Tuesday, May 20, 2008

BENARKAH LT. ADNAN KETURUNAN DATUK SIAMANG GAGAP?



Lakaran wajah Datuk Siamang Gagap pahlawan Negeri Sembilan.

D
atuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Nama sebenar beliau Kahar bin Haji Mukmin, lahir di Kampung Repah kemudian berpindah ke Seri Menanti. Mungkin ramai yang tidak tahu bagaimana beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap.

Menurut ceritanya, suatu ketika dulu memang wujud seekor Siamang yang gagap bila berbunyi. Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap Siamang itu "keramat" kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung tersebut. Apabila ada musuh datang menyerang maka Siamang Gagap itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia. Dengan itu penduduk kampung terselamat dari serangan musuh.

Setelah Siamang Gagap itu mati maka penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupa jasa seekor haiwan bernama Siamang Gagap. Dan menurut sejarahnya ada seorang lelaki mendapat gelaran Siamang Gagap daripada Yamtuan Seri Menanti kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti dari serangan orang-orang Rawa. Lelaki itu bernama KAHAR BIN HAJI MUKMIN. Dan sejak itu beliau di kenali dengan nama "PENDEKAR SIAMANG GAGAP'.

Kahar atau Datuk Siamang Gagap lahir pada tahun 1817 di kampung Repah tidak jauh dari pekan Tampin. Sejak kecil dia seorang anak yang lincah dan cerdik cuma satu kekurangannya iaitu gagap bila bercakap. Tetapi apabila besar dia berjaya mengatasi masalah gagapnya.
Pada mulanya Kahar berguru kepada TOK KALI SINGA seorang alim dalam ilmu agama. Kemudian dia ke Patani mendalami ilmu agama dan mempelajari ilmu persilatan. Dan seterusnya Kahar merantau ke tanah Minangkabau untuk mendalami ilmu persilatannya. Dan setelah penuh ilmu di dada barulah dia kembali ke kampung halamannya.

Kahar tidak kedekut dengan ilmu yang ada. Dia mengajar ilmu agama dan ilmu persilatan kepada anak-anak muda di kampngnya. Dia juga bercita-cita menjadi pembesar istana. Dan untuk mencapai cita-citanya Kahar mengajak ayah dan ibunya berpindah ke Kampung Sungai Layang yang letaknya tidak jauh dari istana Yamtuan Seri Menanti.

Sikap Kahar yang peramah amat disenangi oleh orang-orang kampung dan ilmunya yang tinggi menjadikan dia dihormati. Dan ketika itu Seri Menanti terkenal kerana pengeluaran hasil padi yang banyak serta rakyatnya yang hidup aman damai.

Orang-orang Rawa yang berasal dari Indonesia merasa iri hati dengan kemakmuran Seri Menanti dan mereka cuba menaklukinya. Setiap malam orang-orang Rawa menyerang penduduk kampung serta merampas padi serta harta benda yang berharga. Mereka yang cuba melawan akan dibunuh atau dicederakan. Dan ini menimbulkan ketakutan dikalangan penduduk kampung tersebut.


Mereka cuba mengadu kepada pihak istana tetapi Yamtuan tidak dapat berbuat apa-apa kerana bilangan orang-orang Rawa yang ramai tambahan pula baginda kuatir ramai yang akan menjadi mangsa jika berlaku peperangan dengan orang-orang Rawa.

Akhirnya Kahar memberanikan diri mengadap Yamtuan menyatakan kesanggupannya menghadapi orang-orang Rawa seorang diri. Pada mulanya Yamtuan tidak yakin dengan kebolehannya tetapi bila Kahar bersungguh-sungguh menyatakan kesanggupannya akhirnya baginda bersetuju dengan harapan tidak berlaku peperangan.

Kahar menggunakan tipu helahnya untuk memperdayakan orang-orang Rawa. Dia mengadap ketua orang-orang Rawa lalu mengaku datang dari Minangkabau bersama ramai pahlawan terbilang bertujuan membantu Yamtuan untuk memerangi orang-orang Rawa. Kahar juga mengajak mengadu kekuatan seorang lawan seorang untuk menguji kehebatan pahlawan dari Minangkabau.

