KARYA-KARYAKU


Saturday, April 12, 2008

DOL SAID PAHLAWAN NANING


British sebuah kuasa besar dunia pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris kerana mereka adalah kuasa besar boleh dikalahkan oleh Naning sebuah daerah kecil. Pada mulanya mereka yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja. Tetapi mereka ditentang hebat oleh pahlawan-pahlawan Melayu yang hanya bersenjatakan parang panjang, lembing, anak panah dan pelbagai senjata tradisional yang lain. Setelah berlaku pertempuran selama 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat mengaibkan Inggeris sehingga mereka terpaksa menghantar ramai tentera termasuk meriam dalam usaha menundukkan Naning.

Sebelum berlakunya Perang Naning kedua pada tahun 1832, British berjaya memecahbelahkan perpaduan orang-orang Melayu dengan mengikat perjanjian dengan daerah-daerah yang bersempadan dengan Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan Seri Menanti.

Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau yang diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari Naning malah mereka membantu Inggeris menakluk Naning.

Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari Rembau dan daerah yang berjiran dengannya namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad mempertahankan Naning.

Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban menyerang Naning bagi kali kedua.

Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara kedua belah pihak. Dan setelah berlaku pertempuran selama hampir dua bulan akhirnya Dol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur dari Naning.

Namun kemenangan itu tidak mengembirakan British kerana mereka terpaksa menangung kerugian 100,000 pound dan kehilangan ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.

DOL Said atau nama sebenarnya Abdul Said lahir pada tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka. Beliau berasal dari suku Semelenggang. Dol Said adalah penghulu Naning yang ke sembilan.

Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.

Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.

British telah meminta Naning memberi satu persepuluh daripada hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol Said kerana Naning telah merdeka.

Semasa Belanda memerintah Melaka selepas kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah kuasa Belanda dan mereka menghantar satu persepuluh hasil Naning kepada Belanda. Tetapi kemudiannya Belanda telah mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang merdeka.
Tetapi apabila British mengadakan perjanjian dengan Belanda pada 1824 British menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka kepada pemerintahan British. Dan British memganggap Naning berada di bawah pemerintahan mereka.Sejak itu bermulalah persengketaan antara Dol Said dengan Brtish yang membawa kepada perang Naning pertama 1831 dan Perang Naning kedua 1832.

Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu menentang British dalam perang Naning pertama disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di sokong oleh daerah-daerah yang berjiran dengannya.

Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan orang Melayu malah mereka sanggup membantu Inggeris menyerang Naning.

Kisah Dol Said Pahlawan Naning ini akan dijadikan novel.

5 comments:

nurazzah8 said...

Salam Pak Latip, rupa-rupanya sudah berpindah rumah...patutlah setiap kali saya berkunjung ke rumah lama, masih entry lama tak update...

saya ke Pesta Buku pd hari sabtu, tapi tak dapat berjumpa Pak Latip...ada ke booth PTS tapi ramai sungguh orang, sehingga saya rasa lemas, dan nak pilih buku pun tak selesa... selepas anak2 pilih buku, bayar dan terus balik... ttp semasa pelancaran buku Ann Wan Seng bersama sifu PTS, saya ada juga tengok.

ABDUL LATIP said...

Nurazzah8,

Saya dah berpindah ke blog baru sebab yang lama ada masalah tak boleh dikemaskinikan lagi.

Saya berada di booth PTS pada 5 dan 6hb. Panjang umur pasti bertemu lagi.

Mohd Fadzil Bin Jamal said...

Slm En Latip..terima ksh sudi melawat blog sy. Semoga usaha murni En Latip dalam mengetengahkan karya-karya berunsur sejarah dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

ABDUL LATIP said...

Mohd Fadzil,

Terima kasih dengan doa-doa yang baik untuk saya.

InsyaAllah saya akan terus menulis novel sejarah.

Hang Cangkul said...

salam pak latip,
daripada kajian yg saya pernah jalankan sebelum ini mendapati dato dol said berperang dengan british bukan menggunakan tombak, parang dan senjata tradisional tetapi menggunakan senjata api. malah askar2 dol said juga menggunakan strategi tentera yang sistematik kerana pada asalnya mereka dilatih dan dibekalkan senjata api oleh Kompeni Hindia Timur Belanda (VOC) sebagai askar upahan mereka untuk melindungi ladang2 milik belanda di naning sebelum melaka diserahkan oleh belanda kepada british.

kes dol said adalah seperti kes peperangan british dengan kaum apache dan mohican di amerika utara di mana kedua2 kaum pribumi ini telah dilatih oleh Perancis dan dibekalkan senjata api memandangkan mereka sekutu kepada perancis ketika itu.

pohon komen dari pak latip.