Saturday, February 27, 2010

KOMEN DARI GURU KOMSAS


Pak Latip

Saya guru yang mengajar KOMSAS tingkatan satu.

Novel istana menanti itu amat menarik kerana berjaya menjadi satu daya tarikan kepada pelajar-pelajar terutama mereka yang belum pernah mengikuti dan mengenali aspek Komsas dalam sukatan pelajaran sekolah menengah. Malah novel tersebut dapat menjalankan fungsi serampang dua mata kerana berkait dengan sejarah.

Saya beruntung kerana melalui novel tersebut saya boleh bercerita pula mengenai kisah-kisah sejarah tanah air termasuk adat perpatih dan adat temenggung, kisah portugis menyerang Melaka, kisah pendudukan Jepun dan pelbagai lagi kisah yang berkait dengan sejarah yang terkandung dalam Novel Istana Menanti tersebut. Secara langsung, inilah novel yang dapat dijadikan satu kejayaan untuk konsep Bahasa Melayu merentas kurikulum.

Tahniah kepada En. Abd Latip Talib atas kesungguhan menulis novel tersebut. Pelajar-pelajar saya amat tertarik dengan novel Istana Menanti. Mereka sering bertanya mengenai fakta-fakta sejarah yang dipaparkan. Nampaknya novel itu bertepatan dengan usaha untuk menarik pelajar agar lebih tertarik untuk membaca kisah sejarah.

Saya akan sarankan untuk membawa en latip ke sekolah-sekolahg di daerah kota tinggi setelah berbincang dengan rakan2 pengetua....insyaAllah.

Norazah Hasan,
SMK Tg Pengelih,
81600 Pengerang,
Johor


Tuesday, February 23, 2010

NOVEL IMAM SYAFIE DAN BILAL DIULANGCETAK



Apabila Tuan Arief Hakim Sani, Managing Director PTS mencadangkan saya menulis novel kisah imam yang empat iaitu Imam Syafie, Imam Hanafi, Imam Hanbali dan Imam Maliki, saya terus menyatakan persetujuan walaupun dalam hati bimbang juga bila memikirkan penerimaan pembaca terhadap novel tersebut kerana Imam Besar ahli Sunnah wal Jamaah itu bukan pahlawan Islam. Namun peluang yang diberikan itu tetap tidak boleh ditolak. Rezeki…

Alhamdulillah, setelah novel Imam Syafie terbit mendapat sambutan yang sungguh menggalakan. Ramai yang mengirim emel dan menulis dalam kotak FB saya mengatakan seronok membacanya.

Novel Imam Syafie "laku keras". Begitu kata Puan Ainon, Pengerusi PTS. Imam Syafie "laris manis" begitu pula kata Tuan Bahruddinh Bekri, Editor PTS Litera. Novel Imam Syafie yang terbit bulan Disember sudah diulangcetak bagi memenuhi permintaan ramai. Turut diulangcetak novel Bilal bin Rabah. Syukur.....


Turut diulangcetak novel Bilal bin Rabah....



Novel Imam Hanafi juga sudah terbit dan laris manis.....




Friday, February 19, 2010

PERTANYAAN PEMBACA


syahbandar87 ...

Salam pak latib..saya baru sahaja memiliki 2 buah buku pak latib..buku bertajuk "Salahudin Ayubi" dan juga buku bertajuk "ImaM Syafie"..alhamdulillah saya telah hampir menghabiskan sebuah buku hasil pak latip iaitu ImaM Syafie..cuma dalam membaca dan menghayati hasil penulisan pak latip ada sedikit persoalan yang ingin saya ajukan kepada pak latib..maaflah,saya ingin jawapan dari pak latip..mudah-mudahan boleh menjawab persoalan yang bermain di benak fikiran saya ini..

