KARYA-KARYAKU


Monday, June 15, 2009

HULAGU KHAN

Ilustrasi oleh En. Ruslan A.Talib.

Sejarah kegemilangan umat Islam di Kota Baghdad akhirnya diruntuhkan oleh orang-orang Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan. Kerajaan bani Abbasiyah yang memerintah selama 500 tahun itu akhirnya tumbang pada tahun 1258. Tentera Monggol membunuh alim Ulama, memperkosa wanita dan membakar kitab-kitab lalu abunya dibuang ke dalam sungai dhajlah sehingga airnya berwarna hitam.

Hulagu Khan dikatakan telah membenarkan tenteranya berbuat apa sahaja terhadap penduduk Kota Baghdad. Mereka mengganas selama 40 hari 40 malam sehingga kota 1001 malam itu menjadi padang jarak padang tekukur.

Menurut Abdullah Wassaf, tokoh sejarah Islam, semasa tentera Monggol menakluk Baghdad mereka telah membunuh beratus ribu orang Islam. Ian Frazier seorang penulis barat dari majalah The New York Worker pula dalam satu rencananya mengatakan antara 200 ribu hingga 1 juta orang Islam telah menjadi mangsa keganasan tentera Monggol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

Hulagu Khan ialah cucu kepada Genghis Khan. Ayahnya Tolui dan ibunya Sorghaghtani Beki. Dia dilahirkan pada 1217 dan meninggal dunia pada 8.2.1265. Adik beradik dengan Arik Boke, Mongke Khan dan Kublai Khan. Pada tahun 1255 Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan (1251-1258) untuk menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang-orang Monggol di Timur Tengah.

Setelah berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad. Setelah berjaya menumbangkan Khalifah al Musta’sim Billah dan menakluk Kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik (Syria). Kemudian cuba menakluk Mesir tetapi tentera Monggol dikalahkan oleh tentera Mamalik Mesir di bawah pimpinan Saifuddin Qutuz di Ain Jalut.

Selepas itu kekalahan demi kekalahan dialami oleh tentera Monggol yang sebelum itu amat digeruni dan belum pernah dikalahkan. Akhirnya Hulagu Khan menetap di Azerbaijan sebagai destinasi terakhirnya lalu mendirikan sebuah kota yang indah. Di situlah dia berehat sambil mempelajari Islam dari ulama-ulama yang terkemuka pada masa itu.Hulagu Khan meninggal dunia pada 2.8. 1265. Sebelum meninggal dia sempat berwasiat supaya mayatnya dikebumikan di pulau Kaboudi, di pinggir tasik Urmia, Azerbaijan.

Sesuai dengan wasiatnya, mayat Hulagu Khan dimasukkan ke dalam peti besi lalu ditutup rapat. Kemudian peti mayat itu dibawa ke tengah tasik Urmia lalu diturunkan perlahan-lahan ke dalam tasik tersebut. Berakhirlah riwayat hidup seorang penakluk yang berjaya meruntuhkan Kota Baghdad.

Novel ini akan terbit tidak lama lagi. InsyaAllah.

8 comments:

cia said...

CEPATLAH TERBIT DIPASARAN...TAK SABAR NAK BACA....SEMOGA ALLAH MERAHMATI DAN MEMBERKATI USAHA TUAN DAN KELUARGA TUAN..AMIN...

ABDUL LATIP said...

cia
Assalamualaikum. Walid kirim emel pada saya dia kirim salam.
HUlagu Khan dijangka terbit Julai. InsyaAllah. Terima kasih atas doa tuan.

sitinurulhawa said...

agaknya, bagi orang2 Iraq, apa yg dilakukan Amerika tidak ada apa2lah sangat berbanding apa yg dilakukan oleh Hulagu Khan. Seperti nenek moyang mereka, mereka akan tetap bertahan dan bangun juga nanti. Mudah2an.

Mak Su said...

Salam hormat Pak Latip,

oohh... hulagu khan kat tasik jer ?

ABDUL LATIP said...

Sitinurulhawa

Mengikut sejarah Iraq cuma dua kali berjaya ditakluk. Pertama oleh orang-orang Monggol dan kali kedua Amerika dan sekutunya.

