Saturday, December 27, 2008

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.

Jenazah Almarhum baginda akan dibawa pulang ke Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah petang ini untuk majlis penghormatan terakhir serta menunggu kepulangan anakanda baginda yang masih berada di luar negara. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.


2 comments:

Blog Rasmi Motivasi Minda said...
This comment has been removed by the author.
Blog Rasmi Motivasi Minda said...

Arwah Datuk saya pernah menjadi sahabat kepada Almarhum. Itu pun setelah arwah ayah saya bercerita mengenai peristiwa beliau disaman dalam satu kemalangan.

Ketika itu ayah saya masih memiliki lesen L dan membawa skuter melanggar kenderaan lain di Tampin.

Tetapi datuk saya seorang yang tegas. Beliau memang tidak beri peluang kepada ayah saya meskipun almarhum bertanya untuk membantu.

Ketika itu almarhum adalah Pegawai Daerah (D.O) Tampin. D.O seperti sekarang juga ada beberapa bahagian seperti Bahagian Mahkamah

Akibatnya ayah saya digantung lesen oleh hakim Mahkamah Majistret.

Rupa-rupanya ayah saya tidak ke Istana ketika Almarhum menjadi YDP Agong untuk penganugerahan AMN kerana peristiwa ini.

Janji beliau untuk tidak ke istana jika Almarhum menjadi YDP yang dibuatnya lebih 20 tahun sejak zaman belianya.

Mungkin beliau merasa Almarhum sebagai rakan tidak mendesak ayah untuk membantu.

Ayah saya memang seorang yang sangat keras pada janji. Jika ayah kata mahu maka akan diusahakan dan jika dia kata hitam, maka hitamlah. Tidak ada kelabu.

Senyum mendengar cerita arwah ayah tujuh tahun lalu. Bercerita di hadapan menantu dan abang saya.

Pengalaman orang-orang lama sebagai bahan cerita kenang-kenangan