Akhirnya berlakulah pertandingan pencak silat antara kahar dengan pahlawan Rawa yang terbilang dan dalam pertandingan itu Kahar berjaya mengalahkan lawannya. Kemudian Kahar mengatakan dia cuma orang suruhan sahaja berbanding pahlawan Minangkabau lain yang semuanya lebih handal darinya. Akhirnya orang-orang Rawa merasa takut lalu meninggalkan Seri Menanti.

Sebagai menghargai jasanya berjaya menghalau orang-orang Rawa maka Yamtuan Radin menganugerahkan gelaran DATUK SIAMANG GAGAP kepada Kahar dan beliau juga dilantik menjadi pembesar istana.

Sejak memegang tugas sebagai pembesar istana Datuk Siamang Gagap berjaya menjalin hubungan yang baik dengan pembesar negeri Pahang, Selangor, Johor dan Perak. Dengan adanya hubungan baik ini maka tidak berlaku peperangan antara mereka. Tetapi kedatangan Inggeris ke tanah Melayu telah merubah segalanya. Tambahan pula Inggeris mengamalkan "Pecah dan perintah" dalam usahanya menjajah negeri-negeri di tanah melayu.


Datuk Siamang Gagap yang tahu niat busuk Inggeris berjaya mempengaruhi Yamtuan supaya tidak menerima campur tangan Inggeris di Seri Menanti. Dan beliau juga berjaya menghalang Inggeris hendak mengenakan cukai di Sungai Linggi. Namun Inggeris tidak putus asa dan mereka berjaya menimbulkan perselisihan antara Dato' Klana Sungai Ujung dengan Yamtuan Seri Menanti.

Dengan bantuan Datuk Klana Sungai Ujung maka Inggeris menyerang Teraci yang terletak di bawah jajahan Yamtuan Seri Menanti. Datuk Siamang Gagap amat marah lalu meminta izin Yamtuan mempersiapkan sebuah angkatan perang untuk menentang orang-orang Inggeris.


Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah.

Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris.

Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana.

Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap.

Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang.

Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.

Benarkah atau Cuma andaian sahaja?.

17 comments:

zino said...

sejarah ni.. memang gelap lah sikit hehe..

chemphg70 said...

Saya tertarik dengan artikel keturunan Datuk Siamang Gagap. kami adalah keturunan Datuk Siamang Gagap. setahu kami DSG telah lari ke Pahang di daerah Temerloh. Itu sebab keturunannya banyak di Temerloh. Mungkin saudara boleh membantu mendapatkannya secara lebih detail.

DressMeUp said...

saya pun keturunan tok siamang gagap.im the 5th generation of tok siamang gagap.my lat grandfather is the grand son of tok siamang gagap.kalau pergi ke kampung saya terdapat makam tok siamang gagap.tapi yang saya tahu beliau berasal dari negeri sembilan dan suku sakat kami adalah batu hampar diraja.dan setahu saya selapas perang bukit putus yang diketuai oleh tok siamang gagap beliau pergi ke pahang.ada orang mengatakan tok siamang gagap adalah datok bahaman.

Unknown said...

tok siamang gagap dan dato bahaman adalah orang yang sama.pada tahun 1974 rtm dalam program jejak sejarah telah berjaya menjejaki dato bahaman di pahang.Beliau sendiri mengakui dato siamang gagap adalah gelaran yang telah diberikan oleh penjajah british kepadanya.saya pelik mengapa bahan-bahan sejarah tidak pernah mengatakan tok siamang gagap dan dato bahaman orang yang sama.ramai warisnya di negeri sembilan yang pernah berjumpa dengan dato bahaman di pahang ketika beliau masih hidup.

ibnutamin albanjari said...

salam, tuan-puan,
mertua saya rokiah @ zalehan binti sudin, ibunya bernama itang @ habsah binti daruk, neneknya bernama abbah binti mohd yakim, moyangnya bernama sa'ani

sa'ani ini dikhabarkan adalah anak perempuan kepada tok siamang gagap, kahar bin mukmin

berkemungkinan juga sa'ani ini adik-beradik kepada bapa left. adanan bin saidi iaitu jika benar jejak saudara abdul latip talib bahawa bapa left. adnan itu iaitu saidi bin kahar bin mukmin ???

