Thursday, November 12, 2009

TERIMA KASIH BERITA HARIAN


Abdul Latip hasil novel berlandaskan sejarah Islam

Oleh Muhd Yusuf Abu Bakar
muhdyusuf@bharian.com.my

Papar ketokohan pejuang silam dalam 16 karya untuk berdakwah kepada orang ramai

KESANGGUPANNYA untuk bersara awal bagi memberi tumpuan kepada penulisan fiksyen akhirnya membawa hasil, apabila berjaya mengangkat bahan sejarah Islam ke bentuk novel sejarah. Novelis, Abdul Latip Talib kini mengukir nama sebagai penulis novel sejarah Islam berjaya selepas menghasilkan 16 novel Islam berasaskan kisah sejarah pahlawan Islam, sahabat Nabi SAW dan Khulafah Arrasiddin dalam tempoh empat tahun.
Kalau sebelum ini, Abdul Latip yang pernah memenangi beberapa anugerah sastera hanya menghasilkan novel kanak-kanak dan novel sejarah Melayu, namun mulai 2005, bekas Penyelia Kanan Felcra itu mengorak langkah menghasilkan novel sejarah Islam selepas menemui penerbit PTS Litera Utama, Ainon Mohd yang mencadangkannya supaya menghasilkan novel sejarah berasaskan sejarah Islam.

Bertitik tolak saranan itu, beliau berusaha mengangkat kisah penakluk Sepanyol, Tariq bin Ziyad ke bentuk novel sejarah Islam yang kemudian ternyata sambutannya menakjubkan. "Selepas itu saya menghasilkan novel Salahuddin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal dan Abu Ubaidah yang menyaksikan beberapa kali cetakan semula berikutan sambutan hangat daripada pembaca. Sebagai contoh, novel pejuang Islam terkemuka, Khalid Walid sehingga kini memasuki cetakan kelima sejak diterbitkan 2005," katanya ketika ditemui di Berita Harian, baru-baru ini.

Bagi menghasilkan novel yang menarik, Abdul Latip berkata, dia menjadikan menulis novel ini sebagai kerjaya sepenuh masa, sama seperti pekerja awam dan swasta. "Saya berkerja selama lapan jam sehari untuk menghasilkan novel. Saya membaca, menghayati dan membuat penyelidikan terperinci sebelum menghasilkan novel sejarah. Ini penting bagi memastikan kandungannya berdasarkan fakta yang benar dan jelas dengan olahan berbentuk fiksyen.

"Hasilnya, ia memberi kepuasan kepada saya sebagai penulis dan pembaca yang menikmati cerita berkenaan apabila diolah kepada bentuk novel. Cukup menyeronokkan apabila pembaca memberi maklum balas memberangsangkan mengenai novel yang dihasilkan," katanya.

Anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan dan kini menetap di Jelebu, Latip turut menghasilkan novel Khalifah Arrashiddin, iaitu Abu Bakar Assidiq, Umar Alkhatab, Usman Affan dan Ali Abi Talib.

"Saya dalam proses untuk menghasilkan novel mengenai kehidupan empat imam besar Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Shafie, Hanafi, Hambali dan Maliki yang terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan ketika menuntut ilmu dan menyebarkannya sehingga menjadi ikutan sebahagian besar masyarakat Islam di dunia," katanya yang turut menghasilkan novel Bilal Rabah, Sultan Muhammad Al Fateh dan Hulagu Khan.

Ternyata usaha Abdul Latip dalam mengembangkan dakwah melalui penulisan berhasil, kalau dulu, kita hanya mendengar kisah sejarah disampaikan penceramah atau ustaz, namun kini melalui novel Islam yang digarap dengan berkesan dan menyentuh hati, minat masyarakat khususnya generasi muda terhadap Islam akan meningkat.

Boleh ikuti tulisan ini di sini.



9 comments:

cia said...

Wahai saudara-saudaraku seiman:
Kita harus mempunyai keyakinan yang kuat, bahwasanya keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah dengan menegakkan Islam dan Jihad.

ABDUL LATIP said...

Tuan Cia

Jihad yang paling besar ialah melawan hawa nafsu kita.

cia said...

hadis tu hadis tidak sahih...dan kalau mcm tu ...kita hanya cuma jihad pd diri sendiri sbb nafsu kita akan sentiasa perlu dijaga hingga apa yg terjadi skrg ini adalah hasil dari apa yg tuan cakapkan tadi.........
Sistem demokrasi yg berjaya melemahkan semangat jihad anak muda Islam sbb sedang menjaga diri dan nafsu.......

cia said...

sistem ini jugalan yg menjadikan malaysia dan dunia keseluruhannya menderita hancur tapi saudara seagama berpeluk tubuh sbb menjaga dirisendiri dan mengawal nafsu.....dalam buku tuan ada memberi panduan bagaimana option yg sepatutnya.......

ABDUL LATIP said...

Hadis itu diucapkan oleh Nabi Muhamad saw sekembalinya dari mengerjakan haji widak. Rujuk hadis Bukhari dan Muslim.

Umat Islam menjadi lemah juga kerana tidak dapat mengawal nafsunya terutana para pemimpin.

Bukankah kejayaan khalifah Umar bin Abdul Aziz (novel ini akan terbit tidak lama lagi) juga hasil dari jihadnya melawan nafsunya?. Salahudin al Ayubi juga berjaya kerana berjaya mengawal nafsunya.

Maksud nafsu itu bukan keinginan shahwat saja.

Antara sebab lemahnya umat Islam kerana tidak mampu pergi ke masjid untuk mengerjakan sembahyang berjemaah lima waktu. Jika jihad yang paling mudah itupun tidak mampu dilakukan bagaiman hendak pergi berjihad yang lebih besar?

ABDUL LATIP said...

Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk kota Konstantinopel setelah melatih rakyat dan tenteranya berjihad melawan hawa nafsu.

cia said...

saya setuju dgn pendapat itu, solat 5 waktu berjamaah, sultan mohammad alfateh, beliau mengajar dan menuntut supaya berjihad berperang utk menakluk.....pemimpin kita suruh melawan hawa nafsu dan tunduk kepada mereka supaya senang mereka dpt habuan dan membenarkan org menakluk negera kita.Pemimpin malaysia dan lain2....kalau kita berani ke medan perang utk berperang krn Allah...maka kita telah melawan semua jihad-jihad yg lainnya(nafsu,duit,perniagaan,keluarga) kerana jihad berperang krn Allah adalah jihad yg paling besar mengatasi jihad2 lain(baca buku Dr Abdullah Azzam..

cia said...

hadis da'if tersebut melemahkan gerakkan Islam...mereka mengadakan itu supaya jihad nafsu, jihad ekonomi, jihad pelajaran menjadi jihad kita yg utama dan mementingkan diri sendiri adalah agenda yahudi dan nasara, ilmu kalau tak diamal akan menjadi apa...?

zino said...

saya dah baca berita dalam berita harian tu tahniah paklatip semuga terus berkarya..