KARYA-KARYAKU


Thursday, February 19, 2009

ULASAN KHALID MEMBURU SYAHID DALAM BERITA HARIAN SINGAPURA



http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,136234-1234648740,00.html?


PERJUANGAN PANGLIMA KHALID
OlehRoslie Sidik

SEKIRANYA anda meminati cerita-cerita mengenai sejarah pahlawan Islam, novel Khalid Memburu Syahid terbitan PTS Fortuna, 2007 karya Abdul Latip Talib, akan pasti menjadi bahan buruan anda.

Novel sejarah Islam ini telah digarap dalam bentuk kreatif dan disusun dengan gaya bahasa yang mudah dan menarik.

Novel ini mengisahkan perjuangan Panglima Khalid yang disebut sebagai penyelamat dalam perang Muktah sehingga layak mendapat anugerah tertinggi panglima tentera dengan gelaran Pedang Allah.

Semangat kepahlawanan yang ditonjolkan oleh Panglima Khalid dan panglima tiga serangkai - Zaid Bin Harithah, Jaafar Bin Abu Talib dan Abdullah Rawahah - dapat dijadikan contoh yang baik kepada generasi muda.

Pembaca akan tersentuh dengan kisah kesetiaan mereka mempertahankan panji-panji Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Nilai-nilai seperti keberanian, kesetiaan, kejujuran dan kecekalan dapat dijadikan iktibar.
Novel ini memaparkan keindahan Islam sebagai agama yang membawa kebenaran dan mencintai kedamaian.

Panglima Khalid, walaupun memimpin sebuah angkatan tentera yang terbilang pada zaman itu, sering berusaha untuk mengelakkan peperangan.

Panglima Khalid telah membenarkan pengikutnya, Adi Bin Hatim, memujuk kaumnya sendiri daripada suku Bani Tai dan kemudian dengan suku Bani Tamim dan Jadilah kembali kepada ajaran Islam.

Peperangan bukan sahaja telah berjaya dielakkan, malahan ketiga-tiga puak ini berjaya diberi petunjuk dan telah bertaubat.

Demi menegakkan kebenaran Islam, Khalid tidak pernah gentar terhadap musuh dan memburu syahid setiap kali terjun ke medan perang.

Novel ini menggambarkan bahawa Islam juga tidak pernah menganjurkan keganasan walaupun dalam medan pertempuran.

Dalam peristiwa penaklukan kota Makkah, Panglima Khalid berpesan kepada tenteranya supaya mengingati pesan Nabi Muhammad saw agar 'jangan menyerang mereka yang berlindung di dalam rumah Abu Sufian di dalam Masjidil Haram dan juga yang menutup pintu rumah masing-masing'.

Karya ini sangat besar manfaatnya dan berupaya membangkitkan minat khalayak ramai terhadap sejarah Islam.

Nota: Penulis ialah ketua jabatan sekolah dan penerima Hadiah Sastera Anugerah Persuratan 2007 (Esei).

4 comments:

Hasnah said...

Salam Pak Latip,

Ini karya pertama tuan yang saya baca dan salah sebuah novel kegemaran saya. Novel ini jugalah yang sering saya uar-uarkan kepada pembeli. Pernah ada pembeli bertanya jika novel yang berkulit biru itu buku kedua yakni sambungan kepada novel terbitan pertama yang berwarna kuning!

yalin said...

wah hebat..... tiba2 terasa sesuatu. berusaha Yalin!!

bazLa' said...

sedang baca buku ni... memang menarik...rasa macam baca novel ja =)

terima kasih kerana membuat novel ni...lain kali saya beli tokoh yang lain pulak...

salaam

School Of Tots said...

Assalamulaikum Pak Latip, saya baru habis baca buku ini versi 2007. Banyak fakta yg saya dapat Alhamdulillah. And TQ atas usaha murni Pak Latip.

Saya ada satu kemusykilan iaitu pada helaian sebelum Bab 1 itu dinyatakan Khalid Walid 584H-642H, sedangkan pada mukadimmah sebelumnya di nyatakan betapa beliau memimpin tentera berkuda Quraisy dlm perang Uhud pada thn 3H dan kekal memusuhi Islam hingga 6H dan meninggal dunia pada tahun 21H di usia 58 thn. Maknanya beliau lahir 37 thn sblm hijrah dan meninggal pada 21H. Jadi fakta lahir pada 584H dan meninggal pada 642H itu tidak benar?

Semoga mendapat penjelasan dari Pak Latip. Thx.