mertua saya kini tinggal di kampung terusan seberang, k.pilah tak jauh dari juaseh...menurutnya ada dengar2 dulu-dulu, neneknya ada berkata bahawa keluarga mereka ada keturunan dari tok siamang gagap,

juaseh ini dikatakan tempat kg. dimana tok siamang gagap berundur dan bersembunyi setelah kalah dalam perang bukit putus sekitar 1876...

kubur suami sa'ani iaitu mohd yakim ada di tanah belakang rumah mertua saya itu...

ada juga dikhabarkan bahawa tok siamang gagap ini ada berjihad menentang penjajah di pahang juga namun dengan 'nama' lain...

waullahu a'lam
ibnutamin.blogspot.com

AZMALNOR said...

assalamualaikum pado tuan punyo blog? ese nak menambah sikit maklumat bulih x? ini maklumat berkonaan Datuk Siamang Gagap yang se dapek secaro lisan dari ayah se yang diceritokan oleh arwah moyang se bernamo Haji Laba Bin Omar di Ulu Bondo...

fakta ni adalah lisan bukan hitam putih, jadi kesahihan se xdapat pastikan 100%..cuma menambah info..

cerito arwah moyang se, Datok Siamang Gagap tu adalah gelaran dio. Selain namo Kahar, dio ado juo namo x rasmi lain iaitu Aman@Abdul Rahman... jadi ado maso dio dipanggil Si Aman... orangnyo besar, tinggi, kuat dan gagah.. mako dikenali sebagai Si Aman Gagah..bilo saya bandingkan dengan fakta dalam cerito tuan penulis tentang dia mengalahkan pendekar terulung orang Rawa, maka nampak kaitan dan benarnya cerita awwah moyang saya.
mungkin caro orang Minang N9 yang suka menyebut perkataan dengan laju menyebabkan bertukar menjadi SIAMANG.. walau bagaimanapun memang dia ada sedikit gagap...

dalam Perang Bukit Putus, kata ayah saya, arwah moyang saya adalah orang kanan@pendekar pembantu no 2 kepada Datok Siamang Gagap... dan memang benar apa yang dikatakan jika Datok Siamang gagap itu adalah Datok Bahaman kerana moyang saya memberitahu ayah saya, beliau telah merajuk membawa diri ke Pahang ketika krisis menabalkan Yamtuan di Seri menanti(selepas Tuanku Intan memangku takhta).. dah perkara ini saya pernah baca dalam satu buku karangan Allahyarham A. Samad Idris terbitan tahun 1960an.. (tajuk tak ingat-kena cari semula buku ni, publikasi DBP) yang mengesahkan berdasarkan kajian beliau. jika kita lihat kaitan nama Bahaman dengan Abdul Rahman( Si Aman Gagah/Siamang Gagap) pasti tidak janggal untuk kita simpulkan. di kampung saya, pakcik saya yang bernama Abd Rahman juga dipanggil Bahaman(rasanya ini pelat org kampung N9 menyebut nama Bahaman, seperti Idris menjadi Dirih, dan Alias disebut Lieh..) harap ada info lain yang boleh menyokong fakta lisan ini...

A Packet of Cigarettes (2BCPEX - B) said...

Salam tuan rumah :) Nama saya Ahmad Muddassir Bin Suhaimy Bin Abdul Talib Bin Abdullah. Moyang saya Abdullah telah berkahwin dengan Zahariah iaitu anak perempuan pertama kepada BAHAMAN. Arwah moyang Zahariah merupakan seorang Bidan yang terkenal di Pekan Kuala Pilah dan sempat berkhidmat di sebuah Hospital Kuala Pilah (atau klinik kg. ketika itu).Panggilan beliau di kalangan penduduk kampung adalah "wan ombong bidan".
Rumah moyang terletak di Kampung Kuala Jemapoh,Kuala Pilah. 30++ meter dari Surau yang dibuat oleh Datuk Panglima Siamang Gagap sendiri.

