Sunday, November 15, 2009

DR ABDULLAH AZZAM


Dr Abdullah Azzam berjaya meniupkan semangat jihad di kalangan umat Islam ketika Rusia menakluk Afghanistan. Sekiranya beliau masih hidup apakah perkara yang sama akan diulanginya apabila Amerika dan Nato menakluk Afghanistan?. Namun yang pasti setelah Rusia berundur dari Afghanistan beliau telah terbunuh dalam satu letupan bom yang memang ditujukan terhadapnya.

Dr Abdullah Azzam lahir di Palestin, beliau pada mulanya adalah pejuang Palestin. Apabila PLO atau Fatah berdamai dengan Israil maka beliau berpindah ke Pakistan lalu menyertai jihad menentang Rusia di Afghanistan.

Dalam buku Jihad Jalan Tunggal Menuju Khalifah dan Jihad Afghanistan beliau menulis seperti berikut:

1. Jihad bila musuh (bukan Islam) menyerang Negara Islam.
2.Bila pemimpin Negara Islam meminta rakyat keluar berperang.

Menurut pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah pula apabila musuh menyerang sebuah Negara Islam, contohnya Palestin maka hukum jihad itu menjadi fardu Ain bagi penduduk atau Negara yang berhampiran dengannya. Tetapi bagi penduduk yang jauh hukumnya fardu kifayah.

Kira-kira 50 tahun dahulu, apabila Israel menjajah Palestin maka semua Negara Arab bersatu bagi menentang Israel tetapi kalah dalam setiap kali peperangan kecuali Mesir yang hampir berjaya menewaskan Israel. Tetapi akhirnya dipaksa menandatangani perjanjian damai.

Semenjak tahun 1973, Negara-negara Arab dan Islam tidak lagi bersatu untuk menentang Israel malah ada yang telah menandatangani perjanjian damai. Maka perjuangan itu diteruskan secara bersendirian oleh beberapa pertubuhan Palestin.


Sekarang Palestin terbahagi kepada dua, wilayah Tebing Barat diperintah oleh Fatah dan di Gaza diperintah oleh Hamas. Sepatutnya dua kuasa itu bersatu bagi mewujudkan satu pemerintahan kemudian mereka ada dua pilihan, berjihad menentang Israel atau berdamai bagi mewujudkan sebuah Negara Palestin yang merdeka.



4 comments:

cia said...

Menurut pendapat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah pula apabila musuh menyerang sebuah Negara Islam, contohnya Palestin maka hukum jihad itu menjadi fardu Ain bagi penduduk atau Negara yang berhampiran dengannya. Tetapi bagi penduduk yang jauh hukumnya fardu kifayah.......itu tak habis lagi....>>>> maka sekiranya negara berhampiran tidak mampu mengalahkan musuh islam itu , negara2 yg berskala lebih jauh menjadi fardu ain, dan sekira tak mampu lagi mengalahkan musuh, maka negara2 yg lebih jauh lagi menjadi fardu ain utk membantu dan begitulah seterusnya menjadi fardu ain bagi membantu mengalahkan musuh islam itu..........dan ulama ahli sunnah waljamaah mengatakan adalah menjadi fardu ain bagi seluruh umat yg mengaku islam yg takut kepada Allah bagi melawan musuh islam. dan apabila setiap inci bumi islam itu telah dirampas semula oleh islam , maka barulah jihad fisabilillah menjadi fardu kifayah......wallahuaklam....

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum tuan pengarang, & pelayar-pelayar blog ini,

Betul tu, cia..! Komentar Anda mendekati takrif hukum syara' tentang jihad. Sayangnya hukum itu habis setakat pada hukum sahaja, tanpa amal. Kenapa? Sebab para penguasa umat Islam sekarang semuanya kerdil-kerdil belaka di depan musuh-musuh Allah (AS, Britain, Israel, Peranchis dll), dan sudah cukup puas memerintah wilayah masing-masing yang kecil-kecil juga. Entah berapa orang sahaja antara mereka yang benar-benar faham hukum jihad (qital) fi sabilillah dari segi tuntutan syarak. (Cuba tanya PM kita, atau menteri pertahanan kita, atau ketua turus angkatan tentera kita). Sebab itu, ketika saudara-saudara Muslim kita di Palestin, Iraq,Afghanistan, Chehnya,Kashmir, Somalia, Selatan Thai, Mindanao dll dibelasah oleh puak-puak kafir musuh Allah dan musuh kita juga, para penguasa umat Islam sudah cukup megah dengan menghantar ubat-ubatan, biskut, selimut, tajak,
cangkul, dan entah apa-apa lagi yang tak ada kaitan dengan peperangan ofensif, sedangkan musuh masuk menjarah dengan segala meriam, jet, kapal perang, kereta kebal, roket, peluru berpandu, gas beracun dan segala alat pembunuh massa yang dahsyat-dahsyat. Apa kata si kerdil-kerdil tadi, "..tak boleh campur tangan. Itu urusan dalam negara masing-masing".

Dengan skrip itu yang disuapkan ke mulut mereka oleh PBB, tentera dan kelengkapan perang negara-negara umat Islam pun sekadar digilap saban hari, dibelek-belek, lalu disimpan untuk nanti jadi bahan pameran sekali setahun di dalam perbarisan menyambut hari kemerdekaan masing-masing. Berjuta para tentera umat Islam akhirnya tak berpeluang menjadi syuhada. Kelakar bukan..?

Hanya Khalifah sahaja yang dapat melaksanakan jihad fi sabilillah apabila Daulah Khilafah tertegak tidak lama lagi.

nur akmal said...

betul2... sngt setuju. spttnya semua ngra Islam bersatu. semoga Allah brsama mereka saudara kt disana. hanya doa yg mmpu dihulurkn~ amin.

Unknown said...

abdullah azzam juga menyebut..jihad menjadi fardu ain apabila sejengkal tanah orang islam dijajah...tak perlu pergi jauh...cukuplah singapura dan pattani asbab jihad menjadi fardu ain pada kita semua...dari PAS kita bermula.......TAKBIR....