Monday, February 23, 2009

AKAN TERBIT



Ali bin Abu Talib dilahirkan pada tahun ke 9 sebelum Muhamad menjadi Rasul. Usianya 31 tahun lebih muda daripada Nabi Muhamad SAW. Ibunya Fatimah bin Asad bin Hasyim binti Abdul Manaf. (Bani Hasyim). Ayahnya Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim. Beliau mempunyai 9 orang isteri dan 32 orang anak. 15 lelaki dan 17 perempuan.

Nama asalnya Haidarah Rasulullah SAW memanggilnya Ali. Selain itu pernah juga Rasulullah memanggilnya Abu Turab.

Ali bin Abu Talib dididik dan dibesarkan dalam rumah tangga Rasulullah SAW. Beliau kanak-kanak pertama memeluk Islam ketika berumur 9 tahun. Beliau terkenal sebagai orang yang alim dan bijaksana, hafal al Quran, seorang sasterawan dan ahli pidato. Seorang pahlawan perang dan negarawan. Dia seorang yang berilmu dan cintakan ilmu.

Rasulullah bersabda, “Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya.”
Baginda bersabda lagi, “orang yang paling dalam ilmu hukumnya di antara kalian adalah Ali.”

Salah satu jasa besar Khalifah Ali bin Abu Talib yang tidak dilupakan ialah orang yang pertama mengusulkan kalendar Islam dengan menjadikan tarikh hijrah Nabi Muhamad dari Meklah ke Madinah sebagai permulaan kelender umat Islam.Ali juga pelopor ilmu tauhid, ilmu Mantiq, Fiqih, ilmu nahu dengan penulisan bahasa Arab.

Terdapat empat golongan yang mempunyai kaitan dengan Ali iaitu Ahlus Sunnah, Syiah, Al Khawarij dan Bani Umaiyah.Syiah begitu menyanjung Ali bin Abu Talib. Al Khawarij pula mereka yang keluar dari kelompok Ali lalu memusuhinya. Bani Umaiyah pula memerangi Ali yang di ketuai Muawiyah.

Sehubungan itu Khalifah Ali bin Abu Talib pernah berkata. “ada segolongan orang yang demi cintanya kepada aku mereka bersedia masuk neraka. Tetapi ada segolongan lain yang demi kebenciannya kepada aku sampai mereka bersedia masuk neraka.”

Setelah Khalifah Ali bin Abu Talib meninggal dunia, Muawiyah bin Abu Sufian pernah bertanya kepada Dhirar bin Dhamrah mengenai sikap dan peribadi Ali. Kata Dhirar, “Demi Allah Ali itu seorang yang berpandangan jauh, kuat dan perkasa. Apa yang dikatakannya selalu diperkotakan. Apabila memerintah beliau selalu berlaku adil. Kata-kata dan tindakannya jelas menunjukan beliau berpengetahuan luas dan hampir semua ucapannya mengandungi hikmah.”

“Demi Allah, memang benar seperti apa yang kamu katakan itu,” kata Muawiyah.

Tubuh Saidina Ali agak pendek tetapi tegap dan sasa. Matanya hitam alisnya tebal, kulitnya coklat, dan janggutnya tebal. Dia sering tersenyum menampakkan barisan giginya bagaikan mutiara.

Kata al Mughirah, Ali kuat seperti singa. Kata Ibnu Abbas pula, aku belum pernah melihat orang yang mempunyai daya tarikan seperti Saidina Ali.

Ali bin Abu Talib Khalifah ar Rasyidin ke empat selepas Usman bin Affan. Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan. Ketika itu umat Islam mula berpecah belah malah berperang sesama sendiri. Dalam perang Jamal atau Perang Unta pasukan tentera dipimpin Khalifah Ali bertempur dengan pasukan tentera yang dipimpin Aisyah. Kemudian berlaku pula Perang Shiffin antara tentera Khalifah Ali dengan tentera Muawiyah.

Peperangan itu ditamatkan dengan Majlis Tahkim yang membawa kepada pemecatan Ali sebagai khalifah. Mereka yang tidak bersetuju dengan majlis tahkim itu bertindak keluar dari pasukan Khalifah Ali lalu dinamakan kaum Khawarij. Mereka sangat memusuhi sehingga sanggup membunuhnya. Khalifah Ali ditetak keningnya dengan pedang yang disapu racun oleh Abdul Rahman bin Muljam pada waktu subuh 17 Ramadan dan meninggal dunia pada 21 Ramadan. Ketika itu beliau berumur 63 tahun. Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

Ada yang mengatakan mayat Ali bin Abu Talib dikebumikan di kufah di satu tempat bernama Rahbah. Tetapi ada pula mengatakan mayatnya dibawa oleh Husein ke Madinah lalu dimakamkan di sebelah kubur Fatimah. Tetapi ada pula memgatakan jenazahnya dibawa ke Hijaz diletakkan dalam sebuah peti. Ketika dalam perjalanan sekumpulan Arab Badwi telah merompak mereka kerana menyangka dalam peti itu berisi harta. Bila dibuka mereka dapati satu mayat lalu dikuburkan di tengah padang Pasir.