Bagaimana pak latib boleh mengetahui cerita tentang Imam Syafie tesangat detail..maksud saya sehinggkan sewaktu Imam Syafie menolog dalaman pun turut diceritakan disini..bagaimana boleh mengetahui apa yang sedang Imam Syafie perkatakan di dalam benak fikirannya sehinggakan boleh diterangkan di dalam buku ini.dan percakapan antara ibu dan bapa Imam Syafie jugak turut dijelaskan secara jelas dari segi dialog pebualannya di dalam buku ini..adakah sepanjang riwayat hidup imam Syafie dicatatkan sedetail itu..maksudnya perbuatan antara ayah dan ibu imam syafie,sewaktu imam syafie sedang menolog dalaman,dan juga seumpama dengan nya..

harap pak latip sudi kiranya menjawab persoalan yang bermain di benak fikiran saya ini sepanjang membacanya..saya juga memohon maaf sebab menimbulkan persoalan ini..

Jawapan saya:

Terima kasih kerana mengemukakan pertanyaan itu setelah membaca kisah Imam Syafie. Saya sukar untuk menjelaskannya. Namun pendapat mereka yang arif mengenai sastera di bawah ini diharap dapat membantu menjawab pertanyaan tersebut.

Menurut Sayyid Qutb dalam kitabnya al-Naqd al-Adabi Usuluhu wa Manahijuhu, sastera ialah ungkapan tentang pengalaman, perasaan seseorang dalam bentuk yang menarik dan mengilhamkan.

Takrif kedua yang diberikannya ialah ungkapan yang diilhamkan daripada unsur yang hidup dan lahir dari hati para seniman dan unsur itu terpancar dari gambaran tertentu tentang kehidupan dan hubungannya di antara manusia dengan alam dan diantara manusia dengan manusia yang lain.

Menurut Dr Sa’ad Abu al-Rida, sastera Islam ialah sastera yang mempunyai matlamat dan membina serta memenuhi sensitiviti Islam. Ia mengangkat martabat manusia walau siapapun manusia itu. Ia menyeru kepada berbangga dengan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan peraturan yang sempurna. Ia merupakan karya yang bermegah dengan bahasa al Quran. Ia merupakan sastera yang mempertahankan pemikiran Islam daripada pelbagai kefahaman liar yang menyerang Islam.

Menurut kata Dr Abd al-Basit Badr, seorang sasterawan Islam mestilah beriltizam dengan ciri-ciri umat Islamnya. Iltizam sasterawan Islam berbeza dengan iltizam Marxism kerana mereka mementingkan kebendaan dan tidak untuk kemanusiaan dan kerohanian.

Walaupun novel sejarah Islam sumbernya diambil dari bahan atau peristiwa nyata yang benar-benar berlaku namun ceritanya tidak pula menurut kejadian yang sebenar. Ini disebabkan pengarang tidak berada pada masa kejadian itu berlaku. Sejarahnya ditulis atau dirakamkan beratus tahun atau mungkin seribu tahun kemudiannya.

Kerana itu novel sejarah Islam, sesuai dengan sifatnya sebagai cereka maka bahan-bahan yang nyata itu dibentuk serta diolah semula dengan daya kreatif pengarang berdasarkan imaginasi dan pemikirannya.

Sekian terima kasih.

Wednesday, February 17, 2010

TERIMA KASIH



Wan SaiFz
Boleh dapatkan buku best ini di http://www.bukuonline2u.com/

Faiz Hamid Salam Pak Latip terima kasih kerana menghadiahkan saya satu semangat dan keinsafan diri melalui buku Leftenan Adnan. Amat memberi kesan pada jiwa saya. terima kasih

Zayuki Mohamed
ye, benar tu pak latip. jika sebelum ini saya hanya mendengar namanya saja, tetapi setelah menelitinya dalam buku tu, barulah saya semakin mengetahui kisah perjuangan Leftenan Adnan yang amat berjasa tu...terima kasih banyak2 kepada pak latip di atas segala usaha yang pak latip curahkan ini..

