Thursday, November 13, 2008

RANDAU RUAI

Seorang pelajar IPTA mengirim emel mengatakan sedang membuat kajian mengenai novel Randau Ruai.

Terima kasih kerana sudi memilihnya. Dan saya akan memberikan kerjasama. InsyaAllah.

Ada yang bertanya apa makna Randau Ruai?. Bagaimana Pak Latip mendapat idea menulisnya?. Apakah watak-watak dalam novel itu memang benar wujud?.

Randau Ruai itu bahasa Iban membawa maksud duduk berbual-bual di beranda rumah panjang. Idea menulis novel ini berdasarkan pengalaman ketika berkerja di Sarawak. Nama watak dan nama tempat dalam novel itu cuma rekaan sahaja.

Ada pula yang bertanya kenapa novel ini sukar untuk dibeli?. Malah di kedai buku DBP pun tak ada dijual?.

Yang ini kena tanya DBP.


Ini adalah cover Randau Ruai yang mula-mula dicadangkan. Setelah berbincang dengan Editor novel ini Puan Hajijah, saya mencadangkan dibuat sedikit perubahan.

Cover Randau Ruai setelah diterbitkan.

2 comments:

walid said...

Salam Pak latip Talib

Aku dah baca novel ini. Ia mengambil latar belakang masyarakat Iban di Sarawak. Novel ini menaikkan nama orang-orang Iban di Sarawak. Tapi ada satu perkara yang mungkin Pak Latip lupa atau silap. Atau tak buat kajian. Tuai rumah panjang akhirnya mati dibaham harimau. Isteri aku pernah bekerja di Sarawak. Dia kata di Sarawak tak ada harimau?. Bagaimana Pak Latip?.

ABDUL LATIP said...

Dalam novel Randau Ruai, Tuai rumah panjang mati dibaham harimau bintang.

Harimau bintang banyak terdapat dalam hutan Sarawak. Kalau tidak percaya sila rujuk pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) Sarawak.

Apapun terima kasih kepada walid kerana sudi buat komen.