Thursday, October 29, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG

Menurut Allahyarham Shaharom Husain dalam bukunya Memoir Shaharom Husain Selingkar kenangan Abadi, beliau menulis novel sejarah antaranya Lembing Awang Pulang ke Dayang itu berdasarkan penyelidikan yang dibuatnya sendiri dari kisah yang benar-benar pernah berlaku di Johor.

Cerita itu pada mulanya diceritakan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi dengan judul yang sama iaitu Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Selain itu ada beberapa buah cerita lagi yang juga diceritakan secara lisan seperti Si Bongkok Tanjung Puteri, Sultan Mahmud Mangkat di Julang, Batu Belah Batu Bertangkup, Si Tenggang Anak Derhaka dan lain-lain lagi. Semua itu adalah cerita lisan yang tajuknya telah dipopularkan sejak dahulu. Dan Shaharom Husain telah mengekalkan judul tersebut dalam karyanya. Kerana itu tidak salah apabila saya juga mengekalkan judul yang sama. Cuma pengolahan ceritanya atau jalan ceritanya berlainan.


Walau bagaimanapun kredit tetap diberikan kepada Allahyarham Shaharom Husain kerana beliau yang mempopularkan dahulu cerita tersebut. Dalam novel Lembing Awang Pulang ke Dayang yang saya tulis juga dicatatkan di muka belakang nama dan buku beliau.





6 comments:

Mak Su said...

teringin nak tgk filemnya pula, minta2 biarlah adaptasi dari novel Pak Latip... aminnn, insyallah

School Of Tots said...

Pagi ini saya khatam buku Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam, sebuah novel sejarah Islam karya Pak Latip setelah mula membaca pada bulan Syawal yang lalu.

Melihat Kesunyataan said...

Salam Abdul Latip,
Tahniah atas terbitnya buku ini. Saya dulu pernah baca kisahnya dalam komik.
Ternyata novel ini kulitnya cukup menarik. Saya pasti akan mendapatkannya.
Tahniah.

ulasbuku said...

Insya Allah, akan dibeli juga. Bukan senang nak dapat karya Cikgu Shaharom Husain yang lama tu, terutamanya 'Lembing Awang Pulang ke Dayang'.

Dengan adanya penulis kontemporari menulis kembali kisah ini, generasi baru akan terus diingatkan akan kisah sejarah warisan mereka.

Tahniah, dan terima kasih.

Sunah Sakura said...

salam pak latip...semalam buku ini telah pun berada dalam tangan, tetapi belum lagi berjaya dimilik..tunggu masa, insya'ALLAH..

rahmahmokhtaruddin said...

sungguh tidak sabar mahu membaca dan menonton filemnya. rencana yang dibuat semalam tak kesampaian. semoga akan ada ruang untuk mendalami sejarah ini pada esok hari.

nak belajar sejarah semula :D