Thursday, July 29, 2010

SURAT DARI PEMBACA


Assalamualaikum...

Semoga Allah murahkan rezeki Pak Latip. Saya ini seorang peminat sejarah Islam.. Sejak saya baca buku yang Pak Latip. Minat saya dengan pahlawan Islam semakin mendalam. Walaupun umur saya baru 16 tahun. Saya semakin suka dengan sejarah Islam.

Hari itu, subjet sejarah dapat A.. Saya cuba periksa kat mana yang banyak betul.. Rupa-rupanya kat bahagian tokoh Islam. Mungkin ini berkat saya baca buku Pak Latip. Terima kasih Pak Latip.

Disini saya ingin mencadangkan kepada Pak Latip agar Pak Latip dapat keluarkan buku berkaitan dengan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz yang mengisahkan tentang kerajaan Mamluk yang membebaskan Islam dari kerajaan Mongol pimpinan Kitbuqa.

Jasa baik Pak Talib amat saya hargai. Sakali lagi saya mendoakan agar Pak Talib dicucuri rahmat dan dimurahkan rezeki. Amin..

Ahmad Faizal

2 comments:

tokpakehtemenggong said...

Assalammualaikum

Saya ingin bertanya tentang buku berjudul Setelah Roboh Kota Melaka.

Saya telah berkali-kali cuba menghubungi tuan melalui email tetapi sehingga sekarang tidak mendapat balasan. Saya benar-benar berharap tuan dapat menghubungi saya.

Saya juga berharap agar tuan dapat memberitahu saya dimana Datuk Maharajalela Ismail Manap berada, beliau ialah guru saya. Saya berharap dapat berjumpa beliau.

Saya berharap tuan sudi menghubungi saya melalui email atau telefon.

Terima Kasih

mdHelmi Abdul Rahman
email : qa_yyum@yahoo.com
tel : 0133417278

ABDUL LATIP said...

Waalaikumsalam

Terima kasih kerana telah berusaha menghubungi saya. Mengenai novel Setelah Roboh Kota Melaka memang saya yang tulis. Silalah bertanya apa sahaja.

Mengenai Datuk Maharajalela Ismail Manap berada di Kampung Juaseh kuala pilah. Beliau bekas pengetua memang mempunyai ramai anak murid.

InsyaAllah saya hubungi tuan.