Friday, March 27, 2009

CERAMAH PENULISAN DI UPSI

Tempat : Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim (UPSI)

Tarikh: 30hb March 2009

Tajuk: Pengalaman menulis novel Istana Menanti dan Novel Sejarah Islam.

Anjuran: Kursus Penulisan Kreatif, Jabatan Kesusasteraan Melayu Fakulti Bahasa UPSI.



Ini kali pertama saya diundang memberikan ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim. (UPSI)

Pihak penganjur meminta saya menceritakan pengalaman menulis novel Istana Menanti. Novel ini terbit pada tahun 1998. Penerbit Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Saya juga diminta menceritakan pengalaman menulis novel sejarah Islam. Saya pilih Ali bin Abi Talib, novel terbaharu yang diterbitkan oleh PTS Litera Utama Sdn Bhd.

Ya Allah, permudahkan urusanku ini....






7 comments:

zino said...

semuga segala urusan paklatip di permudahkan.. amin..

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya salah seorang pelajar yang menghadiri ceramah Encik sebentar tadi. Sebenarnya saya tertarik juga untuk menghasilkan lebih banyak novel dan insya-Allah novel sejarah Islam suatu hari nanti. Saya berharap agar dapatlah saya menceduk sedikit ilmu dan pengalaman Encik sebagai pedoman buat saya. Terima kasih untuk ceramah tadi. Banyak input baru yang saya peroleh. Saya akan ikuti blog Encik ini. Semoga Encik akan terus memartabatkan dunia dan keagungan Islam melalui mata pena untuk tatapan pembaca.

ABDUL LATIP said...

Zino,
Urusan sudah selesai. Baru rasa lega :)


cik_im,
Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya. Kalau dijemput lagi datang ke UPSI pasti saya datang. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak UPSI yang menempatkan saya menginap di rumah tetamu. Nyenyak saya tidur :)

Saya terlupa bawa kamera. Kalau ada gambar boleh cik_im tolong kirim ke emel saya atau siarkan dalam blog cik_im nanti saya boleh copy.

Firdaus said...

Assalamualaikum Pak Latip. Saya Firdaus daripada Johor Bahru. Saya mahu mengemukan satu soalan:

1. Bagaimanakah saya hendak mendapatkan novel hasil Pak Latip yang terdahulu ?

Semoga Pak Latip menjawab soalan saya ini.

Yang benar,
MUHAMAD FIRDAUS
_________________

matlee said...

Bagaimanakah saya hendak mendapatkan novel ini???tlg majukan jawapan ke email saya.

selikatwo@yahoo.com.my

Miss N said...
This comment has been removed by the author.
Miss N said...

Assalamualaikum.. saya baru sahaja habis membaca buku tentang Ali bin Abi Talib. Saya sangat menyukai buku tersebut. Dan menunggu lagi buku yang seterusnya tentang novel-novel sejarah Islam yang dikarang oleh encik sendiri. :)