Saturday, November 14, 2009

HADIS DHAIF

Menurut Imam Ghazali, Imam Abu Hanifah dan beberapa orang lagi ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua hadis yang tidak bertentangan dengan al Quran adalah hadis sohih. Sekiranya ada hadis yang ditolak bukan menolak hadis tersebut tetapi periwayatnya diragui.

Contoh hadis yang dikatakan dhaif.

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berbangga kepada malaikatNya dengan seorang pemuda yang banyak beribadah dengan firmannya “Wahai pemuda yang meninggalkan hawa nafsunya kerana Aku, menyerahkan kemudaannya disebabkan aku, engkau pada sisiku adalah seperti para malaikatku.”

Hadis dari Abdullah bin Masud ini yang dikatakan hadis dhaif.

Selain itu ada sebuah lagi hadis popular dikatakan hadis dhaif iaitu “Sabar itu separuh dari Iman.”

Hadis daif ini bukan hadis palsu. Tidak salah kalau umat Islam mengamalkannya kerana tidak bertentangan dengan al Quran.

Begitu pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.



3 comments:

cia said...

banyak lagi hadis yg sahih dimana ahlisunnah waljamaah ataupun syiah atauapapun jemaah lainnya yg meninggalkan begitu saja kewajibannya oleh pengikutnya sendiri.....jadi kenapa hadis dhaif yg sunat dihebah-hebahkan...mcm hadis..tuntutlah ilmu hingga kenegeri china,,walhal hadis itu hadis dhaif...kelalaian ini amat merugikan islam dan akan ditanya oleh Allah kpd setiap org yg beriman dan takut kpd Allah...****mengasah minda..

Tarbus Merah said...

Pak Latip yang dihormati,

Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah. Oleh itu, di dalam hasil mahsul (penulisan) kita pun, barangkali menggunakan hadis dhaif adalah salah.

ABDUL LATIP said...

Tuan Syafiq yang dihormati

Terima kasih menyertai perbincangan. Bukankah Imam Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumiddin contohnya dalam bab haji banyak menyertakan hadis-hadis yang dhaif?.

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah berbangga kepada malaikatNya dengan seorang pemuda yang banyak beribadah dengan firmannya “Wahai pemuda yang meninggalkan hawa nafsunya kerana Aku, menyerahkan kemudaannya disebabkan aku, engkau pada sisiku adalah seperti para malaikatku.”

Hadis yang dhaif ini terdapat dalam bab puasa muka surat 6.