Wednesday, July 28, 2010

MENJEJAK MAKAM DATUK SIAMANG GAGAP

Datuk Siamang Gagap atau nama sebenarnya Abdul Qahar bin Mukmin adalah pahlawan Negeri Sembilan yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang Inggeris dalam Perang Bukit Putus. Beliau juga yang berusaha menghalang campur tangan British di Seri Menanti.

Kisah Datuk Siamang Gagap telah dijadikan novel dalam genre pahlawan Melayu. Saya yang dibantu Tuan Jamalizamani seorang pensyarah, telah berjaya menjejaki kuburnya serta bertemu dengan waris beliau di Juaseh Kuala Pilah.

"Ini bukan kubur Datuk Siamang Gagap kerana itu nama beliau tidak tertulis di situ," kata Datuk Maharajalela Ismail bin Manap.

Menurut Datuk Maharaja Lela Ismail, Datuk Siamang Gagap telah berkahwin dengan nenek saudaranya dan setelah meninggal dunia lalu dikebumikan di kubur tepi sawah itu.

Menurut Tuan Jamalizamani, suatu ketika dahulu pernah kawasan ini dicadangkan untuk dijadikan kawasan bersejarah...


Terjumpa batu nisannya setelah kawasan itu di tebas.


Menurut tuan Jamalizamani, allahyarham Tan Sri Abdul Samad Idris pernah berkunjung ke tempat ini dan mengakui kubur Datuk Siamang Gagap.




Akhirnya kubur Datuk Siamang Gagap dapat dijejaki....


3 comments:

abat said...

assalamulaikum.ada sikit la kaitan dgn kesah ini sobab arwah abah saya ada ceritakan hal ni.
ambil ringkaslah saya pun tak tahu sangat cerita yang sebenarnya.tapi pergi kat kg juaseh terusan,tanya kat org sana wan bidan sombong nama diberi .beliau ni nenek saya.dan atok wan bidan sombong namanya tak salah saya atok bahaman yang pikul balak bawak balik kerumah buat rumah kampung.arwah abah ada cerita bila tiba masanya meninggal banyaklah ngrimau datang berlegar waktu malam bawah rumah dan terpaksa bukak atap dan baru lah arwah atok ni meninggal. maafkan saya kalau saya silap sila maafkan saya .manalah tau fakta tak kukuh.
tapi saya masih ingat semasa arwah wan bidan sombong ada kobarkan"kalau kau nak tau siamang gagap tu adalah atok moyang kau nun ada kat sana kuburnya,kau poei jengok2 kot nak konal lah sapo dia tu"dan fakta ini saya pegang.wallahualam

abat said...

Datuk Maharajalela Ismail bin Manap.
yang dalam gambar tu pun konal saya hanya jarang bertemu jo maklumlah kg dah ditinggalkan tapi bilo disobut namo kiai akop ataupun ombong(abah saya)nama atok pulak abdullah bin rawi yang meninggal dunia dikedah mengikut anaknya adik abah saya namonya ustaz osman/othman tapi nama panggilan suman tentu dia ingat .tapi taulah kot sudah lupa dimakan usia.takkan lah mudah lupa.wassalam

Kassim Patalon said...

Saya pernah melihat warisan pusaka peninggalan Datuk Siamang Gagah di Kg. Parit, N.Sembilan yang disimpan oleh Allahyarham Tuan Haji Hassan.. Dalam simpanan terdapat vest kebesaran yg tertulis kalimah allah, Al-Quran bertulis tangan, sebilah keris dan tombak. Menurut Hj. Hassan barangan tersebut adalah sebahagian daripada barang-barang yang dikirimkan kepada ahli keluarganya bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal dunia di Mekah.

Namun demikian pada tahun 1970 selepas perisharan Mat Kilau.. ada yang bertanya kepadanya dimanakah Datuk Bahaman... lalu mat kilau perpesan untuk mudik ke hulu sungai Temerloh dan bertemu dengan seorang orang tua tinggal... mereka menemui Tok Peramu.. dan apabila heboh diketahui umum terdapat kenyataan bahawa individu tersebut juga adalah Haji Kahar @ Tok Siamang...

Menurut Hj Hassan dia bersama anak dan saudara mara pergi ke Termerloh dan terpaksa menaiki perahu untuk ke Peramu dan bertemu dengan orang yang dikatakan sebagai Dato' Bahaman / Tok Siamang... Yang paling memeranjatkan mereka belum pun sampai di pintu masuk... terdengar suara keras daripada atas rumah untuk tetamu yang lain memberi laluan kepada mereka dengan menyatakan bahawa yang hadir ini adalah anak cucu beliau dari Kuala Pilah...anak sulong Hj Hassan iaitu Hj Kamarudin seorang pegawai Polis bertanyakan hal kisah Datuk Siamang Gagap... dengan pantasnya beliau menjawab " dia tak GAGAP tetapi GAGAH lah gelarannya " keluarga Hj Hassan pasti bahawa yang mereka temui itulah Hj Kahar@Datuk Siamang Gagah....