HAKIKATNYA:
Bahaman @ kahar bin mukmin @ Datuk Panglima Siamang Gagap @ Datuk Bahaman Semantan adalah orang yang sama.

Mengikut arwah atuk saya, Setelah diburu oleh pihak British datuk Bahaman telah melarikan diri ke Negeri pahang yg bersempadan dengan n9. Beliau menetap di sebuah kampung yg dinamakan "Kampung Mempatih" di dalam Daerah Semantan, Pahang. Beliau secara langsung telah menjadi Imam Perang mengetuai Perang Semantan yang ke-3. Bapa saya pernah mengaji ilmu ketuhanan pada seorang guru (telah arwah), "orang pahang" yang menetap di Perak. Arwah guru tersebut pernah merujuk akan ilmu2 ketuhanan pada Datuk Bahaman Semantan, & Datuk Bahaman Semantan telah mensahihkan ilmu tersebut dan mengaku bahawa beliau adalah Datuk Panglima Siamang Gagap dari tanah minang,Negeri Sembilan. Sepanjang dalam perjalan lari dari pihak British, tempat2 yang pernah beliau singgahi/menetap sementara adalah di Terengganu (sejarah Tokku Paloh) & Patani (kelantan).
Kemungkinan besar, waris anak cucu beliau sangat ramai dan tidak mengenali antara satu sama lain.

Persoalan Dalam Minda:

1) Apakah yang DIPERJUANGKAN oleh Datuk Panglima Siamang Gagap @ Datuk Bahaman Semantan SECARA TERPERINCI semasa hidup didalam sejarah penglibatannya didalam Perang-perang dahulu kala?

2) Kenapa tiada usahasama untuk merungkai Fakta sejarah hidup Datuk Panglima Siamang Gagap oleh Pihak Muzium Negeri Sembilan sendiri dewasa ini?


Pendapat saya:

1) Saya yakin jika dirungkaikan sejarah siapa sebenarnya Datuk Panglima Siamang Gagap,@ Datuk Bahaman Semantan kita akan merungkaikan fakta2 sejarah yang telah tenggelam, disenyapkan (mungkin dipadamkan?)melalui soalan berikut;

1.1) Apakah yang dipertahankan oleh Datuk Panglima Siamang Gagap
pada waktu pemerintahan Yamyuan Antah sehingga membawa kepada Perang Bukit Putus? Sebab apakah?
(Bila,kenapa,siapa yang terlibat,mengapa,di mana,bagaimana)??

1.2) Apakah sebab Datuk Panglima mengetuai Perang Semantan yang ke-3 yang telah tamat pada 1895? Melawan siapa? pihak istana yang mana? Kenapa??
(Bila,kenapa,siapa yang terlibat,mengapa,di mana,bagaimana)??

1.3) Adakah betul beliau hadir pada Perjanjian Durbar Di Kuala Kangsar Julai,14,15,16,17 pada tahun 1897? dan bergambar bersama Tuanku Muhammad Syah pada 1897?
(Bila,kenapa,siapa yang terlibat,mengapa,di mana,bagaimana)??

Saya cuma generasi baru yg inginkan kepastian tentang sejarah keturunan sendiri. Semua maklumat ini dikumpul dan datang dari sumber lisan & bertulis keluarga,sejarah, media cetak& elektronik. Mungkin persoalan2 ini apabila dikaji-dirungkai, ianya akan menyentuh pihak2 istana / kerajaan / individu2 pengkhianat sejarah atas kepentingan tertentu. Bagi saya, saya akan tetap ingin tahu. Bagi saudara2 waris jauh & dekat Datuk Panglima Siamang Gagap @ Datuk Bahaman Semantan,hubungi lah saya. Sekian (",)

sir_mudd@yahoo.com


ini ada link gambar Keris Tokoh Pejuang ini.

http://alamshah67.multiply.com/photos/album/136/Suasana_Perkerisan_di_Muzium_Negara_KL#photo=126

generasi bahaman said...

salam untuk pencinta sejarah...

saya berani mengatakan yang saya adalah keturunan dato bahaman kerana ayah saya selalu bercerita bagaimana ayah dan datuk saya pernah kembali ke pahang untuk bertemu saudara tua tetapi malangnya saudara yang ingin dijumpai di temerloh tiada di kampung.Ayah juga mengakui dia keturunan Dato Bahaman. Percayalah keturunan Dato Bahaman juga masih ada di Terengganu. Salam persaudaraan untuk semua keturunan Dato Bahaman. Ketentuan Allah jua akan mempertemukan semua waris pendekar Melayu yang berjasa ini.

