Monday, January 24, 2011

PENULIS JUTAWAN PTS 2010




Dalam bahasa PTS, penulis yang dilabelkan sebagai 'penulis jutawan PTS' adalah mereka yang buku-bukunya berjaya dijual pada nilai lebih RM1 juta setahun.

Purata apabila nilai buku mereka terjual RM1 juta, royalti mereka adalah RM100 ribu setahun. Dengan andaian setiap tahun mereka berjaya menjual RM1 juta, maka dalam 10 tahun mereka menerima royalti RM1 juta.

Pada tahun 2009 hanya seorang sahaja penulis PTS yang berjaya dilabelkan sebagai 'penulis jutawan PTS', beliau adalah Tn. Abd. Latip Talib.

Bagi tahun 2010, jumlah itu bertambah menjadi 4 orang pada 2010. Mereka adalah:

Tn. Abd. Latip Talib (novel sejarah)

Tn. Muhammad Alaxender (buku sejarah Islam)

Pn. Chef Hanilieza (buku resipi)

Pn. Ain Maisarah (novel remaja)

Keempat-empat penulis itu mempunyai ciri yang serupa: Karya mereka sangat terfokus genrenya.

5 comments:

nurazzah8 said...

Tahniah...dah jadi penulis jutawan!

hnyhar said...

wow..tahniah pak latip!! saya juga sangat meminatinya [walaupun masih belum dapat memilikinya..]

Ummu Auni said...

tahniah!! Sudah agak dari dulu semasa nama masih dirahsiakan Pn Ainon :D

Hawa Mahabbah said...

Alhamdulillah.. tahniah pak latip! :)

rodziah said...

sy amat menggemari buku2 pak latip malah sy sering memberi anak murid sy membacanya..sejak mengandung,novel pak latip menjadi kegemaran sy.harapan sy,minda bayi dlm kandungan terasah dgn kisah sebenar sejarah islam