Tuesday, June 2, 2009

HADIAH HARI JADI

Saya pernah menulis drama pentas atau teater berjudul “Datuk Moyang Salleh” telah disiarkan dalam Dewan Sastera Disember 2007 ( siri pertama) Januari 2008 (siri kedua) dan Februari 2008 (bahagian akhir). Itu adalah Drama Pentas yang pertama kali saya hasilkan.

Pernah juga terlintas di hati, alangkah bagusnya jika ada pihak yang mahu mementaskan “Datuk Moyang Salleh” ini. Lebih bagus kalau dipentaskan di Istana Budaya. Atau di Dewan Bahasa dan Pustaka atau di mana-mana saja. Pokoknya ada pihak yang mahu mementaskannya. Tetapi Cuma tinggal angan-angan saja. Setelah lebih setahun berlalu saya hampir melupakan angan-angan itu.

Tiba-tiba petang tadi, saya dihubungi melalui telefon oleh seorang yang mengaku sebagai penggiat teater. Katanya dia telah datang ke Kampung Ulu Seperi Rembau tempat kelahiran saya untuk mencari saya. Alamat itu diambil dari biodata saya yang tertulis pada kulit novel Si Bongkok Tanjung Puteri.

Menurutnya, sampai di kampong Ulu Seperi mereka bertanya orang-orang kampung di mana rumah Abdul Latip bin Talib tetapi tidak siapa yang kenal. Kemudian bertanya pula kepada ketua kampung pun tidak kenal nama tersebut.

Sebenarnya nama popular saya di kampong ialah “Kudang”. Kalau tanya nama Kudang semua orang kenal. Tetapi kalau sebut Abdul Latip Talib Cuma saudara dekat saja yang tahu itu adalah nama sebenar Kudang.

Setelah puas bertanya akhirnya mereka sampai ke rumah kakak saya lalu mendapatkan nombor telefon saya. Petang tadi baru dia menelefon.

Katanya ingin mementaskan teater Datuk Moyang Saleh. Tetapi kami perlu bertemu dulu untuk membincangkan perkara tersebut. Jika usaha ini berjaya saya anggap sebagai hadiah hari jadi.

Mungkin selepas ini, akan ada lagi berita gembira sempena hari jadi saya yang ke 55 ini. Harap-harap begitulah.

InsyaAllah.


17 comments:

RHEA said...

semoga impian menjadi kenyataan.. amein..

harap2 perbincangan ini membuahkan hasil yang memang diharapkan oleh Pak Latip.

walid said...

Pak Latip, saya nak jadi orang pertama mengucapkan selamat hari jadi tapi tak dapat pulak sebab hari ini betul2 sibuk.

Selamat hari jadi Pak Latip semoga panjang umur dimurahkan rezeki sihat tubuh badan dan semakin banyak menghasilkan karya.

Kalau teater Pak Latip di pentaskan di Istana Budaya saya akan bawa keluarga menontonnya.

Khabar gembira selepas ini?. Saya tahu. Royalti dari penerbit buku Pak latip. Jadi orang kaya keh keh keh.

ABDUL LATIP said...

RHEA

Harap2 begitulah. Teringin juga nak tengok Datuk Moyang Saleh sejarah Jelebu itu dipentaskan.


Walid
Cuti sekolah pun masih sibuk?. Bawa anak-anak berkelah?. Atau bawa keempat isteri bersiar-siar?. Jangan marah. Gurau saja.

Kalau dapat dipentaskan di Istana Budaya memang suka sangat. Harap2 urusan dipermudahkan.

Melihat Kesunyataan said...

Latip,
Diucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-55, semogak lepas ni lebih banyak karya bermunculan.

D'Rimba said...

Tidak sangka ya hari lahir hampir amat saya 1 Jun lepas. Mudahan saya dapat lihat karya bermanfaat sahabat di pentas teater mahupun kaca televisyen juga wayang.

ABDUL LATIP said...

