Monday, June 1, 2009

55 TAHUN

Hari ini 2hb June 2009
genap 55 tahun usiaku
Syukur kerana masih diberi kesempatan
Menikmati kurniaan Ilahi di dunia ini






13 comments:

RHEA said...

panjang umurnya
panjang umurnya
panjang umurnya serta mulia
serta mulia

alhamdulillah,
selamat ulangtahun kelahiran
buat Yang Mulia Tuan Abdul Latip..

semoga Pak Latip sentiasa berada dibawah lembayung rahmat Allah, di sisi insan-insan tersayang.. amein.

nurazzah8 said...

Salam Pak Latip...

SELAMAT ULANGTAHUN KE 55 ..

SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, MURAH REZEKI DAN KEHIDUPAN YANG DIBERKATI DUNIA DAN AKHIRAT... AMIN...

p/s: Saya juga yg ke 44 hari ini!

Abang Long said...

Selamat Hari Jadi wahai Kekanda Abdul Latip.

Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, tenteram jiwa, bertambah cucu, romantik selalu.

AMIN, AMIN, AMIN, YA RABBAL ALAMIN.

ABDUL LATIP said...

RHEA
Terima kasih atas ucapan dan doa yang baik untuk saya. Walaupun kita cuma kenal di alam maya dan tidak pernah berjumpa tetapi telah terjalin silaturrahim. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada saya.


Nurazzah8
Terima kasih atas ucapan dan doa-doa yang baik untuk saya. Semoga dimakbulkan tuhan. amin.

Nurazzah juga menyambut hari lahir pada hari ini?. Nanti saya berkunjung ke blog Prof untuk memberi ucapan dan doa :)


Abang Long
Kekanda juga mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa-doa daripada adinda Feroz. Semoga doa-doa yang baik itu kembali juga kepada yang berdoa :)

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pembaca novel sejarah Islam yang menghantar ucapan melalui sms dan emel.

cikMilah said...

Assalamualaikum,
Selamat Hari Jadi Pak Latif,
bak padi di sawah, makin tua makin tunduk berisi
Semuga terus berada dalam kesihatan yang baik dan di dalam rahmat Allah.
Wah.. adik (Azzah) denagn abang rupanya lahir pada satu tarikh!

ABDUL LATIP said...

CikMilah

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat bercuti bersama keluarga. Semoga gembira. Saya masih belum dapat pergi ke Pulau Pinang. Kalau pergi nanti bolehlah singgah di rumah CikMIlah :)

HappyIrfa said...

SALAM PAK LATIP..
terima kasih sudi singgah ke blog saya.

selamat ulang tahun ke 55.
sama tahun kelahiran ngan ayah saya 1954.tapi ayah saya lahir bulan Disember.

nota kaki:komen pak latip tu saya nak perbetul.saya bukan pelajar buat masa sekarang.cuma belajar dr kehidupan..

ingin memiliki buku tulisan pak latip satu hari nanti.Insya Allah

cia said...

Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan kamu.....Allah selamatkan Abdul latip Talip.....Allah selamatkan kamu.....(versi P.Ramlee)
ismitulam raja....

ABDUL LATIP said...

Happyirfa

Terima kasih sudi membalas kunjungan ke blog saya.

Oh saya tersilap baca kerana menyangka masih pelajar. Rupanya masih belajar dari kehidupan.

Terima kasih kerana ingin membeli dan membaca novel-novel saya. Semoga mendapat manfaatnya.

ABDUL LATIP said...

cia

Semoga Allah selamatkan kita. Cia juga minat P. Ramlee?. Dia sudah lama meninggal dunia. Tapi lagu dan filemnya masih berputar di tv. Dia digelar seniman negara.

AyKay said...

salam ziarah,

selamat hari ulang tahun dan semoga umur diberkati Allah

ABDUL LATIP said...

Aykay
Terima kasih sudi ziarah. Terima kasih atas ucap selamat dan doa. Saya juga sudah berkunjung ke blog tuan.

cia said...

sehebat hebat P Ramlee, hebat lagi Dr Hamka atau Hassan Al Banna sejarawan Islam...serta Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdullah Azzam mereka syahid utk Islam perang di jalan Allah... Doakan saya...