Alhamdulillah.. itu ada lah usaha murni yang saudara sedang lakukan ... menulis mengenai sejarah hidup Leftenan Adnan.
Tak banyak yang saya ketahui mengenai leftenan adnan selain yang saya tahu daripada sejarah.
Pak long (Mokhtar) dan ayah saya kedua-duanya telah meninggal dunia. Ayah saya Zainuddin, meninggal dunia pada 15th Aug 2001 dan Pak Long meninggal pada December 2002.
Adik perempuan mereka (nama tidak saya ketahui) telah menyusul Leftenan Adnan tak lama selepas Leftenan Adnan meninggal dunia. Khabarnya terkejut kerana panahan pentir semasa hujan lebat. Ketika Leftenan Adnan meninggal dunia, ayah saya Zainuddin berumur lebih kurang 2 tahun setengah dan pak Long dalam lingkungan 3 tahun setengah.
Arwah Safiah Pakeh Sutan (isteri Leftenan Adnan) telah berkahwin dengan orang Melaka (khabarnya seorang ustaz) tetapi meninggal dunia ketika ayah saya berusia 6 tahun. Menurut ayah dia meninggal kerana sakit leukemia ketika sedang mengandung. Saya pernah pergi ke kuburnya di Melaka semasa ayah saya masih hidup dan ketika itu saya berumur belasan tahun. Tapi tak ingat di mana. Cuma yang pasti kuburnya di sebuah kampung tepi pantai di Melaka. Cantik sekali perkampungan itu. Kuburnya di tanah pasir laut di bawah pohon kelapa.
Ayah pernah mencari kubur leftenan adnan di Singapura tapi tidak berjumpa.
Ayah pernah menyimpan gambar-gambar Leftenan Adnan semasa dia ke UK menerima pingat penghargaan. Kalau tak silap masa itu dia baru dilantik menjadi leftenan muda. Malangnya ketika ayah berusia belasan tahun 17 tahun, dia telah menyerahkan kesemua gambar tersebut ke Show Brothers yang ketika itu ingin membuat filem Leftenan Adnan. Tetapi malang sekali tidak lama selepas itu Show Brothers jatuh bankrup dan gambar2 itu semuanya lesap.
Info di dalam blog saudara yang mengatakan ayah saya masuk askar itu salah sama sekali. Ayah saya pencen semasa dia berkhidmat di dalam Lembaga Nenas Johor. Pak Long sememangnya membawa teksi dan keluarganya masih menetap di Seremban.
Ayah saya Zainuddin mempunyai dua anak, seorang lelaki dan saya. Pak Long saya Mokhtar mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan.
Sekian.
Wan Shireen Sofia binti Zainudin.
8 comments:
Salam hormat
Perlukah mendapat persetujuan daripada waris Lt. Adnan untuk dijadikan novel?
Rafiq,
Kisah Leftenan Adnan sudah jadi cerita milik umum. Kita boleh baca kisahnya dalam buku sejarah termasuk maklumat dalam internet.
Kerana itu tidak perlu mendapat izin daripada warisnya.
Pun begitu saya ingin juga berbincang perkara ini dengan cucunya bila kami bertemu nanti.
Assalamualaikum Tuan Abdul Latip Talib saya mohd fahmi bin mohd kharis merupakan student daripada universiti malaysia sarawak dan mmembuat projek tahun akhir pada tahun nie.saya membuat tajuk tentang perjuangan leftenan adnan dalam bentuk animasi untk kanak-kanak.saya ingin bertanya beberapa soalan dan pendapat daripada tuan.di harapkan pihak tuan dapat memberi kerjasama. kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai
A'kum Tuan, saya dari Pos Malaysia Berhad - dan sedang mengkaji untuk kemungkinan menerbitkan setem Leftenan Adnan. Bolehkah saya dapatkan alamat/no. tel cucu Left. Adnan ? atau sesiapa saudara dekatnya.
Terima kasih Tuan.
