Wednesday, December 3, 2008

AKAN TERBIT


Harga RM 26.90 / RM 29.90 (Sabah & Sarawak),
Tarikh Terbit: 19 December 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 336 halaman


Khalifah Umar al-Khattab berjaya mencipta sejarah keemasan negara Islam yang mendapat penghormatan dan sanjungan sepanjang zaman. Beliau manusia berbakat dan pintar menjadi lambang kejayaan bangsa Arab dan umat Islam.

Dalam masa 10 tahun 6 bulan beliau memerintah, seluruh empayar Rom dan Parsi tunduk di bawah kuasa pemerintahan Islam. Selain sebagai penaklukKhalifah Umar juga berjaya menyusun pentadbiran yang berkesan dan teratur. Dia pengasas sistem politik Islam, pelaksana undang-undang syariah dalam negara dan berjaya membentuk sebuah negara Islam yang baru.

Di bidang keselamatan dalam negeri, beliau menubuhkan pasukan polis. Bagi mengukuhkan sistem pertahanan, beliau membina penempatan tentera serta pelabuhan bagi pembinaan kapal laut. Pahlawan yang berjaya menundukkan Parsi dan Rom ini turut mengasaskan bandar-bandar baru bagi mengembangkan kebudayaan Islam. Selain itu beliau juga memajukan bidang pertanian dan mengasaskan sistem pelajaran Islam.

Umar al-Khattab mahir dalam ilmu fikah dan seorang pemidato yang hebat. Beliau seorang ahli gusti dan penunggang kuda yang cekap. Walaupun berada di tampuk kekuasaan Pencetus zaman keemasan Islam ini hidup sederhana mencontohi Rasulullah.

6 comments:

walid said...

Salam hormat kpd Pak Latip.
Semasa Abu Bakar dan Umar jadi khalifah bagaimana hubungan mereka dg Ali?. Knapa Ali tidak menyertai peran yg berlaku pd zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Umar?. Benarkah berlaku perselisihan antara mereka?

Ibn Ali said...

Salam hormat kepada Pal Latip.

Pak Latip, saya harap Pak latip dapat menyahut seruan dua orang Asri di zaman ini di Malaysia yang menyerukan pembaikian terhadap rupa sejarah yang telah dirusakkan musuh-musuh Islam.

Harap Pak Latip dapat buatkan novel tentang Muawiyah ke, Ali ke, saya yakin, mereka yang terdidik dengan madrasah Nabi adalah molek-molek perangainya.

cuma ada mata-mata yang tak senang dan dengki, jadi, diadakan cerita yang bukan-bukan.

saya fikir, jika terbitnya buku ini nanti, ini adalah sumbangan terbesar Pak Latip dalam mengharmonikan sejarah dunia Islam.

harap pertimbangkan Pak Latip,
syukran jazilan

ABDUL LATIP said...

Saudara Walid

Maaf lambat menjawab pertanyaan saudara. Hubungan Khalifah Umar al Khattab dan Khalifah Abu Bakar As Siddiq dengan Sayidina Ali adalah baik. Walaupun pada mula perlantikan Abu Bakar As Siddiq sebagai khalifah timbul sedikit kekecuhan tetapi akhirnya dapat diselesaikan secara baik.

Semasa Umar dan Abu Bakar menjadi khalifah Ali bin Abu Talib menjadi penasihat atau pakar rujuk khalifah. Kerana itu khalifah sendiri yang tidak membenarkan Ali bin Abu Talib pergi berperang.

Semasa Khalifah Umar al Khattab pergi ke Baitul Maqdis Ali bin Abu Talib dilantik memangku tugas-tugas khalifah di Madinah. Begitu akrabnya Umar dengan Ali.

ABDUL LATIP said...

Salam hormat juga kepada saudara Ibn Ali.

Setelah selesai menulis kisah Umar AL Khattab Reformis Dunia Islam yang akan terbit tidak lama lagi saya menulis kisah Ali bin Abu Talib pula.

Alhamdulillah, penulisan novel Ali bin Abu Talib Mutiara Ilmu Islam sudah siap dan sudah dihantar kepada PTS,semoga diluluskan penerbitannya. Amin.

Semasa menulis kisah Ali bin Abu Talib saya cuba mencari sumber yang sebenar kerana ada buku rujukan yang terlalu mengagongkannya dan ada pula buku yang marah-marah kepadanya.

Setelah novel itu terbit nanti saya harap saudara Ibnu Ali akan membacanya serta sudi memberi komen atau ulasan.

Mengenai kisah Muawiyah saya tangguhkan dulu penenulisannya kerana selepas kisah Ali akan menyusul pula kisah Sayidina Uthman Affan.

the hazim said...

assalamualaikum pak latip...
sye sgt meminati hasil karangan pak latip.cume nak tanyer.gambar yg diletakkan di setiap kulit buku itu adakah gambar sbenar ataupun skadar gamba hiasan?

Edrie Muhammad said...

Assalamualaikum Pak Latip

Kali pertama saya nampak buku ini (Umar Al- Khattab) terus saya membelek dan akhirnya saya membelinya..dengan isi yang cukup padat dan kulit depan yg berkualiti dan cantik terus memikat hati saya dan akan saya kumpul semua koleksi oleh Pak Latip berkenaan Novel Sejarah Islam insyaAllah. Tahniah kepada Pak Latip