Setelah selesai menulis kisah Abu Bakar As Siddiq dan Umar al khattab, kini saya sedang menulis kisah Sayidina Ali bin Abu Talib.
Menulis kisah Saidina Ali lebih sukar berbanding Abu Bakar dan Umar kerana terdapat banyak perbezaan fakta. Contohnya, ada yang mengatakan Ali dilahirkan dalam Kaabah. Tetapi ada pula yang menafikannya.
Ada yang mengatakan Ali mula memeluk Islam ketika berumur 10 tahun tetapi ada pula mengatakan 13 tahun. Begitu juga ketika berkahwin dengan Fatimah. Ada mengatakan umur Ali ketika itu 21 tahun dan Fatimah 15 tahun. Tetapi ada pula mengatakan umur Ali 24 atau 26 tahun. Umur Fatimah 18 tahun.
Penulisan ini menjadi lebih rumit apabila sampai kepada zaman pemerintahan Sayidina Ali. Beliau seorang pemimpin yang kontroversi. Sebelum beliau belum ada seorang pemimpin yang paling dimusuhi dan dikasihi oleh orang ramai.
Mereka yang membenci Ali memuduhnya dengan pelbagai tuduhan sehingga sanggup membunuh beliau dan anggota keluarganya. Mereka yang menyayanginya pula mengagungkannya secara berlebih-lebihan. Sehubungan ini Sayidina Ali sendiri pernah berkata.
“Ada dua pihak yang celaka kerana berlebih-lebihan menilai sesuatu yang sebenarnya tidak kumiliki. Sedangkan pihak yang lain demikian bencinya terhadap aku sehingga mereka sanggup melontarkan segala kebohongan terhadap diriku.”
Sayidina Ali juga memberi amaran, “Ada orang yang mencintai diriku sehingga mereka bersedia masuk neraka. Dan ada pula orang yang membenci diriku sehingga mereka bersedia masuk neraka.”
2 comments:
Saya doakan agar Pak Latip diberi kemudahan dalam menjalankan usaha menulis kisah Ali bin Abu Talib setepat mungkin. Amin.
akanku dapatkan naskah ini...
Post a Comment