Sunday, October 9, 2011

MAYATNYA TIDAK REPUT

“Mayatnya tidak reput seolah sedang tidur malah kain kafannya masih elok…”kata beliau dalam esakan tangisnya.

Beliau yang juga seorang Imam tidak dapat menahan perasaan sedih dan hiba apabila diminta menceritakan kisah pembongkaran kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi. Beliau adalah seorang anak murid Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang masih hidup sempat kami temui di Sanliurfa…beliau sendiri menyaksikan pembongkaran kubur itu.

Alasan membongkar kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi bagi mengelakkan kurafat apabila orang ramai berjunjung ke kuburnya tidak boleh diterima. Ini kerana kubur Sultan Salahuddin Al Ayubi, Abu Ayub Al Ansari dan kubur Nabi Yusak juga dikunjungi orang ramai.

Namun ada juga hikmah daripada peristiwa tersebut kerana Ustaz Badiuzzaman Said Nursi pernah berkata beliau tidak mahu kuburnya di ketahui orang. Mayatnya tidak reput itu juga bukti bahawa beliau orang mukmin yang mulia di sisi Allah kerana Nabi Muhamad bersabda yang maksudnya sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput antaranya para Nabi dan Rasul, mereka yang syahid, alim ulama…





Suasana sayu apabila Imam itu menceritakan kisah pembongkaran kubur Ustaz Badiuzzaman Said Nursi yang beliau sendiri menyaksikannya.





Kubur itu dibina semula walaupun mayatnya sudah diambil dan ditanam entah di mana.






Bergambar di Sanliurfa...







Sempat juga berdoa di kubur Uztaz Badiuzzaman Said Nursi...


2 comments:

Faz Abas said...

MasyaAllah, hebatnya Ustaz Badiuzzaman!

Terima kasih kerana berkongsi cerita, pertama kali tahu mengenai Ustaz Badiuzzaman ni, menunjukkan betapa kurangnya membaca dan ilmu di dada :(

www.kisah-dan-kasih.blogspot.com

pendekar said...

assalamualaikum,bilakah dijangka terbit buku kisah badiuzaman ni?