Tuesday, August 23, 2011

BADIUZZAMAN SAID NURSI







Apabila kita mahu melakukan sesuatu yang baik untuk umat Islam maka ramai yang memberi sokongan dan bantuan. Sejak diuwar-uwarkan mahu menulis kisah Badiuzzaman Said Nursi seorang wali Allah abad ke 20, ramai yang memberi kata-kata semangat dan sokongan. Ada yang mengirim tesis PhD nya, buku dan cd mengenai tokoh tersebut. Beberapa orang pelajar Malaysia di Turki menawarkan bantuan dan ada pula pihak di Turki yang memberikan bantuan dengan menyediakan tempat tinggal dan pengangkutan.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat terutama pihak Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki. Semoga perjalanan dan urusan kami berjalan lancar. InsyaAllah..

-----------------------------------------------------------------------------------




Di Kalangan rakyat Malaysia nama Mustafa Kamal Ataturk lebih dikenali ramai daripada nama Badiuzzaman Said Nursi. Dua tokoh ini begitu popular di Turki. Seorang berfahaman sekular dan seorang lagi tokoh agama yang berjuang mempertahankan Islam di Turki. Badiuzzaman Said Nursi lahir pada tahun 1877, Mustafa Kamal Ataturk lahir pada tahun 1880. Kedua tokoh ini lahir semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid.

Pada masa kecil dan remaja kedua tokoh ini mendapat pendidikan yang berbeza, Mustafa Kamal Ataturk tidak minat belajar di sekolah agama tetapi Badiuzzaman mendapat pendidikan agama sejak dari kecil.

Ketika Turki dijajah kuasa asing kedua tokoh ini turut berjuang mempertahankan tanah air mereka namun jasa Badiuzzaman Said Nursi seolah sengaja dilupakan.


Ketika Islam diinjak-injak oleh Mustafa Kamal Ataturk, Badiauzzaman Said Nursi bangun membelanya. Apabila azan dikumandangkan dalam bahasa Turki, Masjid Aya Sofea di tukar menajdi Muzium, lelaki di larang memakai serban dan dipaksa memakai topi koboi, kaum wanita pula dilarang memakai pakaian menutup aurat maka Badiuzzaman Said Nursi menentangnya dengan menyebarkan risalah bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya terus berpegang kepada syariat Islam.

Badiuzzaman Said Nursi pernah di buang daerah, di kurung dalam penjara dan pelbagai siksaan lagi namun tekadnya untuk memperjuangkan Islam tidak pernah luntur...


PERJANJIAN HUDAIBIYAH

Alhamdulillah…penulisan novel Perjanjian Hudaibiyah sudah dapat disiapkan hari ini 23 Ramadan 1432 hijrah bersamaan 23 Ogos 2011.

Antara pengajaran daripada Perjanjian Hudaibiyah ialah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhamad itu benar-benar berlaku dan umat Islam tidak boleh berasa ragu.
Nabi Muhamad mengatakan beliau bermimpi bersama para sahabat masuk ke Mekah dengan aman tanpa diganggu kaum musyrikin Quraisy, mereka mengerjakan umrah, tawaf mengeliling kaabah dan bercukur. Ianya benar-benar berlaku setahun selepas perjanjian Hudaibiyah.

“Sekarang kita menyerang mereka, bukan mereka yang menyerang kita lagi.”

Demikian kata-kata yang diucapkan Nabi Muhamad setelah berakhirnya Perang Khandaq. Kata-kata Rasulullah itu benar-benar menjadi kenyataan apabila kaum musyrikin Mekah tidak berani lagi menyerang orang-orang Islam di Madinah.
Para sahabat patuh dengan pesanan Rasulullah mereka pergi ke Mekah mengerjakan umrah pada awal bulan Zulkaedah tahun ke 6 hijrah, tanpa membawa senjata kecuali pedang musafir.

Kaum Quraisy Mekah sudah mengumpulkan pasukan tentera berjumlah 8 ribu orang lengkap bersenjata untuk berperang tetapi tidak berani menyerang Rasulullah bersama pengikutnya yang Cuma berjumlah 1700 orang dan tanpa kelengkapan senjata berperang seperti perisai dan panah.

Setelah dihalang tentera Quraisy para sahabat bersumpah mahu merempuh masuk ke Mekah walaupun perbuatan itu akan melibatkan pertempuran secara terbuka. Nabi Muhamad berfikir sedalam-dalamnya lalu mengambil keputusan membuat perjanjian dengan pihak Quraisy serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh mereka.

Pada mulanya para sahabat terutama Saidina Umar al Khattab mempertikaikan syarat-syarat perjanjian itu kerana kelihatan merugikan orang-orang Islam. Rasulullah Nampak apa yang tersirat dari yang tersurat lantas bersetuju dengan syarat tersebut.

