Tuesday, January 26, 2010

KOMEN PEMBACA


Harga: RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-51-8;
Tarikh Terbit: 20 December 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman

Komen pembaca

Marniyati Mohd. Nor

Salam, tuan. Saya sedang membaca novel Imam Syafie, baru separuh jalan membacanya sudah menitis air mata. Kisah yang sangat menyentuh hati, tidak pernah pula air mata mengalir sewaktu membaca mana-mana buku atau novel sejarah sebelum ini. Usai membacanya nanti, saya akan buat ulasan. Tidak sabar rasanya hendak mengiklankan novel itu kepada kawan-kawan di facebook ini...


Ummu Solehah Muhammad


Salam Pak Latip, malam tadi saya baru je selesai membaca novel Imam Syafie. Hmm, sangat menyentuh hati. Tak dapat nak baca laju, setiap helai merembeskan air mata. Sedih tapi benar benar membakar semangat untuk tetap istiqomah menuntut ilmu. Luar biasa ibu seperti ibu Imam Syafie. Tahniah Pak Latip atas usaha murni menulis kisah sejarah Islam begini. Terima kasih banyak. Barakallah alaik.


Friday, January 22, 2010

Jualan novel sejarah Islam 2009 mencapai RM 1 juta.


Berita paling mengembirakan hari ini apabila membaca blog universitipts dan FB puan Ainon jualan novel-novel sejarah Islam tahun 2009 dijangka mencecah RM 1 Juta.

Aku bersyukur padaMU wahai Tuhan yang maha pengasih dan penyayang.

Laporan tersebut boleh baca di sini:


http://universitipts.com/index.php/site/comments/sasterawan_paling_laris/


Tuesday, January 19, 2010

Novel ‘Umar Abdul Aziz’ akan Terbit….

http://universitipts.com/index.php/site/comments/novel_umar_abdul_aziz_akan_terbit/






Nama Abdul Latip Talib adalah nama novelis genre dewasa PTS yang paling ngetop jualan buku-bukunya.

Meskipun novel-novel beliau ditulis untuk bacaan dewasa tetapi PTS mendapat laporan bahawa kanak-kanak juga sangat menyukai novel-novel beliau.

Populariti novel-novel Tn. Abdul Latip Talib dalam pasaran menyebabkan cetakan pertama novel beliau kini dinaikkan kepada 5 ribu naskhah.

Barangkali beliau adalah sasterawan pertama di negara ini yang karyanya dapat menembusi, dan sangat dimahukan oleh, kedai-kedai buku agama tradisonal di seluruh negara.

Saya terkenang kali pertama saya berdiskusi dengan beliau. Waktu itu PTS masih beroperasi di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Saya menerangkan kepada beliau tentang ciri-ciri novel bagaimana yang saya mahu supaya beliau tuliskan untuk PTS. Saya mahu meletakkan 'positioning' beliau sebagai novelis sejarah Islam.

Dalam pertemuan itu saya juga sempat bertanya, adakah beliau masih menerima royalti daripada karya-karya beliau yang sudah pernah diterbitkan. Beliau memberitahu, tidak.

Semasa saya mengusulkan kepada beliau supaya menuliskan novel-novelnya menggunakan teknik surah Yusuf, beliau juga mudah bersetuju, padahal waktu itu beliau seorang penulis yang sudah mapan, dan sudah banyak kali memenangi peraduan dan menerima pelbagai anugerah.

Pengalaman berdiskusi dengan beliau menunjukkan Tn. Abdul Latip Talib seorang yang sangat mudah dibawa berunding (dalam erti kata, waktu itu beliau setuju sahaja dengan idea-idea saya sebagai bakal penerbitnya). Malah sehingga sekarang pun beliau tetap menunjukkan sikap yang konsisten. Ini saya dapati daripada laporan-laporan yang saya terima daripada pegawai-pegawai PTS yang berurusan dengan beliau.

Thursday, January 14, 2010

20 Buku Sastera PTS Paling Laris pada Tahun 2009

http://universitipts.com/index.php/site/comments/20_buku_satera_pts_paling_laris_pada_tahun_2009/


1. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (10,710)

2. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam (8,979)

3. Salju Sakinah (8,140)

4. Hulagu Khan: Khabar Hitam dari Timur (6,522)

5. Sultan Muhammad al Fateh (5,654)

6. Ali bin Abi Talib (5,450)

7. Uthman Affan: Pengumpul al-Quran (5415)

8. Abu Bakar: Sahabat Sejati (5,112)

9. Warkah Cinta Berbau Syurga (4,787)

10. Khalid: Memburu Syahid (4,771)

11. Munajat Cinta (4,707)

12. Bilal bin Rabah (4,636)

13. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi (4,586)

14. Tariq: Menang ataupun Syahid (4,212)

15. Lasykar Pelangi (4,153)

16. Doa Insan Berkasih (3,655)

17. Imam Syafie: Pejuang Kebebasan (3,517)

18. Lantera Mustika (3,387)

19. Munajat Cinta 2 (3,124)

20. Makrifat Cinta (2,996)

Nota: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Data di atas adalah jumlah naskhah yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran atas pesanan pengedar, kedai buku dan agen PTS di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari - 31 Disember 2009.



