Monday, October 26, 2009

KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Mustahil macam tidak percaya namun itulah kenyataannya. Novel Khalifah Umar bin Abdul Aziz dapat disiapkan dalam masa 15 hari. Sudah dilakukan yang terbaik semoga kualitinya mencapai piawaian yang ditetapkan PTS untuk diluluskan penerbitannya. Berkat menulis kisah pemimpin yang dikasihi Allah swt maka proses penulisannya berjalan lancar. Idea bagaikan arus sungai yang terus menerus mengalir. Terlalu banyak kisah yang hendak diceritakan dalam buku setebal lebih 200 halaman itu. Semoga novel itu dapat menemui pembaca penghujung tahun ini. InsyaAlalh.


2 comments:

ekspresi said...

salam tuan,
tahniah. saya kagum atas komitmen itu. semoga terus menulis.

Ummu Auni Afif said...

menanti2 buku khalifah umar abdul aziz :)