Megat Muhammad Nizam , 010-786 1477, megatm@pos.com.my
ASSALAMUALAIKUM,SAYA SEBENARNYA DIBERI TUGASAN UNTUK MENCARI TENTANG LEFTENAN ADNAN UNTUK PROJEK TINGKATAN 3....SAYA HANYA NAK TANYA...YANG NI..BETUL KE?
wkslam...klau x slah sy..info nh btol..sbb ad sy ad trbca d blok yg laen
salam satu malaysia maaf lah mencelah kenape saye bace novel lain dan artikal nie lain ..saye mahu kan kepastian ..ade kah artikal nie sngat benar atau dalam novel benar ..keliru dah saye nie ..maaf lahh kalo ade yg marah tntang kata2 saye ..sila beri kan jawapan ...
ASSALAM PAK SAID..SMOGA ALLAH MEMBERI KESIHATAN YG BAIK DAN MEMUDAHKAN PERJALANAN PAK SAID DLM MEMARTABATKAN PEJUANG BANGSA... NAMUN ADA JUGA ORG KITA SNDIRI YG SANGGUP MENGELARKAN LEFTANAN ADNAN DAN SMUA PEJUANG SEBGAI BARUA!!! DI SERTAKAN DI SINI SEBAGAI BUKTI.ARWAH ATUK SAYA DULU SPECIAL KONSTABEL YG BERHADAPAN DENGAN KOMUNIS 3 VS 1 BERBEKALKAN BENET!!!!! SATU PLATUNNYA TERKORBAN..... ATUK SAYA SENDIRI TEMBUS PEHA KENA TEMBAK..ALANGKAH SEDIHNYA HATI BILA BACA TULISAN "REFORMIS JALANAN" INI... BACA TULISAN DI BAWAH INI..RENUNGKAN... SEORG MELAYU ISLAM BERKATA BEGINI....
Saya bersetuju dengan Mohamad Sabu seperti yang dilaporkan dalam Merdeka Review. Memang kita patut berterima kasih kepada Chin Peng (Ong Boon Hua). Secara tak langsung, Chin Peng telah berjasa kepada negara ini dan juga umat Islam. (sapa nak marah, marahlah).
Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut dikenali sebagai Bintang Tiga bertanggungjawab atas pembunuhan Henry Gurney di Bukit Fraser. Sungguh sial dan malang nasib askar Melayu yang bodoh pergi menyokong Henry Gurney dan penjajah British tanpa mengetahui bahawa Henry Gurney itulah yang bertanggungjawab membawa masuk orang Yahudi Zionis secara haram ke Palestin pada 1948. Dia membuka penempatan baru orang Yahudi Zionis di Palestin dan menghalau orang-orang Arab. Kerana jasa Henry Gurney itu, dia dipindahkan ke Tanah Melayu.
Kerana terbunuhnya Henry Gurney itu (musuh umat Islam), Bintang Tiga dan Ong Boon Hua layak diberikan merit. Lebih baik menyokong sebuah pergerakan yang diketuai oleh penduduk Tanah Melayu daripada menyokong orang-orang Melayu bodoh yang menjadi barua British. Barua seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hasan pula diberi pujian, bahkan dibuat filem lagi! Apa mulianya berkerja kepada penjajah? Kenapa menjadi hamba kepada penjajah British? Saya sesekali tak pernah hormat mana-mana askar Melayu di bawah British. Taraf mereka disisi penjajah British tak lebih dari sekadar anjing suruhan.
Sejarah mengenai Bintang Tiga harus diterangkan, jangan biarkan generasi akan datang menganggap mereka ini pengganas. Sejarah mereka bersama Rejimen Ke-10 telah digelapkan. Jasa mereka tidak dipandang, bahkan mereka pula dianggap pengganas. Yang sepatutnya dilabelkan sebagai pengganas ialah UMNO. UMNO ini jahat, lebih teruk daripada komunis Kuomintang.
Posted by Reformis Jalanan at 11:52 AM
Categories : British, Komunis
Post a Comment