Assalamualaikum Pak Latip.
Saya ingin bertanya kenapa Pak Latip menulis Novel Sejarah?. Kenapa tidak menulis novel lain selain novel sejarah?.
Serikandi.
Jawapan saya.
Waalaikumsalam. Terima kasih Serikandi kerana sudi mengemukakan pertanyaan itu. Jika membaca blog ini dan blog satu lagi http://latiptalib.blogspot.com akan didapati selain novel sejarah ada juga novel bukan sejarah. Antaranya novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Ada di antara novel tersebut yang pernah memenangi sayembara dan hadiah sastera.
Penulisan saya bermula dengan sajak kemudian diikuti dengan cerpen. Selepas itu barulah menulis novel. Novel pertama sebuah novel kanak-kanak berjudul “Bebaskan Aku” diterbitkan oleh Utusan pada tahun 1991. Selain Utusan ada juga diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Alaf21.
Pada tahun 2005 saya dipertemukan dengan penerbit PTS. Barulah mendapat peluang menulis novel sejarah. Pada tahun 2007 sebanyak 6 buah novel sejarah diterbitkan. Dan pada tahun 2008 ini sebanyak 6 buah lagi akan diterbitkan oleh PTS. Semuanya novel sejarah. InsyaAllah saya akan terus menulis novel sejarah untuk PTS.
Dengan menulis novel sejarah saya dapat merakamkan kisah, peristiwa serta fakta-fakta sejarah dalam bentuk novel. Tambahan pula bidang ini belum ramai yang menulisnya.
Selain itu menulis novel sejarah Islam dapat berdakwah kerana di dalamnya terdapat kisah sejarah, dapat pula menyampaikan hadis dan ayat suci al Quran walaupun sedikit.
Selain sebagai sumber pendapatan semoga menjadi amal jariah.

2 comments:
teruskan berkarya paklatip..
pak latip ada seorang kawan editor sebuah penerbitan mereka juga nak terbitkan novel sejarah pak latip nak saya perkenalkan dengan mereka?
Post a Comment