“Sesungguhnya kami memenangkan engkau dengan kemenangan yang nyata,” surah al Fath ayat 1.
Wahyu ini diturunkan ketika Nabi Muhamad dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah perjanjian Hudaibiyah dengan Quraisy Mekah. Baginda gembira kerana Allah akan memberikan kemenangan yang besar iaitu berjaya menakluk Kota Khaibar kawasan yang kaya dan subur dengan tanaman. Yahudi Khaibar telah membantu tentera Ahzab menyerang Madinah dalam perang Khandaq. Kemudian mereka membuat persiapan mahu mahu menyerang Madinah. Nabi Muhamad segera membentuk pasukan lalu berangkat ke Khaibar.
Namun Allah tidak memberikan kemenangan itu secara mudah dan percuma. Nabi Muhamad dan para sahabat terpaksa berjuang bersungguh untuk menakluk Kota Khaibar. Setelah 21 orang gugur syahid baru dapat menakluknya.
Antara Pengajaran dari kisah Perang Khaibar ialah kita perlu berusaha keras dan bersungguh baru dikurniakan kejayaan. Dan Allah memberi pertolongan ada saat tentera Islam sudah habis ikhtiar dan memerlukan pertolonganNya. Kota Khaibar begitu kukuh tidak dapat ditembusi setelah banyak usaha dilakukan akhirnya Allah kurniakan kekuatan kepada Saidina Ali dapat mengopakkan pintu benteng Khaibar seorang diri. Apabila pintu kota itu hendak dipasang semula terpaksa diangkat oleh 70 orang lelaki…
1 comment:
masyaallah...hebat nya sahabat Nabi saw...marilah kita menasihati negara2 Islam seluruh dunia bagi mengambil kembali Baitulmaqdis...dgn cara ape??? diplomasi tak berjaya dan takkan mungkin berjaya... MANA KETENTERAAN2 NEGARA ISLAM...MENYOROK TAKUT PD MANUSIA,YG SEPATUTNYA ALLAH LAH PALING DITAKUTI......Baitulmaqdis adalah pintu kejayaan seluruh umat Islam....usaha dan doa, itulah TAWAKAL KPD ALLAH...
Post a Comment