Tidak sampai setahun terbukti Perjanjian Hudaibiyah menguntungkan orang-orang Islam. Perjanjian Hudaibiyah itu mempercepatkan kemenangan bagi agama Islam. Perjanjian itu telah mengubah kedudukan Agama Islam menjadi semakin kuat dan kedudukan kaum Quraisy di Mekah menjadi semakin lemah dalam masa yang singkat. Akhirnya membawa kepada penaklukan Kota Mekah.

Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah Perjanjian Hudaibiyah…



Masjid Uthman Affan di Hudaibiyahtelah dirobohkan cuma tinggal tiang sahaja


Sebuah perkampungan di Hudaibiyah. Di sini berlakunya peristiwa Perjanjian Hudaibiyah




Bergambar di bekas masjid Uthman Affan di Hudaibiyah















Monday, August 15, 2011

DIULANG CETAK


Hulagu Khan dan Perang Badar diulang cetak.






Hulagu Khan bukan pahlawan Islam malah dia yang membawa bencana sehingga jatuhnya kerajaan Bani Abbasiyah yang telah memerintah selama lebih 500 tahun. Kota Baghdad musnah apabila Hulagu Khan bersama bala tenteranya menakluk kota tersebut membunuh umat Islam hingga mencecah ratusan ribu orang serta membakar kitab-kitab hasil karya tokoh-tokoh ilmuan Islam. Kemudian abunya dibuang ke dalam sungai Djahlah sehingga airnya bertukar menjadi hitam.

Namun di akhir hayatnya ada yang mengatakan Hulagu Khan memeluk agama Islam berdasarkan kecenderungannya menjemput para alim ulama untuk mendengar pengajarannya. Namun ada mengatakan dia bukan Islam kerana isterinya masih beragama Kristian.

Namun yang pasti setelah meninggal dunia mayat Hulagu Khan tidak dikebumikan mengikut adat Monggol. Keturunan Hulagu Khan akhirnya memeluk Islam lalu menyebarkannya hingga ke India.



Perang Badar Perang Penentuan. Perang pertama umat Islam.

Bab-bab awal berkisah berkenaan Kota Madinah yang permai dan damai di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW. Pada bab pertengahan konflik semakin berkembang dengan ketegasan pihak Islam Madinah yang menyukarkan dan membuatkan pihak Quraisy kafir di Mekah terasa sukar.

Bab akhir adalah kemuncak peperangan dan kemudiannya menceritakan berkenaan kesan perang ke atas pihak Madinah dan mekah.



Saturday, August 6, 2011

TETAMU DARI PERSATUAN KEBUDAYAAN MALAYSIA - TURKI












Hari ini dikunjungi tetamu dari Persatuan Kebudayaan Malaysia – Turki. Mereka memberikan kerjasama bagi menjayakan penulisan novel sejarah Badiuzzaman Said Nursi.

Jika tiada apa-apa halangan kami akan pergi ke Turki selepas raya puasa ini. Semoga urusan berjalan lancar dan beroleh kejayaan. InsyaAllah.

Friday, August 5, 2011

BADIUZZAMAN SAID NURSI




Tuan Khairul Anuar Mohd. Nayan pengerusi Persatuan Kebudayaan Malaysia-Turki (PKMT) yang juga seorang pensyarah di UKM mencadangkan saya menulis kisah seorang ulama Turki abad ke 20, Badiuzzaman Said Nursi.

Saya menyambut baik cadangan itu kerana ulama terbilang itu sangat besar jasanya terutamanya dalam membangun kembali dan memperjuangkan Islam di Turki sehingga pembangunan semula masyarat Islam Turki telah dapat di lihat dengan pesatnya sekarang.

Sejarah perjuangan Badiuzzaman Said Nursi sangat unik dalam usahanya memulihara Iman dan tanah air bangsa Turki dari serangan musuh2 Islam terutama sekali dalam era pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk.

Pihak PTS juga telah meluluskan permohonan saya untuk menulis kisah tokoh ulama tersohor ini, walaupun namanya kurang dikenali di Negara kita.

Bagi memudahkan penulisannya pihak Persatuan Kebudayaan Malaysia – Turki (PKMT) bersetuju memberikan kerjasama membantu pemergian saya ke Turki selepas raya puasa ini bagi membuat kajian, mengumpul maklumat serta melawat tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan kisah perjuangan Badiuzzaman Said Nursi.

Di Istanbul juga terdapat makam Abu Ayub al Assari seorang sahabat Rasulullah yang menyertai tentera Islam semasa pemerintahan khalifah Muawiyah menyerang Konstantinopel. Beliua gugur syahid lalu dikebumikan di situ.

Kedua tokoh hebat ini akan dijadikan novel. InsyaAllah.