Tuesday, October 13, 2009

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG



Tragedi berdarah yang mengorbankan 99 orang ini berlaku di Parit Raja Laut Muar Johor pada tahun 1776. Ketika itu ia terletak di bawah jajahan Padang (antara Bandar Maharani dengan Parit Jawa). Dinamakan Padang kerana kawasan tersebut pernah terbakar sehingga menjadi padang jarak padang tekukur. Ketika itu daerah ini diperintah oleh Orang Kaya Aris zuriat daripada Daing Seriuk.

Awang dan Dayang berpangkat sepupu mengikut nisab sebelah ibu. Ibu Dayang adalah kakak kepada ibu Awang. Mereka jatuh cinta lalu ditunangkan. Tetapi keluarga Dayang meminta wang belanja berjumlah $370.07 (tiga ratus tujuh puluh ringgit dan tujuh duit) dan sehelai kain mastuli tenunan Bugis sebagai hantarannya. Mereka mengikat janji selama tiga tahun untuk memberi peluang kepada Awang mencari wang dan membeli kain mastuli di Makasar.

Awang belayar ke Siak, lalu ke Makasar dan bekerja di sana. Kebetulan pula Raja Bugis mengadakan perlawanan catur diraja dengan hadiah sepasang lembing sakti, sebilah jantan dan sebilah betina. Awang memasuki pertandingan itu dan memenanginya. Setelah berhasil mengumpul wang untuk belanja perkahwinannya serta kain mastuli tenunan Bugis, maka Awang pun pulang. Tetapi kepulangannya tertangguh selama lima bulan.

Kerana tempoh pertunangan selama tiga tahun sudah tamat dan Awang masih belum pulang, dan tersebar pula berita mengatakan Awang terbunuh dalam satu pertempuran di laut, maka pertunangannya dengan Dayang diputuskan. Kemudian Dayang dilamar oleh Bachok, anak Orang Kaya tetapi angkuh dan sombong. Tambahan pula dia anak murid Panglima Hitam, bekas ketua lanun di Tanjung Tohor.

Ketika Awang sampai di kampungnya, didapati orang ramai sedang meraikan majlis pernikahan Dayang dengan Bachok. Awang berasa malu dan marah kerana keluarga Dayang mungkir janji. Tambahan pula apabila mendapat tahu Bachok yang menyebarkan berita bohong kononnya Awang sudah meninggal dunia supaya dapat mengahwini Dayang.

Awang membawa sebilah lembing lalu pergi ke rumah Dayang. Ketika itu kedua-dua pengantin sedang bersanding. Awang tidak dapat menahan marah apabila melihat tunangnya bersanding dengan orang lain lalu menikam Bachok.

Kawan-kawan Bachok mencabut lembing itu lalu melontarnya kepada Awang tetapi tidak mengenai sasaran, sebaliknya mengenai orang yang berhampiran dengan Awang. Lembing itu terus memakan korban seorang demi seorang sehingga jumlahnya 99 orang. Kesemua mangsa dikebumikan dalam sebuah kubur yang panjang di Dusun Tua yang terletak di antara Parit Besar dengan Parit Raja Laut.

Novel Lembing Awang Pulang Ke Dayang ini akan terbit penghujung bulan ini serentak dengan tayangan filemnya di pawagam.




15 comments:

cia said...

emmmmmm...baiklahhhhh......

cia said...

novel pahlawan islam pak latip memang best tapi,.....yg lain kurang ...tuan tahu kenapa....?..

Harith Faruqi Sidek said...
This comment has been removed by the author.
Harith Faruqi Sidek said...

kalau tak silap saya, karya dengan judul ini asalnya ilham Allahyarham Cikgu Shaharom Husain?, mohon betulkan andai saya tersilap.

ABDUL LATIP said...

Tuan Cia

Nyatakanlah sebabnya?. Apapaun terserah kepada pembaca untuk menilainya.


Pak Yob,

Kisah Lembing Awang Pulang ke Dayang itu memang benar-benar terjadi dan ia merupakan kisah sejarah.

Memang benar ianya mula dipopularkan oleh Allahyarham Cikgu Shaharon Husain malah ada yang dijadikan novel dan drama pentas.

Tetapi filem dan novel yang baru terbit itu bukan adaptasi dari novel Cikgu Shaharom.

Setiap penulis boleh mengolah sendiri kisah tersebut.

Harith Faruqi Sidek said...

Pak Latip,

Terima kasih atas penjelasan berkenaan.

Nissa' Yusof said...

Laju sungguh keluaran hasil karya Pak Latip, tak terkejar dibuatnya :)

Tahniah sekali lagi, Pak Latip. Jadi cabaran pula kepada saya untuk bersungguh-sungguh menulis.

ulasbuku said...

Kisah yang diberi tajuk "Lembing Awang Pulang ke Dayang" saya percaya telah dinamakan oleh Cikgu Saharom Hussain sendiri.

Kredit patut diberikan kepada Cikgu Shaharom Hussain, kerana mencipta dan mempopularkan tajuk tersebut.

Gaya tajuk itu sendirinya memberikan gambaran zaman, ketika ia ditulis, era 50-an.

Kalau Pak Talib mahu tulis semula kisah itu dan mendakwa boleh tulis sendiri ikut selera mana-mana penulis, maka Pak Talib perlu reka tajuk sendiri.

Ini kalau kat Barat ni, sah dah kena saman, kerana melanggar hakcipta, ambil tajuk orang tanpa beri kredit sewajarnya.

Tajuk baru, mungkin boleh seperti "Lembing Laki vs. Lembing Bini"

ulasbuku said...

Cuba semak web ini:

http://www.filemkita.com/filem/l/lembing_awang_pulang_ke_dayang_01.html

Dalam bahagian penulis, kredit diberikan kepada karya Cikgu Shaharom, menepis sama sekali dakwaan bahawa filem itu bukan adaptasi daripada penulis ternama tersebut.

mkhisham said...

Saya masih menanti buku ini dijual di MPH Jusco Seremban 2.

Tuan Chia,

Ianya bergantung kepada pembaca bagaimana menerima buku tersebut. Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri dan berbeza. Saya meminati sejarah Melayu maka saya lebih tertarik dan minat buku berkenaan sejarah pahlawan Melayu yang ditulis oleh Pak Latip seperti Dol Said, Leftenan Adnan, Mat Kilau dan lain-lain.Oleh yang demikian, saya kurang membeli novel pahlawan Islam.

walid said...
This comment has been removed by the author.
walid said...

Jangan jadi bangang...

Aku orang johor. Sejak aku kecil aku sudah dengan nenek aku cerita pasal Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

cia said...

sebab nya.... pahlawan dianiaya oleh sultan nya sendiri...sultan bersekongkol dgn british utk masuk dalam bagi mencuri harta negara dan juga menghancurkan islam....jadi mereka melantik sultan2 ni utk menjaga islam dlm negara....
tapi, mereka tidak amanah dan islam tak dapat dilaksanakan dlm negara sbb mereka2 yg nakkan dunia (wahan) hingga sekarang ni...bengang betul saya baca buku Mat Kilau....... fakta betul tp utk menghancurkan islam............

Nisah Haji Haron said...

Salam Pak Latip,
Tahniah atas kelahiran novel ini. Biarlah apa orang lain akan kata. Orang yang tak menulis dan konon-konon hendak menulis akan 'jaki' apabila orang lain menghasilkan lebih banyak karya dan laju pula.

Sekadar catatan : tiada hak cipta untuk judul. Judul yang sama boleh digunakan oleh pengarang lain. Kalau selepas ini ada orang lain yang hendak menulis novel berjudul "Salina", SN A. Samad Said tidak ada locus standi untuk saman.

ABDUL LATIP said...

Puan Nisah Haron,

Terima kasih dengan penjelasan. Saya akan terus menghasilkan karya sejarah. InsyaAllah.