Thursday, December 11, 2008

PERTANYAAN PEMBACA

walid said...

Salam hormat kapada Pak Latip.

Pada masa Abu Bakar dan Umar menjadi khalifah bagaimana hubungan mereka dengan Ali?. Kenapa Ali tidak menyertai perang yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar dan Umar?. Benarkah berlaku perselisihan antara mereka?.


Ibn Ali said...

Salam hormat kepada Pal Latip.

Pak Latip, saya harap Pak latip dapat menyahut seruan dua orang Asri di zaman ini di Malaysia yang menyerukan pembaikan terhadap rupa sejarah yang telah dirusakkan musuh-musuh Islam.

Harap Pak Latip dapat buatkan novel tentang Muawiyah ke, Ali ke, saya yakin, mereka yang terdidik dengan madrasah Nabi adalah molek-molek perangainya.cuma ada mata-mata yang tak senang dan dengki, jadi, diadakan cerita yang bukan-bukan.

Saya fikir, jika terbitnya buku ini nanti, ini adalah sumbangan terbesar Pak Latip dalam mengharmonikan sejarah dunia Islam.Harap pertimbangkan Pak Latip,syukran jazilan.

---------------------------------------------------------


Jawapan saya terhadap pertanyaan Walid.

Abu Bakar As Siddiq, Umar al Khattab dan Ali bin Abu Talib adalah antara 10 sahabat Nabi Muhamad SAW yang dijamin masuk syurga. Kerana itu hubungan antara mereka terjalin dengan baik. Walaupun pada mula perlantikan Abu Bakar As Siddiq sebagai khalifah timbul sedikit kekecuhan tetapi akhirnya dapat diselesaikan secara bijaksana.

Semasa Umar al Khattab dan Abu Bakar As Siddiq menjadi khalifah mereka melantik Ali bin Abu Talib sebagai penasihat atau pakar rujuk khalifah. Kerana itu khalifah sendiri yang tidak membenarkan Ali bin Abu Talib pergi berperang.

Semasa Khalifah Umar al Khattab pergi ke Baitul Maqdis beliau melantik Ali bin Abu Talib sebagai pemangku tugas-tugas khalifah di Madinah. Begitu akrabnya hubungan Khalifah Umar al Khattab dengan Ali bin Abu Talib. Tambahan pula anak Ali berkahwin dengan Umar al Khattab.

Walaupun pada masa pemerintahan Sayidina Ali bin Abu Talib berlaku perang saudara sesama Islam iaitu Perang Unta atau Perang Jamal antara penyokong Khalifah Ali dengan penyokong Zubair bin Awam, Thalhah bin Ubaidillah dan Aisyah.Kemudian berlaku pula Perang Shiffin antara penyokong Khalifah Ali bin Abu Talib dengan tentera Muawiyah bin Abu Sufian yang telah mengorbankan berpuluh ribu nyawa tetapi tujuan mereka bagi menegakkann Islam.

K
isah ini saya tuliskan dalam novel Ali bin Abu Talib yang akan terbit nanti. InsyaAllah.

---------------------------------------------------------

Jawapan terhadap pertanyaan Saudara Ibn Ali,

Salam hormat juga kepada saudara Ibn Ali.

Setelah selesai menulis kisah Umar Al Khattab Reformis Dunia Islam yang akan terbit tidak lama lagi saya menulis kisah Ali bin Abu Talib.Alhamdulillah, penulisan novel Ali bin Abu Talib Mutiara Ilmu Islam sudah siap dan sudah dihantar kepada PTS,semoga diluluskan penerbitannya. Amin.

Semasa menulis kisah Ali bin Abu Talib saya cuba mencari sumber yang sebenar kerana ada buku rujukan yang terlalu mengagongkannya dan ada pula buku yang marah-marah kepadanya.Setelah novel itu terbit nanti saya harap saudara Ibnu Ali akan membacanya serta sudi memberi komen atau ulasan.Mengenai kisah Muawiyah saya tangguhkan dulu penenulisannya kerana selepas kisah Ali akan menyusul pula kisah Sayidina Uthman Affan.

Tugas menulis semula sejarah Islam itu biarlah dilakukan oleh para sarjana atau cendekiawan Islam kerana mereka lebih pakar dalam bidang tersebut. Tujuan saya menulis novel sejarah Islam untuk memudahkan orang ramai terutama generasi muda membaca sejarah Islam. Mereka minat membacanya kerana kisah yang dipaparkan adalah kisah benar dari fakta sejarah Islam.

Terima kasih
.

3 comments:

Hasnah said...

Assalamualaikum Pak Latip,

Terima kasih kerana sudi datang menjenguk Alam Ceritera. Buat masa ini, blog saya jarang dikemaskini kerana sibuk menterjemah. Saya juga sedang merancang mahu memperbaiki blog mengikut saranan buku berjudul Rahsia buat duit dengan internet :).

Walaupun sudah agak lewat, saya pun ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada tuan.

Ibn Ali said...

terima kasih pak latip.

saya agak jarang membeli buku. duit saya tak banyak, tapi jangan risau, insya-Allah saya akan mencari untuk membacanya.

(Kebanyakan buku pak latip, saya temuinya di perpustakaan kampus saya)

pH@Rease... said...

Assalamualaikum pak latip.Di sini saya ingin memberi sedikit cadangan.Apa kata pak latip mengarang sebuah lagi novel pak latip yang bertajuk Usamah Zaid.Saya rasa,pasti ramai peminat yang ingin tahu mengenai sirah tokoh islam itu.Mohon cadangan diterima.