Tuesday, May 13, 2008

KOMEN DARIPADA TUNKU IBRAHIM


Saya merupakan peminat buku-buku siri panglima-panglima perang Islam. Setelah saya membaca buku Khalid memburu syahid ada beberapa soalan saya nak Tanya:

1. Siapa Yazid kawan Khalid al Walid?
2. Abu Lahab sudah mati ketika Khalid memeluk Islam.
3. Tarikh lahir Khalid sepatutnya 584 Masihi bukan 584 Hijrah.
4. Kisah perbualan dan penerimaan Nabi terhadap Khalid tidak detail.
5. Khalid tidak ada dalam perang Khandak. Kemana Khalid ketika itu?

Ini sekadar komen dan respon saya terhadap buku saudara.
Ada ramai tokoh Islam tersohor di zaman nabi dan khalifah seterusnya yang boleh ditulis. Saya sedia menunggu kemunculannya.

Saya bukanlah pakar sangat tapi minat membaca buku aliran perang. Contohnya perang Salib, Riwayat hidup Imam Ali bin Ali Talib, Khalifah ar Rasyidin, dan beberapa lagi, seperti bagaimana Musa bin Nuasir dan Tariq bin Ziyad membuka utara Afrika dan menakluk al Andalus.

Tuan juga seorang yang merendah diri dan saya menghormati tuan. Pandangan saya fakta sejarah itu sendiri perlu tepat kesilapan fakta boleh memberi kesan kepada emosi pembaca. Selebihnya buku ini sangat menarik. Ini sekadar respon saya sahaja.
Sekian.


Tunku Ibrahim bin Tunku Abu Samah
Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

4 comments:

Rafiq said...

Assalamualaikum,

Tunku Ibrahim itu kerabat di Raja Negeri Sembilan?.

cikMilah said...

Salam hari Jumaat pakLatip. Teruskan menulis - saya sebak baca surat dr cucu Leftenan Adnan

zino said...

semuga karya paklatip terus di minati..

ABDUL LATIP said...

Rafiq,

Benar Tunku Ibrahim itu kerabat Seri Menanti. Beliau begitu minat membaca novel2 sejarah Islam. Bukan setakat membaca tetapi juga menghayatinya dengan teliti.

Cikmilah,

Saya juga sebak membaca surat daripada cucu Leftenan Adnan. Buat masa sekarang beliau belum sedia untuk ditemui. Kami cuma berutus email sahaja.

Zino,

Novel sejarah memang sudah ada penggemarnya. Kerana itu saya akan terus menulisnya. InsyaAllah.