Tuesday, March 31, 2009

ULANGTAHUN KE 30

Alhamdulillah
syukur kepada Allah
yang telah mempertemukan jodoh kami


Hari ini
1 April 2009
genap 30 tahun
usia pernikahan kami
dikurniakan tiga cahaya mata
yang soleh dan solehah.


Keluarga kami terus bertambah
dengan kehadiran menantu dan cucu
mereka bersamaku ketika susah dan senang
memberi semangat dan sokongan.





13 comments:

Abang Long said...

TAHNIAH.
ALHAMDULILLAH. SYUKUR.

Semoga bertambah makmur dan bertambah ceria kehidupan Kekanda.

Jasa kekanda akan tetap adinda kenang hingga akhir hayat.


Semoga kekanda panjang umur, murah rezeki, ceria selalu dan bertambah sukses dalam kehidupan. AMIN

Anonymous said...

Tahniah..

seronoknya dapat membina sebuah keluarga yang bahagia macam ni..

rhea doakan pak talib dan isteri serta seluruh anggota keluarga akan sentiasa berada di bawah lembayung Illahi sehingga ke akhirnya.. amein.

Melihat Kesunyataan said...

Assalammualaikum!
Tahniah kepada Sdr. Abdul Latib sekeluarga sempena ulang tahun ke-30 perkongsian rumah tangga yang bahagia dan dikuniai anak-anak yang baik dan berjaya.

Leyla Shuri said...

salam pengantin lama,

silalah datang pulau ini berhani moon.

cikMilah said...

Tahniah dan Alhamdulillah,
semuga kekal bahagia sihat beriman hingga ke hujung usia.

walid said...

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 30 tahun. Semoga Pak Latip terus berkarya. Nak tanya. Anak gadis Pak Latip sudah ada yang punya?.

Unknown said...

Selamay Ulang Tahun Perkahwinan Pak Latip. Tahniah kerana berjaya mengharungi kehidupan bersama. Semoga bahagia berkekalan hingga ke akhirat. Semalam kakak sulung saya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 43.

NURAZZAH8 said...

Tahniah Pak Latib dan isteri ....
Semoga berbahagia, bertambah makmur dan murah rezeki, bertambah iman di dada, ceria dan semoga Allah memberkati kehidupan Pak Latib sekeluarga sehingga ke akhirnya...Amin

tumpang lalu Pak Latib...tergelak pulak baca komen Walid tu... dia dah merisik anak dara Pak Latib tu...huhu... hurm..anak bujang saya pulak masih muda lagi dari anak dara Pak Latib...kalau tidak sure saya pun nak merisik jugak..hehehe

ABDUL LATIP said...

Abang Long,

Terima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami sekeluarga, Semoga Abang Long sekeluarga juga sentiasa mendapat rahmatNya. Amin.


RHEA

Terima kasih. Saya juga doakan RHEA dan keluarga sihat sejahtera. Amin. Terus berkarya.


Melihat Kesunyataan
Tahniah juga kepada tuan yang mempunyai keluarga bahagia.


JahRera,
Terima kasih atas pelawaan. Pulau Okinawa terlalu jauh. Entah bila samapi ke sana :)


Cik Milah,
Semoga CikMIlah juga kekal bahagia dunia dan akhirat.


Walid,
Anak gadis saya itu masih kepunyaan ayah dan ibunya hehehe.


KakCik,
Semoga doa-doa yang baik untuk kami itu dimakbulkan tuhan. amin.


Nurazzah,
Semoga Nurazzah juga berbahagia, bertambah makmur dan murah rezeki, bertambah iman di dada, ceria dan semoga Allah memberkati kehidupan Nurazzah sekeluarga sehingga ke akhirnya...Amin


Pasal Walid itu dia sudah ada empat orang isteri. Mana boleh merisik anak dara orang lagi :)

Sri Diah said...

Assalamualaikum wbt;
Tahniah dan Alhamdulillah syukur dengan kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai. Semoga akan terus sukses, panjang umur dan sihat walafiat selalu. Amin.

ABDUL LATIP said...

Sri Diah,

Waalaikumsalam Warakmatullahi wabarakatuh. Terima kasih atas ucapan dan doa untuk saya.

Tahniah juga kepada Sri Diah atas kejayaan jadi bos akhbar Sinar Harian dan kejayaan dalam penulisan.

Hawa Mahabbah said...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. tahniah2 pak latip.. =)

ABDUL LATIP said...

Pohon Semalu,

Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakaruh. Terima kasih sudi berkunjung ke blog saya.