Tetapi bagi pengikut Syiah mereka yakin jenazah Ali dikembumikan di Najaf, Iraq. Di atas kuburnya dibangunkan sebuah masjid yang indah kubahnya disalut emas. Masjid itu sering dikunjung pengikut Syiah.

Pada malam 17 Ramadan itu puak Khawarij merancang membunuh Khalifah Ali bin Abu Talib, Muawiyah bin Abu Sufian dan Amru Al Ash. Abdul Rahman bin Muljam berjaya membunuh Khalifah Ali bin Abu Talib. Al Barak bin Abdullah gagal membunuh Muawiyah bin Abu Sufian. Amir bin Bakr juga gagal membunuh Amru al As.

Novel ini setebal 328 halaman berharga RM26.00/RM29.00 (Sabah/Sarawak) akan terbit awal Mac 2009.


14 comments:

KakChik said...

Assalamualaikum Tn Abdul Latip.

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog MariBaca. Saya sekarang masih membaca Umar Al-Khattab dan bila tahu ada lagi novel yang akan terbit, sudah tidak sabar nak menghabiskan Umar agar nanti dapat membaca yang baru pula.

Kak Long Comel said...

Pak Latip, sebenarnya saya tak tukar nama pena Nilamsuri tu. Mana boleh tukar sebab orang GAPENA ramai kenal saya dengan nama tu .... Kak Long tu orang sebilik kat pejabat saya yang bagi .... haaa .... tenggelam nama asal saya, naik pula nama Kak Long. Tu sebab blog pun letak saja nama Kak Long.

Kak Long Comel said...

Errrr .... comel yang kat belakang Kak Long tu pula sebab saya semakin coooomeeeellll ........... adanya. Heh! Heh! Mudah-mudahan sentiasa comel :)

Melihat Kesunyataan said...

Sdr. Abdul Latib Talib,
Nampaknya saudara semakin produktif berkarya. Makin hebat.Tahniah.

S. Rafidah H. Basri said...

Salam buat Pak Latip.

Lama saya tidak menjengah blog ini. Semakin banyak karya Pak Latip.

Tahniah!Diucapkan buat Pak Latip.:)

ABDUL LATIP said...

Waalaikumsalam Kak Chik,
Saya memang selalu berkunjung ke blog MariBaca sebab banyak mempromosi serta menjual buku2 PTS. Sudah habis membaca kisah Umar al Khattab nanti boleh baca kisah Ali bin Abi Talib pula.

ABDUL LATIP said...

Kak Long Comel,
Sekarang dah jadi orang kuat GAPENA?. Jangan lupa terus berkarya. Semoga terus maju jaya.

ABDUL LATIP said...

Melihat Kesunyataan,
Saya sudah melawat blog tuan juga hebat. Lebih hebat daripada saya. Tahniah juga untuk tuan.

ABDUL LATIP said...

S.Rafidah,
Memang sudah lama kita tidak bertanya khabar. Semoga Rafidah terus tabah dan sabar. Semoga terus melahirkan karya.

Kak Long Comel said...

Pak Latip, siapalah saya nak jadi orang kuat GAPENA, saya ni ikan bilis sahaja. Maksud saya, orang-orang kuat GAPENA kenal saya dengan nama pena tu . Sebab bila sahaja saya hadiri apa-apa majlis seperti Hari Sastera ka Hari Puisi Nasional ka, kalau depa nampak sahaja geng Perlis, mesti depa cakap ... ni dia Nilamsuri orang kuat 3P heh ... heh ...

Kak Long Comel said...

Kih ... Kih ... Kih ... Saya pun dah agak lama tak menulis nih ... Sibuk sesibuk sibuknya Pak Latip. Ada ... Memang ada. Buku Pak Latip yang terbaharu tu ada jual. Selalunya hari terakhir, pegawai saya dan anak-anak buahnya (termasuk sayalah tu ...) akan ronda ke tapak jualan dan membuat pemilihan buku-buku terbaharu atau buku-buku yang dah sedia ada (pembelian tambahan) untuk perpustakaan yang belum ada buku berkenaan.

Nisah Haji Haron said...

Oh, saya suka sekali desain kulit buku ini!

ABDUL LATIP said...

Kak Long Comel
Tahniah jadi orang kuat 3P.

Nisah Haron
Terima kasih.

Aliff Mustakim said...

tahniah buku baru akan terbit