Monday, August 24, 2009

EXPLORASI NOVEL SALAHUDIN AYUBI PENAKLUK JERUSALEM

Terima kasih diucapkan kepada Biro Akademik & Kerjaya MPP Sesi 08/09 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menganjurkan Explorasi buku Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem.

Antara perkara yang diperkatakan ahli panel, apakah perkara pokok yang ingin disampaikan penulis melalui novel Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem?. Bagaimana fakta-fakta sejarah hidup Salahudin Ayubi diolah dalam bentuk genre novel Islam dan apakah pendekatan dalam memastikan keaslian fakta tersebut?.


Tuan Mohamad Kamal bin Kamarudin, mencadangkan supaya judul “Penakluk” itu ditukar kepada perkataan yang lebih sesuai. “Jerusalem” pula ditukar kepada “Baitul Muqaddis.” Satu cadangan yang baik.

Beliau yang juga pensyarah sejarah di UPSI menggalakan Mahasiswa dan Mahasiswi membaca novel tersebut agar nilai-nilai murni dan semangat pahlawan terbilang itu dapat dijadikan tauladan untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.


Kebanyakan yang hadir sudah membaca novel Salahudin Ayubi Penakluk Jerusalem menjadikan Explorasi buku itu mendapat maklum balas yang baik daripada peserta.

Sebagai penulis buku ini saya merasakan Explorasi novel Salahudin Ayubi ini merupakan satu penghargaan yang pastinya memberi motivasi kepada diri ini.




Ahli panel. Abdul Latip, Tuan Mohamad Kamal bin Kamarudin (tengah) dan Tuan Mohd Nawwar bin Abu Mukhtar (moderator)


Sempena majlis ini diadakan jualan novel sejarah Islam dan buku-buku lain yang diterbitkan PTS. Ramai juga yang membelinya. Alhamdulillah.


Bergambar sambil tanda tangan pada buku-buku yang dibeli Mahasiswa dan Mahasiswi UPSI. Semoga mereka cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat. Amin.




Mereka adalah bakal pendidik dan pemimpin.





Terima kasih diucapkan kepada Nur Aqilah Hanis Mohd Yusof dan barisan Ahli Jawatankuasa Pelaksana kerana menjayakan majlis ini.


















Gambar-gambar adalah ihsan daripada Cik Nazalia binti Lokman dan Nur Afiti binti Mohd Basri.


15 comments:

nur akmal said...

tahniah pak latip.... novel ni mmg best krn sarat dgn sejarah dan informasi. terima kasih pak latip sbb dh tulis novel nie.... akmal-india

RHEA said...

Salam Pak Latip.. rhea da dapat koleksi buku2 pak latip di badan cemerlang, plaza angsana, Johor Bahru.. :)

ABDUL LATIP said...

Nur Akmal
Semoga terus maju jaya dan pulang membawa kejayaan.


RHEA
Terima kasih membeli novel sejarah Islam. Sudilah komen setelah membacanya.

abuyon said...

Salam. Ini reply komen saya di hijau-tinta.blogspot.com

Benar sekali itu pak latip. Blognya sudah 4 tahun :). Pertamanya, sejuta terima kasih, kerana sudi juga pak latip bertandang ke sini.

Saya dengan pak latip dalam hal menulis ini, jauh langit dengan bumi saja. Tetapi saya sendiri pun sudah berhenti 10 tahun lama, baru kini mendapat ilham dari-Nya pula.

Justeru, apa kata pak latip bermula semula. Cadang saya, buat antologi sajak yang mana yang dah ada.

Terima kasih, daun keladi. Kalau sudi, datang lagi, komenlah lagi :)

abuyon said...

salam Pak Latip. Apa ada novel dalam pembikinan untuk sebuah nama ini

TIMURLANE

Harap Pak Latip fikirkan cadangan saya itu ya :)

ABDUL LATIP said...

abuyon

Timurlane pahlawan Monggol Islam berfahaman Syiah. Walau Islam dia bertindak kejam terhadap orang Islam terutama yang bukan berfahaman syiah. Kisahnya memang menarik kalau dijadikan novel. Tapi kena bincang dulu dengan penerbit :)

cia said...

...MEREKA YG BERSIFAT SEDERHANA(PERTENGAHAN) DALAM SEMUA HAL, TIDAK AKAN MENJADI MISKIN....Ali Bin Abi Talib...

AFITI said...

salam..pak latib..kita jumpa esok..saya antara yang bertugas untuk program esok...alhamdulillah..saya juga inign mengetahui kandungan buku tersebut dgn mndalam di pmikiran penulis...

Ummu Auni Afif said...

salam pak latip
nampak meriah betul majlis tu...seronok pula tengok ramai yang beli buku

ABDUL LATIP said...

CIA

benar sekali apa yang dikatakan oleh saidina ali bin abi talib itu.


AFITI
macam mana dengan explorasi buku salahudin hari itu?. sudilah beri komen.


UMMU AUNI AFIF

ye majlis itu meriah dan berjalan lancar. tahniah kepada pihak yang menganjurnya.

Aliff Mustakim said...

Tahniah! tuan.

dahirisaini said...

salam datuk latif, tahniah sesungguh nilai ilmu tidak ada dijual pasaraya. teringin pula nak ke nogori lepas ni...isyaallah.

mint said...

tahniah atas program tersebut.
sekadar cadangan,harap pak latip cuba hasilkan banyak lagi novel sejarah tentang pahlawan melayu yang menentang penjajah dan juga tokoh-tokoh negara yang berjasa pula.pasti akan menarik minat golongan tertentu untuk membacanya..syabas sekali lagi.

halihan-malaysian said...

ANAK SAYA BERNAMA MUHAMMAD TIMURLIN,harap dapat membaca sejarah pahlawan islam berani ini......apa yang saya tahu beliau memang berani....dan mungkin tergolong orang soleh.....sewaktu jasad beliau yang disemadikan di rusia......ingin dicerobohi musuh....Allah datangkan ribut kencang yang mengendalakan urusan musuh mengambil jasadnya......

halihan-malaysian said...

oh ya...syiah dan sunni.....tolong beri penjelasan ust/ustazah...masa saya buat assignment ditahun 80an terhadap cendikiawan maths hampir sume mereka beraliran syiah.....yang sunni boleh bilang ngan jari....bila saya tulis kat footnote...syiah bertentangan ngan islam,pensyarah saya tak setuju dan marah betul dia.....jadi bagaimana sebenar duduknya perkara ini.....hingga kini saya masih blurr....ada saya dengar dari ustaz2/ustzh2 berbagai versi......plizzz