Friday, February 11, 2011

SELAMAT JALAN MUBARAK

Sesudah berkuasa selama 30 tahun dan setelah berjaya mengumpulkan harta kekayaan yang banyak sehingga 40% rakyat berada di bawah garis kemiskinan, menekan gerakan Islam serta menjalin hubungan baik dengan Israel akhirnya diktator Mubarak itu berundur juga setelah tidak dapat lagi menyekat kebangkitan rakyat selama 18 hari yang mahukan perubahan serta memaksanya meletak jawatan.

Seperti Firaun Mesir yang tenggelam di laut Merah, Mubarak juga lari ke Laut Merah Sharm el-Sheikh sebelum meninggalkan Mesir buat selamanya. Kini Mesir dipimpin oleh Menteri Pertahanan Hussein Tantawi.

Ekoran itu Israel Negara pertama menutup kedutaannya di Mesir. Rakyat Gaza yang turut menderita akibat kekejaman Mubarak turut bergembira dengan kejatuhannya…








2 comments:

zino said...

semuga negara tu aman kembali dan student Malaysia dapat meneruskan pengajian dengan selesa..

Airland said...

alhamdu lillah