Sunday, July 4, 2010

PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2010



Tarikh: 06 Julai - 11 Julai

Masa: 10:00 pagi hingga 10:00 malam

Tempat: Jusco (AEON), Seremban 2

Anjuran: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan.

Sesi bertemu penulis adalah seperti berikut:

Pada 6 Julai 2010. Puan Haiza Najwa (Novelis). Jam 2.30 hingga 4.30 petang

Pada 8 Julai 2010. Tuan Abdul Latip Talib (Novel Sejarah No.1 Malaysia). Jam 2.30 hingga 4.30 petang

Pada 9 Julai 2010. Puan Hajah Mahaya Mohd Yassin (Penyair). Jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Pada 9 Julai 2010. Puan Nisah Haron (Novelis). Jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Mari datang beramai-ramai ke Pesta Buku Negeri Sembilan ini. Masuk adalah percuma.


3 comments:

Raja said...

Assalamualaikum,

Saya Raja Muhd Nur Redhuan, umur 15 tahun. Saya Sedang Membaca Novel Khalid - Memburu Syahid. Kata2 Pakcik Memang Benar Kerana Saya Hampir Menangis Ketika Membaca Bab 5 - Pahlawan Tiga Serangka. Pakcik Memang Pandai Menulis Novel Tentang Sejarah Islam. Buku Ini Memang Berbaloi Dibeli Tetapi Saya Hanya Meminjam Di Perpustakaan Negara Sahaja. Selepas PMR Nanti Saya Ingin Membeli Novel Ini Walaupun Sudah Membacanya. Harap Harga Buku Dapat Dikurangkan Sedikit. Saya Juga Berharap Ingin Bertemu Dengan Pakcik Abdul Latip Talib. Semoga Tuhan Merahmati Mu.

Assalamualaikum.

Ikhlas Daripada

Raja Muhd Nur Redhuan Bin Raja Omar

ABDUL LATIP said...
This comment has been removed by the author.
ABDUL LATIP said...

Raja Muhd Nur Redhuan

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh...

Terima kasih dan syabas kerana minat membaca novel sejarah pahlawan Islam Khalid Memburu Syahid.

Pak Cik berharap dan mendoakan semoga mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR nanti. Pak Cik teringat kata-kata Nik Nur Madinah dalam buku catatan hatinya mengatakan antara buku yang paling diminatinya ialah Khalid Memburu syahid. Beliau mencontohi semangat juang pahlawan terbilang itu untuk berjaya dalam pelajaran sehingga mendapat 20A. Subhanallah...

InsyaAllah, satu hari nanti kita bertemu...tumpukan dahulu terhadap peperiksaan...selamat berjuang dan beroleh kejayaan cemerlang.