Sunday, August 4, 2013

Ratu Isabella dilahirkan pada Khamis, 22 April 1451  bandar Murcia,  wilayah Madrigal di bawah pemerintahan  kerajaan Castile. Pada masa itu Sepanyol terbahagi kepada empat kerajaan iaitu  Castile yang terbesar, Aragon di bagian sebelah utara Spanyol sekarang, Granada di sebelah selatan dan Navarre di utara.


Siapa sangka Isabella semasa  kecilnya seorang anak gadis yang comot pernah menderita  akibat kekejaman abang tirinya  Raja Enrique akhirnya muncul sebagai tokoh yang paling berjasa di Sepanyol.


Beliau dan suaminya Ferdinand berjaya menghapuskan pemerintahan Islam yang telah berkuasa di Sepanyol selama 800 tahun sehingga seolah-olah Islam tidak pernah wujud di Negara tersebut.


Zaman kemuncak pemerintahan Sepanyol apabila kekuasaannya meliputi Negara  Jerman,  Belanda, Belgaria, Austria, Swiss, sebagian besar Italia, sebagian Perancis, Cekoslowakia, Poland, Hunggari,  Yugoslavia dan  sebagian besar daerah Amerika Selatan.


Ternyata Ratu Isabella seorang  wanita yang bijak, berpandangan jauh, licik dan begitu fanatik terhadap agamanya. Apabila abang tirinya  Raja Enrique atau Henry 1V memaksanya berkahwin dengan Raja Portugal dengan tujuan politik bagi meluaskan pengaruhnya,  Isabella memilih  Ferdinand anak raja Aragon menjadi suaminya.


Raja Enrique marah lalu menamakan anak perempuannya Yuana yang masih kecil sebagai pewaris takhta.  Tidak lama kemudian  Raja Enrique meninggal dunia, Isabella  dengan sokongan  suaminya  Ferdinand menuntut  Kerajaan Castile. Berlaku perang saudara selama hampir dua tahun  akhirnya pasukan Isabella beroleh kemenangan.


Ternyata Ratu Isabella belum berpuas hati dengan kejayaannya itu, Beliau mahu memerintah seluruh  Sepanyol dan menjatuhkan pemerintahan Islam yang sudah berkluasa selama 800 tahun.  Sebelum itu banyak usaha telah dilakukan bagi menjatuhkan pemerintahan Islam tapi  tidak berjaya.

Akhirnya Isabella dan suaminya tahu di mana kelemahan umat Islam lalu menghantar  rokok, arak dan  para penyanyi dan penari  yang akhirnya membuat  orang Islam lebih suka menyanyi  dan melihat  tarian serta hiburan dari membaca al Quran.


Akhirnya pada tahun 1492  Ratu Isabella dan suaminya  Ferdinand berjaya menakluk  Granada kubu terakhir pemerintah Islam.  Bagi memastikan umat Islam tidak memberontak maka  dibuat  perjanjian damai, umat Islam dibenarkan beribadat menurut ajaran agama. Begitu juga orang Yahudi dibenarkan menganut agama mereka.


Kemudian Ratu Isabella dan Ferdinand  mengeluarkan perintah melalui  mahkamah semua orang Yahudi di Sepanyol masuk Kristien atau keluar dari Sepanyol.  Ketika itu umat Islam tidak termasuk dalam perintah itu malah  Ratu Isabella meminta bantuan orang Islam untuk memastikan  semua orang Yahudi keluar dari Sepanyol.


Selepas rancangan itu berjaya akhirnya tiba pula giliran umat Islam dipaksa membuat pilihan masuk Kristian atau  keluar dari Sepanyol. Pada mulanya  umat Islam Sepanyol menentang perintah tersebut malah mereka sanggup berjuang.  Lalu dipujuk mereka boleh keluar dari Sepanyol  berlindung di bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah di Turki. Malah Ratu Isabella berjanji menyediakan kapal yang mengangkut mereka keluar dari Sepanyol dengan percuma.


Ternyata umat Islam Sepanyol  termakan pujukan itu lalu bersetuju meletak senjata dan pergi ke pantai hanya dengan membawa harta tanpa senjata. Ternyata itu adalah perangkap,  apabila mereka sudah menaiki kapal maka kapal itu dibakar di tengah lautan. Mereka yang menunggu giliran di pantai dibunuh tentera Ratu Isabella tanpa belas kasihan.


Mereka yang masuk Kristian pula dipastikan mereka tidak murtad. Jika didapati bersembahyang, tidak makan babi atau menyimpan al Quran dalam rumah maka seluruh keluarga habis dibunuh.


Kisah kekejaman Ratu Isabella terhadap umat Islam ini banyak diceritakan dalam buku sejarah seperti al-Ihatah fi Akhbar Gharnatah (Berita Menyeluruh Mengenai Granada) dan al-Muqtabas min Akhbar al-Andalus (Sekelumit Sejarah Andalus), malah seorang ulama terkenal bernama  Ibn Hazam mnceritakannya dalam kitabnya  al-Fisal fi al-Milal wa al-Nihal.


InsyaAllah terbit pula novel bertajuk  Ratu Isabella -  Meratapi Islam di bumi Andalus.   



7 comments:

Azryn Abu Bakar said...

Lepas tu terbit pula lagu Isabella oleh kumpulan Search... yang memuji-muji beliau

Farah Huda said...

Best karya pak cik..saya minat baca.

Prince Conan said...

Btul tu...

fiE sakura said...

saat saya belajar tentang sejarah sastera Eropah baru saya tahu yang dia lebih kejam daripada abang tirinya raja Henry iv. semasa saya membaca tentang raja Henry iv saya ingatkan abang tirinya agak teruk kerana sanggup memberikan takhta kepada anaknya Yuana berbanding serahkan kepada adik tirinya sendiri hanya semata-mata sakit hati adik tirinya tidak mahu berkahwin dengan raja Portugal sehingga menyebabkan berlaku Perang saudara antara mereka.

fiE sakura said...

http://gptd-spain.blogspot.com/2009/02/hari-valentine-ratu-isabella-dan.html
boleh baca ini juga

sayee naqibbb said...

saya ada beli bukunya memang bagus.saya amat meminati sejarah lebih-lebih lagi hasil penulisan karya abdul latip talib memang terbaikkkkk!!! :)

Airina Firnas said...

ada lagi satu cerita isabella nie..satu anak raja..satu lagi anak paderi yang dipenjara oleh ayahnya kerana dia cinta pemuda islam.