Sunday, August 9, 2009

BERBEKAM

Petang semalam saya sempat berbekam. Memang bagus perubatan tradisional yang sudah lama diamalkan oleh sebahagian orang ini.

Berbekam ialah mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang. Sekarang dilakukan dengan peralatan yang lebih moden dan selamat.

GAMBAR HIASAN


Perubatan ini adalah disunatkan dalam Islam malahan ia merupakan di antara sebaik-baik cara perubatan. Sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa buah hadis di antaranya:

"Sebaik-baik perubatan bagi kamu ialah berbekam"

Mengikut mazhab As-Syafie, berbekam itu tidak membatalkan wuduk. Berbekam juga boleh dilakukan pada siang bulan Ramadhan kerana tidak membatalkan puasa.



10 comments:

nur akmal said...

pak latip, tk sakit ke berbekam..?
akmal balik 31 ogos nie kemungknn besar. skrang tengh final exam.. doakn akmal berjaya jgak....

tak sbr nk balik mlysia nk beli novel pasal hulagu khan tu.

nur akmal said...

pak latip nk jual kt cnie ke novel2 sejarah islam??? kl pak latip nk jual, blh akmal beli. tp, sistem post india ni mmg rumit. kdg2, umi akmal antar pn ad benda hilang. kcuali lar kl pak latip ad cnnection dgn pengedar di sini. InsyaAllah blh.

nur akmal said...

tentang penaklukan taimur lank tu akmal tak penah dengar. tapi kt sini tkenal dengan sultan tippu. akmal belaja kt bangalore.
kat bangalore dan mysore, terkenal dengan sultan tippu. dulu pn beliau pon Islam. Tippu Sultan Palace antara tmpat bersejarah tumpuan pelancong kt sini.

kl free, bwk lar family pak latip melncng kt sini. tapi, tak lar sebaik melancng kat mesir....

ABDUL LATIP said...

Nur Akmal

Sakit sikit tahan sebab nak berubat. Selamat exam semoga cemerlang. Selamat pulang ke tanah air pada 31 Ogos. Novel Hulagu Khan sudah ada pada saya. Pulang nanti saya poskan.

Sultan Tippu?. Tak pernah dengar nama itu. Tentu kisahnya menarik juga.

zino said...

paklatip
teringin jugak nak mencuba boleh hilangkan sengal2 badan ni ke..?

nur akmal said...

ok... terima kasih pak latip. nnti, akmal nk bayar melalui wang pos ataupun bank in? ishk... mmg tk sbr nk blik mysia. nk jmpa family.

mngkin sultan Tippu terkenal kt sini jer kot....

nur akmal said...

nama tippu sultan jgak nm dia- Sultan Fateh Ali Tipu...

ABDUL LATIP said...

Zino dan Isteri

Selamat ulangtahun perkahwinan yang bahagia. Didoakan berkekalan jodoh dan bahagia hingga ke akhir hayat. Bertambah rezeki dan anak hehehe.

Berbekam itu elok tambahan pula orang yang sudah berumur macam kita ini. Lepas berbekam badan rasa ringan, kepala tak pening, lengoh2 hilang. Cubalah berbekam tapi cari tukang bekam yang ada tauliah guna peralatan moden. Bayaran agal mahal tak apa asal selamat dan sihat.

ABDUL LATIP said...

Nur Akmal

Terima kasih atas maklumat Sultan Tipu. Mengenai novel Hulagu Khan itu nanti akan dikirimkan. Pulang ke Malaysia nanti beri alamat pos.

Isma said...

Salam,

Pak Latip...menulis novel sejarah, adakah ia memerlukan kajian yang mendalam; buku rujukan bertimbun-timbun?