Sunday, August 16, 2009

SUDAH TERBIT


Novel "Mat Kilau Pahlawan Pahang" mengisahkan sejarah dan kepahlawanan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Imam Perang Rasu dan lain-lain ketika menentang campur Inggeris di Pahang. Kisah diceritakan sejak dalam kandungan hingga pahlawan Mat Kilau meninggal dunia.

Benarkah lelaki tua yang dikenali dengan nama Mat Siam itu adalah Mat Kilau?. Apakah bukti-buktinya?. Siapakah yang mengesahkan beliau adalah pahlawan Mat Kilau?. Kenapa beliau menentang Inggeris?. Kenapa Mat Kilau menyembunyikan diri dan sering menukar namanya?.

Semua persoalan
itu terjawab setelah membaca novel sejarah ini.




PTS Litera Sdn Bhd
RM RM21 / RM RM24 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-42-6;
Tarikh Terbit: 15 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 384 halaman


Boleh dibeli di rangkaian kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya, Mari Baca Bookstore dan lain-lain atau pesan melalui online www.bookcafe.com.my


3 comments:

tawawfayakof said...

Salam, saya merupakan bakal 'peminat' bagi penulisan tuan. saya amat tertarik bagaimana tuan membawa pembaca menghayati sejarah.

bolehkan saya tahu sumber sumber rujukkan tuan untuk setiap novel sejarah yang tuan gunakan untuk mengarang cerita cerita penghayatan sejarah tersebut?

hanya ingin tahu.

ABDUL LATIP said...

tawawfayakof

Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan dan selamat menghayati novel2 sejarah.

Menulis novel sejarah mesti ada sumber rujukannya tidak boleh direka-reka. Tetapi ada juga yang kurang suka sebab bercampur antara fakta dan fiksyen. Terserah kepada pilihan masing2.

Pada kulit buku ada disertakan buku-buku yang menjadi sumber rujukan.

Terima kasih.

tawawfayakof said...

betul tu tuan, saya pun rasa bimbang sejarah yang bercampur fiksyen menyebabkan fakta berubah.

tatapi, campuran fiksyen dan fakta yang tuan buat sangat memudahkan saya mengenali karakteristik dan perwatakkan sebenar tokoh tokoh dalam islam.

mungkin gaji bulan depan saya nak beli lagi buku umar al khattab pulak :D.. duit takde, beli satu satu la hehe