Sejarah berulang semula. Tentera Monggol berjaya menakluk Iraq dengan bantuan penghianat dari dalam. Amerika juga berjaya dengan mudah menakluk Iraq juga dengan bantuan orang dalam.

Kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Monggol lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan tentera Amerika di Iraq sekarang. Kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa.

Selepas menakluk Baghdad, tentera Monggol dikalahkan oleh tentera Mesir. Apakah selepas menakluk Iraq Amerika akan dikalahkan pula oleh orang Islam?. Sama-sama kita tengok nanti.

Mungkin sejarah itu akan berulang semula. Hanya Allah yang Maha Mngetahui.

ABDUL LATIP said...

MakSu

Khabarnya sedang menulis novel sejarah?. Teruskan hingga berjaya.

Orang-orang Barat mengatakan Hulagu Khan memeluk agama Kristian. Tambahan pula isterinya menganut agama itu. Tetapi orang Islam pula ada yang mengatakan Hulagu Khan akhirnya memeluk Islam. Tetapi tidak dapat dibuktikan. Saya pun tak berani menulis novel ini dengan mengatakan Hulagu Khan memeluk Islam sebelum meninggal dunia. Takut silap.

Tetapi apa yang pasti Hulagu Khan sebelum meninggal dunia sering menjemput para alim ulamak pada masa itu menceritakan mengenai Islam. hatinya yang keras itu menjadi lembut.

Mengikut adat orang-orang Monggol, apabila ketua mati maka mayatnya dibawa balik ke negara asal mereka untuk dikembumikan mengikut adat istiadat Monggol. Tetapi Hulagu Khan berwasiat mayatnya tidak dikebumikan mengikut adat Monggol.

Dia mewasiatkan mayatnya dimasukkan ke dalam peti disemadikan di tengah tasik. Kerana itu ada yang berpendapat dia sudah memeluk Islam.

Kenapa tidak ditanam?. Kenapa ditenggelamkan dalam tasik?. Dia bimbang kuburnya akan digali oleh mereka yang memusuhinya. Kerana itu lebih rela disemadikan dalam tasik.

Sejarah juga menceritakan keturunan Hulagu Khan ini akhirnya membantu menyibarkan Islam hingga sampai ke India.

Kerana itu ramai orang India namanya Khan termasuk Shah Rukh Khan dan Amer Khan :)

cia said...

waalaikusalam...apahal walid kirim salam ke sy tp melalui awak, dia dah insaf ke dgn umno atau masih bersama tentera salib.... email terus ke sy ckp walid azita01@streamyx.com tq.. sy tuggu buku tuan,

Mohd Aziz said...

Assalamualaikum..

Merujuk kepada komen sitinurulhawa dan email balas Pak Latip..

Kejayaan Tentera Monggol dan Amerika menyerang Iraq adalah berkait rapat dengan bantuan Syiah..

Syiah terbukti telah bertindak sebagai pembelot dengan membantu dan membuka laluan kepada para tentera penceroboh..bagi menjayakan agenda mereka..

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq hari ini..Syiah telah mengambil alih pemerintahan..

Betapa hebatnya Syiah ..mereka ini sebenarnya mampu memperkudakan @ membonekakan Amerika untuk datang menyerang Iraq..kemudian mereka (Syiah) mengambil peluang untuk meguasai dan memerintah Iraq..seteah jatuhnya pemerintahan Sunnah yang sediada..hasil kerja keras Amerika..

Lihat juga Syria hari ini..saat ini pun masalah belum reda dek kerja buat orang2 Syiah..

Untuk kepastian boleh rujuk buku hakikat Syiah oleh Syeikh Muhibuddin Al-Khatib dan lain-lain buku lagi..

Juga lihat penjelasan Syeikh Al-Arifi disini;
http://www.youtube.com/watch?v=ONd1oXIiZqA

Untuk itu, saya berbesar hati andai Pak Talib sudi memberi pencerahan berhubung kisah sebenar di sebalik pencerobohan Iraq ini..menulis medan penulisan..

Salam hormat dari saya
bicaramohdaziz.blogspot.com