Shazleen Mohd Isa Sangat memberi kesan dan terkesan apabila membaca Novel-novel Sejarah Islam yang di tulis oleh Pak Latip.Saya salah seorang peminat novelnya, menghargai segala usaha keras Pak Latip menghasilkan Novel-novel sejarah Islam ini,kerana membacanya seperti berada di zaman para sahabat Nabi SAW...Subhanallah rugi sesiapa yang tidak membacanya!..:-)

Ikhram Mohd
di kawasan Johor Bahru, buku Pak Latip boleh didapati dengan stok yang banyak di Kedai Buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Pustaka Azhar & Larkin/Amira Bookstores, Hentian Bas Larkin, dan juga di Johor Central Bookstores berhampiran bangunan CIQ. Jika di Pasir Gudang boleh dapatinya di Pustaka Aris, Hentian Bas Pasir Gudang.

Orang-orang Singapura begitu meminati hasil tulisan Tuan, di Singapura, TOKO WARISAN adalah pekedai yang sering mengambil buku Tuan di sana melalui Pustaka Azhar dan mereka ada menyediakan 'rak khas' khusus untuk mempamer buku Tuan di sana.


Marniyati Mohd. Nor
Salam, tuan. Sudah 3 kali saya ke MPH Alamanda, buku Umar Abdul Aziz belum tiba lagi, sudah ada buku Imam Hanafi pula! Sungguh produktif... Hehehehe, bila pula buku ini akan berada di pasaran ya?


Atriza Umar
Tahniak Pal Latip.. saya pasti mendpatkannya lagi.. kisah sejarah yang memotivasikan saya dalam perjuangan. Alhamdulillah.


Ummu Fathiyah-fatimahazzahra
Alhamdulillah, semoga para pejuang kebenaran sentiasa dikenan, sejarahnya ditulis orang, makamnya sentiasa diziarahi, walaupun ada segelintir mereka perjuangannya tidak berjaya di dunia. Itulah sunnah orang berjuang


Ummu Fathiyah-fatimahazzahra
tahniah tuan latip...semoga tuan juga akan tergolong sebagai pejuang kebenaran..amin..:)

-Kang Arul-
aih.. sebuah mahakarya yang sangat dahsyat... patut dijadikan koleksi pustaka

Ummu Tasnim
tahniah tuan,nampak gaya kena curi masa gak ni utk baca,apapun tetap yakin sentuhan tuan pasti menyentuh kalbuuuuuuuu

Mustaffa Siraj
Saya baru balik dr JB - baru beli Imam Shafie di stesen bas Larkin..Tapi biasanya saya tidak dapat baca dulu, kerana anak saya berebut nak baca! biar la saya beralah! Anak saya bawa buku2 tuan ke sekolah dia, ramai yg nak baca...

Mustaffa Siraj
Pak Latip - ya, saya guru sejarah. masa saya kanak2/remaja , saya suka baca buku Allahyarham Hamka, Sejarah Umat Islam,dan buku terjemahan karya DR Ahmad Shalabi..Yang seronoknya, anak2 saya bersoal jawab ala kuiz tentang buku2 tuan. Tadi mereka bersoal jawab buku tuan, Khalifah Umar Abd Aziz..


Ummu Tasnim
kalaulah koleksi tuan dijadikan bacaan wajib pelajar di sekolah(buku teks) sebagaimana novel sastera BM & BI....apapun saya pernah pinjamkan novel Sultan Muhamad Fateh dan Bilal Bin Rabah pada 2 pelajar cina dan india,mereka kata sangat best ada lagi tak cikgu!

Mohd Syahmi Mohd Shaari salam, encik. teruskan usaha menerbitkan buku mengenai tokoh2 islam. saya sudah membeli beberapa buku antaranya sultan muhammad al-fateh, ali bin abi talib, hulagu khan dan khalid-alwalid. saya dapati ia sangat menarik dan dapat mendekatkan kita dengan sifat tokoh2 islam terkemuka. Insya-Allah, saya akan terus membeli buku encik.