10,710 naskhah (2009)


8,979 naskhah (2009)

Syukur alhamdulillah...

Terharunya saya kerana daripada 20 judul itu 12 diantaranya novel sejarah Islam.

Kejayaan itu pastinya membuat saya lebih bersemangat untuk terus menulisnya untuk tahun 2010.

Insya-Allah.


Monday, January 11, 2010

DIULANGCETAK TAHUN 2009

Dalam tahun 2009 sebanyak 12 buah novel sejarah Islam telah diulangcetak. Ada diantaranya diulangcetak hingga tiga kali. Alhamdulillah.

1- Abu Bakar Sahabat Sejati diulangcetak 3 kali tahun 2009.

2- Abu Ubaidah al Jarrah diulangcetak 3 kali tahun 2009.

3- Sultan Muhamad Al-Fateh diulangcetak 2 kali tahun 2009.

4- Ali bin Abi Talib diulangcetak 3 kali tahun 2009.

5- Bilal bin Rabah diulangcetak 2 kali tahun 2009.

6- Hulagu Khan diulangcetak 2 kali tahun 2009.

7- Ikramah diulang cetak 1 kali tahun 2009.

8- Sallehuddin al Ayubi diulangcetak 3 kali tahun 2009.

9- Tariq bin Ziyad diulangcetak 2 kali tahun 2009.

10- Umar al Khattab diulangcetak 2 kali tahun 2009

11- Uthman Affan diualngcetak 2 kali tahun 2009)

12. Khalid al Walid diualngcetak 2 kali tahun 2009.


Friday, January 8, 2010

SURAT DARI SEORANG GURU

Seorang rakan Facebook saya menulis begini......

Tuan latip.

Saya bawa beberapa buku tuan ke sekolah dan terangkan kepada pelajar, tetapi pelajar tidak kenal siapa Sultan Muhamad Al-Fateh, Hulagu Khan, Ikrimah bin Abu Jahal atau Salahudin al Ayubi.

Mereka sangat kenal dengan artis.Majalah Mangga dan URTV pula `kitab' mereka. Insya-Allah saya akan terus promosikan buku tokoh sejarah Islam tuan. Cara penceritaan ala novel itu memang menarik. Anak saya pun baca beberapa kali.

Buku tuan sangat laris. Saya ke Johor Bahru tengok pun cepat habis.Masyarakat dahagakan karya sebegini - bukan untuk bernostalgia tentang kehebatan pahlawan lalu, tetapi menyelusuri kehebatan mereka yang dapat dijadikan inspirasi.

Kita ada ramai tokoh tempatan yang boleh diketengahkan, yang punya tarikan tertentu untuk massa. Harap tuan Latip akan gali lebih ramai tokoh melayu yg mewarnai landskap tanah Melayu zaman berzaman.

Mustaffa Siraj
Johor.








Novel ini sudah diulangcetak sebanyak 8 kali



Thursday, January 7, 2010

NOVEL SEJARAH "IMAM SYAFIE" LAKU KERAS



Tuan Azari Hashim, eksekutif di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS, memberitahu bahawa jualan novel Imam Syafie karya terbaru dari Abdul Latip Talib sangat laris.

Novel ini dicetak 5 ribu naskhah. Ia masuk gudang PTS ada 20 Desember lalu.

"Saya sendiri sudah menjual 1,300 naskhah ke kedai-kedai di Pantai Timur, manakala pesanan masih terus masuk setiap hari," kata beliau kepada saya.

Beliau menambah, "Saya selesai membaca novel itu dalam masa 2 hari sahaja. Memang sedap!"

Seterusnya beliau meramalkan semua stok 5 ribu naskhah dapat dihabiskan dalam tempoh 2 bulan sahaja disebabkan Abdul Latip Talib memang sudah terkenal dan mempunyai banyak peminat.

Nota: Abdul Latip Talip kini sedang menuliskan novel untuk 3 Imam lain iaitu Imam Hambali, Imam Maliki dan Imam Hanafi.