Ketika menulis kisah Mat Kilau, tiba-tiba tergerak hati saya ingin menziarahi pusara pahlawan terbilang itu tetapi tidak ada panduan untuk ke sana.
Mujur terjumpa buku “Jejak Pahlawan Mat Kilau’ penyunting Dr Talib Samat. Buku ini memuatkan rencana mengenai Pahlawan Mat Kilau yang pernah tersiar dalam akbar dan majalah. Dalam buku tersebut Dr Talib menyatakan beliau pernah pergi ke Pulau Tawar. Lalu saya bertanyakan bagaimana untuk ke sana. Beliau menyuruh saya menghubungi Cikgu Nor, Cicit Mat Kilau.
Dengan izin Tuhan semalam 15hb saya ditemani Encik Ruslan (seorang pelukis) menjejakkan kaki ke Pulau Tawar. Langkah kami sungguh baik kerana kebetulan pula pihak RTM dan beberapa orang pelajar UKM turut berada di Pulau Tawar. RTM membuat dokumentari mengenai Pahlawan Mat Kilau, pelajar UKM pula membuat kajian mengenai senibina masjid Lama Pulau Tawar.
Kami dijamu makan tengah hari oleh ketua Kampung Pulau Tawar Encik Mat Ali. Sebelum balik kami dijamu bubur pisang. Menurut Encik Ali tradisi penduduk Kampung Pulau Tawar menjamu tetamu yang datang. Tradisi itu dilakukan sejak zaman Mat Kilau, kata Encik Mat Ali.
Encik Mat Ali kelihatan gembira apabila diberitahu oleh Cikgu Nor kisah Pahlawan Mat Kilau dijadikan novel. Ada cadangan supaya novel itu dibuat pelancarannya di Pulau Tawar. InyaAllah.
Masjid lama Pulau Tawar. Di sini Mat Kilau mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pada tahun 1969 disaksikan oleh kira-kira 100 orang penduduk Pulau Tawar.
Encik Mat Ali Ketua Kampung Pulau Tawar yang baik budi. Kami dijamu makan tengah hari gulai ikan Patin, siput sungai, jangat kulit kerbau, sayur dan ulam kampung dan lain-lain. Begitu menyelerakan.
Tuan Haji Abu Bakar Imam Masjid Pulau Tawar. Beliau turut menjadi saksi semasa Mat Kilau membuat pengakuan dirinya di Masjid Lama Pulau Tawar pada tahun 1969. Menurutnya, beliau mendengar Mat Kilau mengatakan umurnya ketika itu 122 tahun.
Cikgu Ani, cicit Pahlawan Mat Kilau. Ayah beliau Cikgu Abu Bakar, bekas YB Pulau Tawar yang berjaya memujuk Mat Kilau mengistiharkan dirinya Mat Kilau pada tahun 1969
Bergambar di makam Pahlawan Mat KIlau.
Di sini tapak rumah tempat Mat Kilau dilahirkan. Terletak di tebing Sungai Pahang. Pohon-pohon kelapa yang mencuar itu berusia puluhan atau mungkin ratusan tahun.
Bergambar di pintu masuk Gua Gelangi.
tangga ke Gua Gelangi.
RTM sedang membuat pengambaran di makam Pahlawan Mat Kilau.
Sungai Pahang. Di sini pernah berlaku pertempuran antara pahlawan Melayu Pahang dengan Inggeris
14 comments:
salam ziarah, sdr.
kagum dengan ketekalan sdr. menghasilkan novel2 pahlawan Islam dan sejarah.
Jangat kulit kerbau selalunya dimasak dengan gulai rebung dan hanya ada di Pahang sahaja, Pak Latip - ini masakan kegemaran saya. Terliur saya mendengar gulai ikan patin! Sepatutnya ada juga gulai asam rom, salah satu masakan istimewa orang sana.
Saudara Wahyu Budiwa Rendra
Terima kasih sudi ziarah. Jika minat mesti boleh buat. Saudara juga boleh menghasilkannya.
Puan Hasnah,
Memang betul jangat kulit kerbau dimasak dengan gulai rebung masak kuning. Gulai asam rom pun ada. Kata orang Negeri Sembilan Sodap amek-amek. Sekali makan nak lagi :)
Pak Latip,
Kalau orang mandailing, dia akan kata jangek kulit kerobau :)
Pak Latip, Apa khabar? sudah lama saya tidak menjenguk ke sini...agak sibuk kebelakangan ini.
Semasa membaca blog Prof Mohd Kamil yang terbaru (di sini), di lihat buku paling top di jual di MPH Alamanda ialah Novel Salehuddin Al-Ayubi: Penakluk Jerusalem..
TAHNIAH..TAHNIAH DAN TAHNIAH.....
Alamak, tertinggal pula link ke blog Prof Kamil, diberikan :
http://muhdkamil.net/kehidupan/2009/02/19/top-20-buku-umum-pts-di-mph-alamanda-januari-2009/
Salam Prof Nurazzah,
Terima kasih atas makluman. Saya telah menyiarkannya dalam blog ini.
he he he salasilah kg pulau tawar disini http://pulautawar.tribalpages.com
sebenarnya gulai asam rom org pulau tawar kureng makan sikit ... tapi gulai patin masak tempoyak memang menu utama ... nak lagi ada satu masakan sedap sangat ... pucuk ubi campur terung manggo masak dengan pede (budu) ...melecuh air liur...
kalu nak gulai asam rom paling best kene gi ke raub atau tembeling... kalu kat raub megi ke gerai majlis daerah .. tapi kalu tali perut nipis ... jangan makan laaa ... pedas nak mampus .. tapi sedap
he he he ... Mat Ali Gemok tu baik budi pekerti ????? ... depan awok je kot . he he he
Yanto,
Terima kasih dengan maklumat salasilah Pulau Tawar. Saya sudah berkunjung ke blog yang dinyatakan.
Nanti saya datang ke Raub makan gulai ikan patin masak tempoyak dan pucuk ubi campur manggo masak dan budu. Saya orang negeri sembilan kuat makan pedas :)
GreenFarm,
Ketua Kampung Pulau Tawar itu memang baik budi. Tetamu datang dari jauh dijamu dengan makan. Dia memang suka bergurau.
Salam tuan,
Saya Nabilah mewakili Prof madya Dr Faridah dari Pusat Dialog dan Peradaban UM ingin mendapatkan sedikit detail mengenai masjid bersejarah ini. kami sedang menjalankan Kajian " Digital Mapping on Cultural Heritage " di Tanah Melayu.
kalau tidak keberatan, boleh tuan berikan no telefon atau sebarang medium perhubungan untuk kami hubungi tuan.
nabilah: culheritage2014@gmail.com
Assalamualaikum tuan,
Saya Nurul Izwana Binti Abdul Jamil daripada IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Saya sangat berminat untuk mengetahui mengenai Mat Kilau dengan lebih mendalam. Di samping itu, saya juga sedang menjalankan kajian yang bertajuk "Mat Kilau". Sekiranya tuan tidak keberatan, bolehkah sekiranya saya mendapatkan no telefon ataupun email tuan supaya saya boleh mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut?
nurulizwanaabduljamil@gmail.com
Post a Comment