Wan Azizah Yusof Terima kasih kerana 'add' saya. Saya memang meminati tulisan En Latip.. Novel Sultan Muhammad Al-Fateh telah meyakinkan saya betapa kuatnya kuasa sebuah wawasan...Wawasan Sultan Murad yang mendidik anaknya Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menawan kota Konstantinopel untuk merealisasikan Hadis Rasulullah s.a.w

Alias Abdullah
Oh ya saya nasihatkan kepada sesiapa yang minat dengan buku ini cepat2 beli kerana ianya cepat habis dan nak tunggu cetakan seterusnya mungkin memakan masa beberapa bulan lagi. Saya rasa setiap cetakan dalam 10,000 buah kut. Pak Latip yang tahu. Kalau saya tahu susah dia nak cari makan kerana service charge saya 10%, Pak Latip nanti berpeluh tak ... Lihat seterusnya..tidur malam pasal tak menguntungkan tulis buku.
Saya terpanggil untuk membuat 'wall photo' ini apabila pagi tadi saya SMS Pak Latip memberitahu bahawa buku Novel Sejarah Islam nya yang bertajuk "Umar Abdul Aziz - Bayangan Khalfah al Rasyidin" telah ada di kedia-kedai buku. Beberapa bulan yang lepas mungkin semasa beliau sedang menuliskan kesah amirulmukminin teragung di zaman kerajaan Umayyah ini saya ada menerbitkan beberapa gambar lawatan saya ke Alleppo, Syria dan mengunjungi makam Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz. Saya sempat juga memberikan beberapa salinan kesah Umar kepada Pak Latip dalam melengkapkan penulisan nya. Dan Alhamdulillah ianya telah diterbitkan untuk kita semua baca supaya kita tahu kesahnya. Saya amat berazam untuk melawat makam Amirul Mukminin ini kerana semasa saya kecil saya banyak membaca kesah baginda dan yang paling saya tertarik ialah cerita anaknya ingin berjumpa baginda dan baginda mengeluarkan dua buah pelita. Jika anaknya ingin membincangkan hal pemerintahan maka digunakan pelita pemerintahan dan jika hal keluarga maka digunakan pelita keluarga. Baginda amat berhati-hati di dalam menggunakan wang dan harta rakyat. Di Damascus (dulunya Syam) terdapat satu bangunan di dalam Masjid Ummayyad (the Grand Mosque of Damascus) yang dikenali sebagai al-Qazanah (Dome of the Treasure). Di sinilah di simpan semua zakat, harta dan qazanah untuk pemerintahan khalifah. Baginda menguruskan dengan berhati-hati segala amanah ini kerana baginda amat takut kepada Allah. Iman dan taqwa yang tinggi yang ada pada baginda telah meletakan baginda hampir setanding dengan keempat-empat Khalifah al-Rasyiddin yang agung. Ada dikatakan bahawa terdapat cadangan untuk memakamkan baginda dibelakang Syaidina Omar al-Khatab di Maqam Rasulullah SAW di Maddinah al-Munawwarah. Namun, semasa baginda sakit kerana diracun oleh musuh yang dikenali dan telah dimaafkan, baginda telah memohon supaya dimakamkan ditempat yang saya kunjungi ini. Di makam inilah juga disemadikan isteri dan seorang kadam yang sangat setia dengan baginda. Setelah menaiki tahta Umar meninggalkan segala kekayaannya dan begitu juga dengan isteri yang setia ini. Saya memohon kita semua sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz dan keluarganya. Mudah-mudahan Allah mencucuhi rahmat ke atas roh Umar bin Abdul Aziz. JANGAN LUPA BELI BUKU TERBITAN PTS YANG DITULIS OLEH ABDUL LATIP TALIB (amboi tolong 'promote' pulak...hehe...kena bagi diskaun 50% wahai Pak Latip!)

Saturday, February 13, 2010

SURAT DARI PEMBACA

Pak Latip..

