Monday, December 19, 2011

KHALIFAH-KHALIFAH YANG BENAR


Ada yang tidak setuju apabila kisah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali itu di jadikan novel kerana di dalamnya ada dialog-dialog. Sahabat-sahabat Rasulullah saw itu paling tinggi darjatnya dan kata-kata mereka seolah-olah hadis. Kerana itu tidak boleh didialogkan. Begitu hujah mereka. Dan mereka lebih marah jika kisah Nabi Muhammad itu di kreatifkan.

Tidak tahu pula pandangan mereka apabila Deepak Chopra seorang Non Muslim menulis “Muhammad A Story of The Last Prophet” yang juga disampaikan dengan gaya penulisan kreatif. Sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2010, tidak ada pula yang membantahnya. Malah buku tersebut mendapat sambutan.

Penulis yang bertanggung jawab, tidak kiralah apa agamanya, tidak akan menulis sesuka hatinya. Apatah lagi jika menulis kisah tokoh yang begitu agung. Pastilah sebelum menulisnya dibuat kajian, rujukan dan membaca banyak buku dan bahan mengenai tokoh tersebut.

Antara yang setuju dengan tidak setuju ramai lagi yang bersetuju. Ramai yang mengatakan apabila dinovelkan dapat membantu mereka memahami kisah sejarah dan mengenali sifat-sifat mulia tokoh tersebut.

Kisah empat tokoh tersebut telah dijadikan sebuah buku yang berkulit tebal. Dan buku ini berada dalam senarai yang ramai pembacanya dan laris jualannya.





No comments: