Wednesday, October 21, 2009

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ


Setelah selesai menulis kisah Imam Syafie, sekarang sedang menyiapkan novel Khalifah Umar Abdul Aziz. Saya begitu teruja menulisnya sehingga saya berfikir masihkah wujud pemimpin seperti ini?.

Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz cuma 2 tahun 5 bulan tetapi beliau berjaya membuat perubahan yang besar dalam dunia Islam yang ketika itu dipenuhi dengan kezaliman.

Khalifah Bani Umaiyah dibantu panglima dan angkatan tentera yang kejam bagi mengukuhkan kekuasaan mereka. Panglima Muslim menyerang Madinah dan bermaharaja lela selama tiga hari tiga malam. Al Hajaj Yusof At Thaqafi menyerang Mekah hingga kaabah runtuh.

Ketika itu muncul Khalifah Umar Abdul Aziz yang sangat adil memerintah sehingga negara menjadi aman sejahtera. Rakyat kaya raya sehingga tidak ada lagi peminta sedekah dan tidak ada yang mahu menerima zakat. Kaum wanita boleh berjalan sendirian dengan selamat.

Mungkinkah muncul semula pemimpin seperti Umar Abdul Aziz pada abad ini?.




5 comments:

faruq al-fatih said...

semoga akan hadirnya,seseorang sepertinya, amin

ABDUL LATIP said...
This comment has been removed by the author.
ABDUL LATIP said...

Semoga kisah Khalifah Umar Abdul Aziz ini dapat diteladani oleh para pemimpin dan pembaca.

aizat said...

salam pak latip..tahniah atas segala usaha pak latip..moga kesah2 pejuang islam membangkitkan semangat kita..insyaALLAH

moga pak latip terus diberi kekuatan untuk terus menulis..ameen..

salam hormat..
~aizatmuni~

cia said...

semoga Allah memberkati kamu dan keluarga pak latip.....