Tuan Haji,

Saya sudah berumur 55 tahun. Antara kita siapa yang lebih tua?. Syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan.

Selepas bersara saya tumpukan di bidang penulisan. Pernah juga aktif dalam politik tetapi saya sedar itu bukan bidang saya. Lalu menjadi penulis sepenuh masa.

Tahun ini saya berazam terbitkan 12 buah novel sejarah.

InsyaAllah.

ABDUL LATIP said...

D'Rimba
Tarikh lahir kita hampir sama. D'Rimba 1hbb dan saya 2hb. Tapi bintang kita tetap sama GEMINI.

Saya pun suka kalau ada karya yang dipentaskan (teater) atau dijadikan drama tv. Tapi tidak berharap sangat kerana matlamat utama saya sekarang menulis novel sejarah.

Kalau ada yang dipentas atau didramakan itu bonus :)

D'Rimba said...

jemputlah hadir ke Rumah Pena ya 5 Jun majlis Baca Puisi dan 6 Jun ada persembahan kumpulan muzik lagu Melayu asli keduanya jam 8 malam. Saya akan hadir.

Led said...

ni kira waghih la ni. ayah saya tampin.

zura halid said...

Pak Latif,
saya cadangkan,sdr. berbincang dengan pihak DBP Kuala Lumpur utk merealisasikan impian pementasan teater ini, kerana skripnya diterbitkan oleh Dewan Sastera (majalah DBP), mungkin ada peluang yang lebih cerah. Boleh sahaja mendapatkan bantuan/nasihat drpd editor DS (Puan Rozninah) yang saya pasti boleh membantu.

ABDUL LATIP said...

D'Rimba
5, 6, 7 dan 13hb ada keluarga yang kenduri kahwin. Saya kena utamakan.Kerana itu memang tak dapat menghadiri majlis baca puisi itu walaupun teringin sangat nak tengok tuan mendeklamasikan puisi.


Led,
Tampin dengan Rembau dokek yo. Kira waghih esey la tu. Tapi sekarang menetap di Jelebu. Sesekali pulang juga ke Rembau. Tompek jatuh lagi di konang hehe.

ABDUL LATIP said...

Zura Halid,
Terima kasih dengan cadangan Zura itu. Memang benar skrip teater itu telah disiarkan dalam Dewan sastera. Nanti saya jumpa editornya untuk bincangkan perkara itu.

Tapi saya nak jumpa dengan penggiat teater itu dulu. Nak kenal siapa orangnya. Saya pun tertanya juga kenapa mereka tidak hubungi pihak DBP dulu terus nak jumpa dengan saya. Kami cuma bincang dalam telefon. 7hb ni baru kami berjumpa.

Kisah Datuk Moyang Saleh itu ada kaitan dengan sejarah Jelebu dan Johor. Mungkin "orang besar Jelebu" boleh membantu :)

munadhia said...

salam. happy belated bufday pak latip. smoga terus pjng umor dn dimurhkan rezki agr pak talip boleh terus menulis. inysyaAllah. amin. 55 muda lagi pak latip. lebih kurang usia ayah sy.

insyaAllah, smoga pjalanan hidup pak latip selepas ini lebih bertmbh maknanya. =)

wassalam.

D'Rimba said...

Jika berkesempatan di lain masa datang ya sejarahwan...Huhuhu...........

cia said...

Allah memberkati kamu dan keluarga kamu...amin..

ABDUL LATIP said...

Munadhia

Terima kasih sudi berkunjung dan terima kasih atas ucapan dan doa yang baik untuk saya.
Munadhia tak ada blog?. Jika ada saya ingin berkunjung ke blog Munadhia.

ABDUL LATIP said...

D'Rimba
Jika ada kesempatan nanti saya datang. InsyaAllah. Jangan lupa siarkan gambar di blog tuan :)


Cia
Semoga Allah memberkati kamu dan keluarga kamu juga. Amin.