Saya baru berumur 10 tahun...tetapi saya berminat membaca buku novel sejarah islam..kini saya baru mengumpul 6 buah buku seperti Sultan Muhammad Al-Fateh,Bilal Bin Rabah,Salahudin Ayubi,Khalid,Umar Al-Khattab dan Ali Bin Abi Thalib..

Saya minat dalam bidang penulisan...sehingga saya menyediakan sebuah buku dan menulis fakta2 sejarah islam dan buku tuanlah sumber saya..saya bercita-cita menjafi seorang penulis novel sejarah Islam...

Yang benar.

Adam

Wednesday, February 10, 2010

TERIMA KASIH DR TALIB SAMAT


Terima kasih diucapkan kepada Dr Talib Samat yang membentangkan kertas kerja bertajuk Sumbangan Dan Keunggulan Abdul Latip Talib sebagai Novelis Sejarah Di Malaysia di Seminar Sehari Memugar Warisan Adat Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim semalam (10hb Februari).

Antara petikan kertas kerja tersebut, “Novel-novel sejarah Islam yang memfokuskan tokoh-tokoh besar dalam sejarah Islam yang ditulis dengan gaya bahasa yang mudah, berseni dan komunikatif tetapi tetap ada unsur-unsur sasteranya memudahkan pembaca masa kini memahaminya dan mengenalinya menerusi karya sastera yang lebih hidup, berkesan, menusuk ke dalam jiwa dan hati pembaca…

Seminar tersebut anjuran Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Melayu dengan kerjasama Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) dan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan.




Monday, February 8, 2010

SUDAH TERBIT


Harga: RM24.00 / RM RM27.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-77-8;
Tarikh Terbit: 8 February 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 272 halaman


Imam Hanafi atau nama sebenarnya Al-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah di Anbar, Kufah Iraq. Beliau salah seorang daripada empat Imam Besar ilmu Fikah dan hadis yang amat besar jasanya terhadap Islam dan Ummah.

Beliau menolak tawaran untuk memegang jawatan kadi atau hakim serta lain-lain jawatan yang ditawarkan khalifah. Akibat keengganannya itu beliau dihukum penjara dan dijatuhkan hukuman sebat sehingga akhirnya meninggal dunia dalam penjara.

Apakah sumbangan Imam Hanafi terhadap Islam dan Ummah?. Bagaimana perjuangannya menuntut ilmu?. Kenapa beliau menolak jawatan yang ditawarkan khalifah?.

Untuk mengetahui jawapannya dapatkan buku ini.....




Harga: RM24.00 / RM RM27.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-52-5;
Tarikh Terbit: 29 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman
Khalifah Umar bin Abdul Aziz adalah cicit kepada Khalifah Umar al Khattab. Beliau sering berdoa semoga dari keturunannya lahir pemimpin yang adil. Maka doa itu dimakbulkan. Khalifah Umar bin Abdul Aziz memerintah dengan adil.
Bagaimanakah caranya beliau dilantik menjadi khalifah?. Apakah yang dilakukannya setelah memegang tampuk pemerintahan?. Apakah usaha-usaha yang dilakukannya sehingga beliau dikatakan khalifah Bani Umaiyah yang paling adil?.
Dapatkan buku ini untuk mengetahui jawapannya.....




Monday, February 1, 2010

SUDAH TERBIT


Harga: RM24.00 / RM RM27.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-52-5,
Tarikh Terbit: 29 January 2010
Jumlah muka surat: 288 halaman.


Semasa hidupnya, Khalifah Umar bin Khatab selalu berdoa. “Wahai tuhanku, kurniakan aku zuriat yang menguatkan Islam.”

Pada suatu malam Khalifah Umar bin Khatab ditemani pembantunya Aslam, meronda kawasan perumahan di Madinah. Mereka sampai di sebuah rumah yang terletak agak terpencil, lalu kedua-duanya duduk berehat melepaskan penat tanpa disedari penghuni rumah tersebut. Tiba-tiba mereka terdengar perbualan seorang ibu dengan anak gadisnya.

