulan dengan transaksi minimum Rp 1.000.000,-
Hemat hingga 50% atau maksimum Rp 1.000.000,- dengan BNI Reward Points.
Informasi lebih lanjut hubungi BNI Call 500046 atau 021-500046/68888 dari ponsel.atau dengan marketing kami cabang BNI SEMARANG
chairul sarto utomo via sms telp
085229348635, 085600125176 pin bb 3166854C. TELP KANTOR ( 024 ) 33051946 FAK 024 86455931

MahmudShah MY said...

Assalammu'alaikum Tn.

Minta share dalam blog saya ya. Terima kasih.