Cucu Cicit Bahaman said...

Datuk Siamang Gagap adalah keturunan Minangkabau, sdgkn Dato' Bahaman adalah bdarah Bugis. Minangkabau di Sumatera sdgkn Bugis diSulawesi? Mgkin ada pjelasan ttg hal ini?

Cucu Cicit Bahaman said...

Kbykn Tok2 Pendekar, sptmana Dato' Bahaman, Mat Kilau dll, mrk mbuat pjanjian sumpah. Byk pkara yg tidak dapat djelaskn sec tperinci.

Unknown said...

menurut cerita ibu dan arwah nenek saya, kami pun dari keturunan DSG.. kampung saya terletak di kampung parit, kuala pilah..kami dari suku batu hampar diraja..menurut cerita ibu nenek,setiap waris dipercayai mempunyai barang peninggalan DSG..keluarga kami mempunyai kotak kayu yg panjang dan masih kukuh hingga ke hari ini,dipercayai tempat beliau menyimpan barang2 beliau..kotak tersebut terletak di bawah rumah pusaka kami di kuala pilah..

adipati mangkubumi said...

betul, saya ada surat dari Datuk Rajapati Muhammad Aide De Camp Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan 1850 - 1976, dia adalah ketua org org besar Pegawai 99 yg mana Dato Bahaman, Mat Kilau adalah jemmah nya. Banyak yg mengaku keturunan tetapi tidak tahu apakah jemaah tarikat yg dibawa mereka siapa kah Syeikh mereka.
Apakah ilmu kebatinan yg dibawa.

adipati mangkubumi said...

dato siamang gagap orang kahar(kuat) yang mukmin kedua dua adalah gelaran bagi Adc Tuanku, yg gambarnya (rupa rajapati dan tuanku antah) ada di singapura selepas perang bukit putus.
jadi dato bahaman dan siamang gagap adalah berbeza.

adipati mangkubumi said...

Orang berdiri yg dibelakang Tuanku Muhammad, adalah Rajapati Muhammad Ismail yang mamakai tanjak "Dendam Tak Sudah", selaku Aide De Camp Pegawai 99 Yang Dipertuan Besr Negeri Sembilan, yang mamakai tanjak "Dendam Tak Sudah", semasa
Durbar 1897, Saya ada warkah yg ditulis oleh Rajapati sendiri kepada Residen British tentang Adat Semenda
Sya ada surat beliau kepada British Residen 1934

adipati mangkubumi said...

Tuan Guru Syed Abdul Rahman ini, hanya terdapat 2 tokoh yang ada berhubung kait dengan Dato Bahaman, Mat Kilau dan Negeri Pahang. Pertamanya, Syed Abdul Rahman  yang terlibat dalam perang saudara di Pahang dan kemudian berundur dan membuka Telok Ramunia. Keduanya adalah Tuan Guru Syed Abdul Rahman Al Idrus  atau lebeh dikenali sebagai Tokku Paloh, seorang ulama bertaraf wali yang cukup terkenal itu.

Unknown said...

Nk tanya kenapa ade yg becerita dato bahaman dan pengikutnya melarikan diri ke n9 dan membuat pekampungan d sana.. Di sempadan latar kijang di jelebu dan dikenali sebagai kampung kenaboi maaf sy hnya dengar dari ayah n nenek sy.. Segala bukti disimpan d putrajaya dikenali sbgai buku besar

Zabid9897 said...

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Rahman_bin_Tuanku_Imam_Nuh (Pencerahan please) mcm mana lain silsilahnya tapi sama orgnya?