“Wahai anakku, tuangkan susu kambing itu ke dalam bekasnya. Esok ibu mahu menjualnya di pasar,” arah si ibu.

“Ibu, separuh daripada susu ini tertumpah semasa saya tuangkan ke dalam bekasnya,” beritahu si gadis.

“Campurkan susu itu dengan air supaya bertambah semula.” Si ibu memberikan cadangan.

“Tidakkah ibu tahu yang Khalifah Umar bin Khatab berpesan supaya jangan menipu dalam perniagaan?” Si gadis mengingatkan ibunya.

“Beliau tidak pernah ambil tahu hal kita. Dia tidak tahu sekiranya kamu campurkan susu itu dengan air,” tambah si ibu.

“Wahai ibuku, tidakkah kamu tahu, walaupun Khalifah Umar bin Khatab tidak nampak tetapi Allah melihat apa yang kita lakukan. Demi Tuhan, saya bukanlah orang yang mentaatiNya di hadapan ramai tetapi menderhakaiNya di tempat sunyi.” Begitu halus kata-kata yang keluar daripada mulut si gadis.

“Benar katamu wahai anakku. Ibu mahu bertaubat.” Si ibu benar-benar insaf dengan kata-kata anak gadisnya.

Begitu tersentuh hati Khalifah Umar bin Khatab apabila mendengar perbualan itu. Dia mengajak Aslam supaya segera meninggalkan tempat itu. Sebelum itu beliau sempat menyuruh Aslam menandakan rumah itu supaya mudah dicari.

Keesokan harinya Khalifah Umar bin Khatab menyuruh pembantunya menjemput si ibu dan anak gadis itu datang menghadap lalu bertanyakan nama mereka.

“Wahai Amirul Mukminin, nama saya Fatimah. Ini Ibu saya bernama Zainab. Ayah saya sudah lama meninggal dunia. Kami memohon maaf sekiranya melakukan kesalahan,” tutur anak gadis itu dengan sopan.

“Kamu seorang gadis yang baik. Adakah kamu setuju sekiranya aku kahwinkan kamu?” tanya Khalifah Umar bin Khatab lagi.

Gadis itu tampak terkejut. Riak wajahnya tiba-tiba berubah merah kerana berasa malu. Persis dalam mimpi dirasakannya.

“Wahai Amirul Mukminin, kami orang miskin. Sejak suami meninggal dunia, saya yang memelihara anak gadis ini hingga besar. Sekiranya khalifah ingin mencarikan jodohnya, saya sebagai ibunya berasa amat gembira dan mengucapkan terima kasih.” Si ibu mencelah apabila melihat anaknya berdiam diri.

Kemudian Khalifah Umar bin Khatab memanggil semua anak lelakinya yang belum berkahwin lalu berkata, “Wahai anak-anakku, gadis ini seorang yang baik akhlaknya. Siapakah antara kamu yang mahu menjadikannya isteri?”

Ashim segera menyahut, “Wahai ayahku, saya mahu berkahwin dengannya.”

Ashim dan Fatimah segera dikahwinkan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang dinamakan Laila Ummu Ashim. Apabila remaja, Laila dilamar oleh Marwan dan dikahwinkan dengan anaknya yang bernama Abdul Aziz. Mereka dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan salah seorang darinya bernama Umar bin Abdul Aziz.

AQIQAH MUHAMAD HAZIQ


Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tarmizi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)




Hikmah Aqiqah
Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
Menggalakkan amalan sedekah.
melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
membiasakan berkorban bagi orang tua


Muhamad Haziq tersenyum selepas Aqiqah....



Bergambar dengan mak ciknya...hehehe




Muhamad Haziq bersama kakaknya Balqis dan ibunya Nur Liyana.


Gambar-gambar oleh: Effah, Eyah dan Nanit Linda...